Southampton 3-1 Liverpool. Apa yang terjadi?


Salam dan selamat sejahtera. Petang Hari Sabtu sebelum perlawanan ni, aku cakap kat kawan aku, Azhar, yang aku harap Liverpool tak kalah perlawanan ni. Sebab biasanya bila dah rasa selesa, mesti ada benda yang nak jadi. Waktu nak mula perlawanan yakin lagi. Mudah je ni Liverpool nak menang dari gaya main sebelum-sebelum ni. Waktu tengok kesebelasan utama, aku agak risau. Liverpool main 4-4-1-1 macam waktu lawan Spurs. Tapi bezanya Allen masuk gantikan Lucas dan Skrtel ganti tempat Carra. Aku teringat Liverpool kena buli dengan pemain tengah Spurs sebelum BR masukkan pemain tengah ke-3 dan tolak Suarez pergi tepi. Aku tolak tepi kerisauan tu dan semangat tunggu depan tv. Sambil risau tu aku menggeleng kepala tengok Man City main. Cemano juara main camni nih? Serius, semua cubaan Man City semua sopan-sopan belaka. Seronok je penjaga gol Everton. Haih. Jangan la Liverpool main camni…fikir aku waktu tu…huhu.

Kecewa. (Gambar dari Laman Rasmi Liverpool FC)

Kecewa. (Gambar dari Laman Rasmi Liverpool FC)

Gol 1 Schenederlain

Gol 1 Analisis

Waktu diorang jaringkan gol ni, aku fikir, eleh, biasala, main tempat sendiri. Semangat tengah berkobar-kobar. Liverpool boleh kejar balik. Tapi bila tengok ulang tayang, kedudukan pemain Liverpool sangat merisaukan. Agger di sebelah kiri sebab ikut sorang pemain. Allen di tempat Agger dan Enrique di tempat pemain tengah bertahan. Tak ada masalah kalau semua pemain tahu tugas masing-masing. Apa yang perlu dibuat apabila berada dalam setiap posisi tu. Aku anggap diorang tak tahu, sebab untuk kata diorang malas adalah sangat berat dan lagi merisaukan sebenarnya. Waktu bola sampai ke dalam kotak penalti, hanya ada 2 pemain Liverpool dan 2 pemain Southampton sahaja dalam kotak penalti, tak termasuk Jones. Gol ni mungkin tak nampak teruk sebab hanya libatkan satu tandukan kebawah dan satu sentuhan yang pantas. Sama macam gol Suarez lawan Spurs. Laju, Tak dijangka. Fine. Tapi katalah bola tu ditanduk ke tengah sedikit atau jauh ke kanan lagi dan mereka dapat jaringkan gol, mesti ramai yang akan cakap, terkejut tengok pertahanan Liverpool. Semua lambat. Semua hanya tengok bola yang tinggi melambung. Untuk gol tu pulak, aku tak rasa Johnson cukup berusaha untuk hentikan bola tu atau sekurang-kurangnya bagi tekanan untuk penerima bola. Skrtel pun sama. Kalau itu Carragher rasanya kalau tak melayang bola tu keluar, mesti penalti..huhu…

Gol 2 Lambert

Sebelum gol ni, Lambert berpeluang jaringkan gol tapi dia lambat sangat sepak walaupun tinggal Jones je depan dia. hasil perngkap ofsaid yang tak menjadi dari Agger. Rodrigues pun berpeluang jaringkan gol tapi sepakan dia melambung tinggi walaupun tak ada siapa kacau dan hanya beberapa meter je dari gol. Lagi keadaan membimbangkan. 4 pemain Liverpool dan 3 pemain Soton dalam kotak penalti, tapi 3 daripada 4 pemain Liverpool tu semua dekat dengan garisan gol. Bayangkan betapa kosongnya kawasan penalti tu. Akhirnya Lambert jaringkan gol melalui sepakan percuma yang terkena beberapa pemain dan mengelirukan Brad Jones. Persoalannya kenapa Skrtel perlu bagi sepakan percuma macam tu? Gerrard tengah melompat dan ye, memang dia tak sampai nak tanduk bola tu akhirnya, tapi itula tugas pertahanan untuk dapatkan bola kedua. Tapi dia dengan nekadnya berlari dan melompat ke arah pemain Soton dan memaksa pengadil meniup wisel. Satu lagi persoalan adalah kenapa wall Liverpool teruk sangat?  Sebarang wall yang boleh bola lalu aku rasa sangat teruk. Melompat dan berpusing? Sama sekali bukan cara untuk yang betul untuk jadi wall.

Gol 3 Coutinho

Sebelum gol ni, Rodriguez sekali lagi dapat peluang jaringkan gol. Semuanya bermula dari hantaran Gerrard yang tak kesampaian. Terus dihantar ke Rodriguez kat depan. Dia tahan dan cuba sepak terus tapi tersasar sikit ke tepi walaupun Jones nampak dah tewas. Akhirnya Liverpool berjaya cipta peluang melalui hantaran Johnson tapi gagal disempurnakan oleh Coutinho. Tapi Coutinho menebus kesalahan tu dengan menjaringkan gol hasil tandukan ketengah Gerrard yang menghuru-harakan kawasan gol Soton. Sturridge merembat tapi dihalang pemain Soton. Coutinho merembat deras untuk gol pertama dan terakhir Liverpool dalam perlawanan ni.

Gol 4 Rodriguez

Gol 4 Analisis

Liverpool tak pernah kuasai bola untuk jangka masa lama dalam perlawanan ni. Soton lebih banyak pegang bola dan lebih banyak menyerang. Llana hampir jaringkan gol apabila dia berjaya berlari di celah-celah pertahanan Liverpool dan hanya berdepan dengan Brad jones. Tapi cubaannya diselamatkan Jones. Sekali lagi, pertahanan Liverpool nampak (terlalu) perlahan. Dan akhirnya, kelemahan pertahanan Liverpool dieksploitasi oleh Rodriguez. Dua penyerang Soton memilih arah bertentangan untuk buat larian. Membuka pertahanan Liverpool untuk larian solo Rodriguez yang memaksa Jones menyelamatkan Liverpool sekali lagi tapi malangnya bola jatuh ke laluan Rodriguez. 3-1. Nak menangis aku tengok gol ni. Apa yang BR selalu tekankan adalah dapatkan bola balik dengan segera. Dari atas lagi. Supaya benda macam ni tak berlaku. Tapi bila tengok Lucas pun nak tak nak kejar bola. Takleh nak buat apa la. Lepas tu, pemain pertahanan tinggal 3 orang je kat bawah. Agger jaga sorang, johnson jaga sorang. Tinggal Skrtel untuk halang Rodriguez dan dengan prestasi Skrtel dalam perlawanan ni memang aku tak jangka pun dia boleh dapat halang gol tu. Boleh nampak siapa yang lagi bersungguh waktu gol ni.

Salah siapa?

Ada artikel luar yang mengatakan BR buat silap dalam perlawanan ni. Dan aku bersetuju. Sabar. Baca dulu. Point yang penulis tu gunakan adalah, kenapa BR gunakan 2 pemain tengah? Sedangkan waktu lawan Spurs dah nampak 2 pemain tak boleh nak kawal permainan. Lagi-lagi kalau bukan 2 pemain tengah bertahan. Lagi-lagi bila Allen disuruh jadi pemain tengah bertahan. Dia memang kena buli. Tapi bukan sepenuhnya salah dia. Dia bukan pemain tengah bertahan. Dan bukan salah Lucas pun Liverpool tak dapat bangkit sebab dia masuk gantikan Allen. Bukan sebagai tambahan pemain tengah. Sebab tu aku rasa kalau Liverpool nak gunakan seorang pemain tengah bertahan, bukan Lucas atau Allen jawabnya. Liverpool perlu pemain yang lebih besar dan tinggi dan kuat. Bukan nak kata Lucas tak bagus. Cuma dia lebih bagus kalau ada 2 orang pemain tengah dengan dia.

Gerrard kata semua pemain kena tanggung kekalahan ni. Memang betul. Aku tak tau apa kena dengan pasukan Liverpool dalam perlawanan ni. Sebab semua nampak tak bermaya. Termasuk Suarez. Tapi itu mungkin sebab dia jarang dapat bola. Nampak gayanya macam betul khabar angin Skrtel dan BR ada masalah. Macam betul. Aku tak kata pasti betul. Sebab dia macam nak tak nak main. Biasanya bila keluar cerita macam ni sebab pemain nak pindah kelab lain. Allen main dalam keadaan cedera. Lucas pun sama. Maksudnya apa? Liverpool tak cukup pemain. Dan aku taktau kenapa BR tak bagi Hendo main. Bayangkan korang kat tempat Hendo. Lucas ngan Allen cedera tapi still ko tak dapat main. Gile down kot. johnson kena lempang diri sendiri supaya bangun dari mimpi. Dia nampak macam tak berminat nak main.

Bila aku komplen macam-macam ni tak bermaksud aku tak sokong BR dan Liverpool. Aku dah suka dah stail Liverpool sekarang. Cuma kadang-kadang nampak sangat beza dengan perlawanan sebelumnya. Ramai yang dah takde motivasi ke? sebab kalau itu masalahya, memang jawapannya rombak pasukan sedia ada. Itu yang Shankly buat bila nampak semua dah tak kena. Sebab bila dah lama kat satu kelab tanpa menang apa-apa yang besar, kemungkinan tu ada. Tak hairan la kalau prestasi pemain yang dah lama kat kelab boleh menurun dan yang baru masuk lebih menyerlah. So, kalau BR kata nak jual mana-mana pemain memang aku tak membantah. Dia tahu pasukan dia cuma aku harap pemilik kelab sedar Liverpool perlu pemain berkualiti untuk ganti Carra dan Gerrard nanti.

YNWA

12 thoughts on “Southampton 3-1 Liverpool. Apa yang terjadi?

    • Taktau nak cakap. Kalau memang semua perlawanan lepas ni pun still kena harap pasukan yang lain drop points 2,3 game. Tapi apa-apa pun leh jadi. lagi-lagi waktu hujung season. So, kita enjoy je la sebelum BPL bercuti 2 bulan lebih nanti…huhu

    • Kalau ikutkan atas kertas semua OK. Prestasi je kurang. mungkin tak cukup persaingan untuk rebut tempat.

      Pertahanan :

      Johnson dan Enrique skrg kompem main sebab yang lain takde samada injured atau loan. Skrtel, Agger dan Carra untuk bahagian tengah pun tak ada persaingan.

      Tengah :

      Lucas ngan Gerrard je yang betul2 solid. Kalau diorang tak form, Liverpool pun tak form.

      Bertahan : Lucas
      Menyerang : Gerrard | Allen | Hendo | Shelvey

      Atas :

      Agak OK sebab kalau ikut formasi 4-3-3,

      Suarez | Sturridge | Coutinho | Downing | Sterling ada untuk rebut 3 tempat

      Nama lain macam takyah sebut sebab macam tak diconsider langsung oleh BR macam Assaidi, Coates dsb….

  1. agak2 utk next season liverpool patut beli player yg cmne? maksudnya position mana yg patut ditambah defend ke, midfield ke takpun striker

    • Kalau ikut gaya BR, pemain menyerang dia suka style Coutinho. Boleh main mana2 posisi kat atas. So tak terkejut kalau bahagian serangan ada tambahan lagi atau mungkin ada pemain yang akan dijual dan diganti dengan pemain jenis macam ni.

      Bahagian tengah macam yang ditulis kat atas. Pemain tengah bertahan dan menyerang yang berkesan. Kemungkinan yang kuat untuk kawal bahagian tengah. Seorang playmaker mungkin dicarik untuk jadi pengganti Gerrard yang mungkin akan bersara beberapa tahun lagi. Kalau tunggu last minit memang sengsara la Liverpool nanti.

      Bahagian pertahanan…fuh…ni yang jenuh ni. Kalau ikutkan perlu sorang lagi untuk kanan kiri dan tengah. Kelly dan Wisdom boleh dilatih balik ke posisi asal diorang. Main bahagian tengah.So semua ade cover dan kalau ade kecemasan Kelly dan Wisdom still boleh main bahagian tepi. BR suka pemain boleh main banyak posisi😉

      Dengan dana yang sikit, agak mustahil la nak carik untuk semua posisi. Tapi kalau nak ikutkan, bahagian pertahanan agak kronik gak. Bahagian tengah tak kronik, cuma kurang berkesan je kadang2. Bahagian serangan dah ok.

      harap2 banyak la dapat untuk transfer nanti fuh! fuh!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s