Preston 0-4 Liverpool. Pemain Baru Menyerlah.


Muka Depan Laporan Perlawanan Preston 4-0 Liverpool

Salam dan selamat sejahtera. Akhirnya aku kembali menaip untuk ReddersCreepers. Setelah lama menyepi. Mintak maaf kalau ulasan kali ni kurang menarik. Dah berkarat dah lama sangat tak mengulas. Dan macam biasa, aku kena tekankan sekali lagi, aku menulis apa yang aku fikir, apa yang aku rasa. Semuanya pendapat aku semata-mata😉

Video Soroton Perlawanan

Gol 1 – Coutinho (Pen) – Minit ke 13

Tengok berapa rami pemain Liverpool dalam keadaan menyerang? Tekanan tinggi = Kesilapan pemain lawan.

Tengok berapa rami pemain Liverpool dalam keadaan menyerang? Tekanan tinggi = Kesilapan pemain lawan.

Harapan aku dalam perlawanan ni nak tengok Coutinho main. Sebab aku takut dia tak dapat capai prestasi musim lepas je. Tapi baru beberapa minit perlawanan aku dah dibuktikan salah. Coutinho masih macam musim lepas. Masih mengawal permainan. Masih kreatif dan masih mengkucar-kacirkan pemain pertahanan lawan. Dia memang layak untuk jaringkan penalti ni sebabnya dia yang dapatkan penalti…huhu. Gaya sepak penalti pun cool je. Kesian kat Welsh. Dahle kat Liverpool dulu tak berapa nak berjaya. Ni lawan Liverpool bagi penalti lak sebab tarik baju Coutinho yang berjaya rampas bola dari dia dalam kotak penalti. Nampak gaya musim ni dia akan jadi tunjang utama serangan Liverpool. Tapi ini juga bermaksud pemain pasukan lawan akan lebih berhati-hati. Kita tengok je macam mana bila musim dah mula nanti😉

Gol 2 – Ibe – Minit ke 36

Taktik klasik. Sorang berlari ke tepi dan pemain sayap bergerak ke tengah untuk membuat cubaan.

Taktik klasik. Sorang berlari ke tepi dan pemain sayap bergerak ke tengah untuk membuat cubaan.

Selain Coutinho, Ibe antara yang menyerlah dalam separuh masa pertama. Dia sentiasa tenang. itu yang aku suka. Dia lagi menyerlah dari Downing sebab aku rasa Liverpool lebih banyak main sebelah kiri dalam perlawanan ni. Separuh masa pertama dan jugak kedua. Waktu hujung musim lepas dia bermain dengan baik dan dia membantu Coutinho menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan akhir Liverpool. Musim ni dia bermula dengan menjaringkan gol dari luar kotak penalti. Pengulas semua kata nampak mudah sangat gol dia tu. Dia pedulik apa. Janji gol ye dak? Aku rasa musim ni dia jadi macam Sterling musim lepas la kot. Sterling dah naik senior sikit dari dia…haha. Tapi sayang dua-dua lebih berkesan main belah kiri (sebab senang masuk kedalam dan rembat). Kalau tak, leh la nak letak sorang kanan dan sorang kiri. Ala…tapi kalau nak guna dua-dua boleh je😉 Cerah masa depan Liverpool kat bahagian sayap.

Oh ya…Ibe kate die taktau nak selebret camne. Tu yang die letak tangan kat muka. Ramai yang ingat dia Islam. Sampai keluar la kenyataan dia taktau nak selebret macamana tu kat laman web Liverpool😉

Gol 3 – Sterling – Minit ke 64

Serangan kilat klasik dari Liverpool. Waktu ni raksi aku adalah "Wooooooooooooooooooooo!!!"

Serangan kilat klasik dari Liverpool. Waktu ni reaksi aku adalah “Wooooooooooooooooooooo!!!” dari mula serang sampai Sterling jaringkan gol…huhu

Aku kagum tengok Sterling dalam perlawanan ni. Pertama sekali sebab kekuatan dia. Dia nampak sangat-sangat kuat berbanding musim lepas. Padahal musim lepas pun dia dah nampak kuat..huhu. Dia berjaya lepas pertahanan beberapa kali. Sekali tu sempat buat cubaan kearah gol walaupun  dah nak jatuh. Kawalan bola pun makin kemas aku tengok. Gol ni membuktikan dia ni memang laju tak ingat dan ada otak yang bagus. Gol serangan kilat klasik dari Liverpool. Penjaga gol takde peluang nak selamatkan. Pertahanan lagi la. Sebatu tinggal kat belakang :-p

Gol 4 – Aspas – Minit ke 75

Corak serangan yang psotifi dari Liverpool. Kalau tengok balik. Semuanya bermula dari sebelah kiri. Tengok betapa "smooth" Liverpool bergerak dari kiri ke kanan ;-)

Corak serangan yang positif dari Liverpool. Kalau tengok balik. Semuanya bermula dari sebelah kiri. Tengok betapa “smooth” Liverpool bergerak dari kiri ke kanan😉

Gol ni memang terbaik. walaupun penjaga gol boleh buat elok lagi tapi kalau tengok bola tu memang laju peginya. Pastu berpusing lak tu. Tu yang kompius penjaga gol. Aku suka Aspas ni sebab ada beberapa kali gak dia berjaya buat “turning” yang menarik. Pastu dia ni takde nak geli-geli sangat. Dah dekat gol rembat kan aje. Rasa-rasa dengan kaki kiri yang best camni dia mungkin main belah kanan kot. Babai la Downing camni. Ke Downing dok kat bench? :-p

Pemain Baru

Mignolet

Tak banyak aksi Mignolet dalam perlawanan ni. Sekali je dia betul-betul diuji oleh Laird dengan rembatan dari jarak jauh. Dia bertindak cemerlang menepis bola ke tepi. Lepas tu dia lebih banyak lepak dari main bola. Setakat ni dia nampak meyakinkan. Perlu lebih perlawanan untuk nilai dia.

Toure

Sama mcaam Mignolet, aku rasa hanya sekali je dia betul-betul terlibat dalam perlawanan ni. Waktu tu Flanagan buat silap di sebelah kiri membolehkan pemain Preston menghantar bola ke tengah. Toure dengan cemerlang menanduk bola untuk mengelakkannya sampai ke pemain Preston yang sedang menunggu.

Alberto

Kalau nak dibandingkan dengan Aspas memang agak berbeza prestasi dia. Sebabnya dia main di bahagian tengah bersama Lucas. Setahu aku dia selalunya bermain di sebelah sayap atau di belakang penyerang. Tapi memandangkan Pacheco bermain di belakang Aspas, dia ditolak ke bawah sedikit. Dia berpeluang menjaringkan gol setelah menerima bola dari Johnson dan hanya berhadapan dengan penjaga gol. Tapi dia mensia-siakan peluang tu. mungkin gugup lagi. Tapi boleh tahan sebenarnya dia main. Kebanyakan hantaran dia sampai ke pemain yang dituju dan dia ada pandangan (vision) yang lebih kurang dengan Coutinho. BR pun pernah cakap Alberto ni macam Coutinho kan? Kawalan bola dia memang terbaik. Jarang hilang bola. Main satu dua pun dah biasa pasal baru lepas main kat Barcelona B. Jadi harap-harap lepas ni boleh tengok dia main dengan Coutinho😉

Aspas

Fuh! Baru satu perlawanan dah rasa macam berbaloi mamat ni. Dia nampak cergas dan tangkas. Tapi yang paling penting dia pandai mencari ruang. Dia tahu mana nak pergi untuk terima bola. Dia ada skil untuk melepasi pemain pertahanan dan yang aku suka, dia tak takut untuk mencuba dari jauh.

Corak Permainan

Dari segi pertahanan masih ada kelemahan. Cuma tak jelas sangat sebab pasukan lawan tak banyak menyerang. Ada ketika tu Agger dan Toure sampai berkampung kat garisan tengah. Agger sempat lagi rembat sedas memaksa penjaga gol tepis bola keluar. Toure pun ada naik jugak awal-awal tapi tak ada buat apa-apa serangan. BR punya stail adalah dua pemain pertahanan tengah akan akan berpecah kiri dan kanan waktu nak mulakan serangan. Pemain tengah bertahan (Allen dan Lucas) pula akan turun ke tengah untuk terima bola. Menambahkan pilihan untuk penjaga gol buat hantaran. Bahayanya sistem ni kalau pemain pertahanan kiri dan kanan terlepas bola. Kawasan tengah agak kosong macam waktu Flanagan lepas bola awal-awal permainan.

Apa yang aku suka dalam perlawanan ni adalah cara Liverpool bertahan dari atas. semua pemain penyerang bekerja keras dapatkan bola balik. Mungkin boleh main macam ni sebab semua main separuh masa je sekarang. Tapi aku sangat berharap Liverpool boleh main macam ni sepenuh masa bila BPL dah mula nanti.

Dari segi hantaran lak, Liverpool dah mula serasi dengan hantaran pendek. Cuma nampaknya BR akan teruskan dengan hantaran jauh sekali-sekali macam penghujung musim lepas. Mungkin sebab rugi ada pemain yang boleh buat hantaran jauh macam Gerrard dan Enrique kalau tak gunakan sepenuhnya. Tapi dalam perlawanan ni tak ada sesiapa yang boleh hantar jauh selain Coutinho dan Alberto. Itu yang aku nampak la. Downing kadang-kadang kelaut hantaran dia.

Kesimpulan?

Kesimpulannya aku punya teruja tengok Liverpool main tak habis lagi ni. Tak sabar nak tunggu perlawanan lepas-lepas ni lak. Kena rancang supaya dapat tengok dan tak miss terawikh ni. Apa komen korang untuk perlawanan ni?  Komen kat bawah eh. Kita borak2. Selamat berpuasa semua pembaca ReddersCreepers🙂

SELINGAN

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni nak kongsikan peluang untuk beramal. Kepada yang ada saluran lain untuk beramal di bulan yang mulia ni sila kongsikan di ruangan komen ye😉

1001474_10201711604250609_880483744_n

2 thoughts on “Preston 0-4 Liverpool. Pemain Baru Menyerlah.

  1. assalam bro selamat berpuasa kawan nak tanya mcm mana ngan suarez? mcm2 spekulasi r lagi satu kalau dia belah agak2 ada pengganti tak?

    • Salam. Setakat ni memang dengar macam-macam kat media. Dia memang banyak kali cakap kat media pasal kelab lain. Tapi setakat ni “katanya” Arsenal je yang dah bid. Apa2 pun tunggu dia balik, 20/21 Julai nanti. Pengganti untuk pemain hebat macam dia memang tak ada. Tapi pengganti untuk posisi tu sentiasa ada. Dulu Torres tinggalkan kita, kita dapat Suarez. So…tak risau sangat pasal tu. Cuma harap kalau Suarez tinggalkan Liverpool, buat cara baik dan jangan ke kelab BPL yang lain.

      Selamat Berpuasa. YNWA.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s