featured image Liverpool 3-2 Spurs

Liverpool 3-2 Spurs.


Muka Depan Liverpool 3-2 Spurs 11 mac 2013

Salam dan selamat sejahtera. Spurs berkunjung ke Anfield sambil tersengih lagi lepas kalahkan Inter dalam Liga Europa. Dan Liverpool yang hanya tinggal BPL musim ni mesti main bermati-matian untuk hentikan Spurs yang tengah seronok menang 4 kali berturut-turut sebelum perlawanan ni. Kepada yang tak tengok perlawanan ni sila tengok video sorotan perlawanan ni. Perlawanan ni memang penuh aksi dan tak ada langsung masa yang membosankan kecuali waktu bola keluar..heheh.

Gol 1 Suarez

Analisis Gol 1 Suarez

Brilliant! Itu perkataan yang aku akan pilih kalau aku disuruh pilih satu perkataan sahaja untuk menerangkan gol pertama perlawanan ni. Pemain yang mulakan semuanya adalah Coutinho. Well. secara teknikalnya Johnson yang hantar bola jauh untuk mulakan serangan. Tapi Coutinho dengan cemerlangnya melepasi pemain yang menjaganya. Aku rasa benda ni sikit sebanyak sebab suarez dan Sturridge ada dalam padang. Kalau ada arahan khas untuk bertahan dah tentu untuk jaga Suarez dan Sturridge. Waktu awal permainan Coutinho lebih bebas dari separuh masa kedua. Dan aku rasa itu salah satu sebab jugak BR keluarkan dia untuk Allen. Makin lama makin nampak la skil samba dia dah mula nak keluar. Dan sekali lagi, walaupun skil yang dia buat biasanya mudah-mudah, tapi sangat berkesan. Budak ni otak dia sangat cerdas. Laju betul dia buat keputusan untuk hantar bola kepada Enrique yang tengah berlari antara pemain pertahanan. Enrique macam biasa, guna kekuatan dia untuk lindung bola dan Suarez yang memang genius, terus berlari antara pertahanan untuk memudahkan kerja Enrique. Tapi yang kagum tu cara dia jaringkan gol. Lloris pun tak jangka. Baru nak terkam tau-tau bola dah meleret masuk gol.

Gol 2 Vertonghen

Analisis Gol 2 Vertonghen

Tak leh la nak seronok kejap, mesti ada je yang tak kena. Kali ni Vertonghen tanduk masuk hantaran lintang dari Bale. Macam biasa aku cakap, bola dari tepi bahaya. Dan bagi aku Enrique tak cukup bersungguh untuk halang Bale dari sepak bola. Nampak macam dia fikir, “Alah, biar Carra ngan Agger la setelkan bola ni”. Dan yang aku lagi sakit hati adalah Johnson yang nampak macam tak berminat langsung nak bertahan. Semua perangai nak suruh orang belakang setelkan. Bila dah tinggal Jones memang tak dapek la nak selamatkan. Sebab bola tandukan Vertonghen tu berpusing dan ke tepi. Ada yang kata Bale masuk ikut suka. Aku taktau betul ke dak. Tapi kalau betul, dia boleh kena kad. Aku cuba cek peraturan FIFA untuk pemain yang nak masuk padang balik lepas keluar. Tak ada mengatakan kena bola di kawasan sendiri ke apa baru leh masuk balik. Taktau la kalau aku terlepas pandang. Maksudnya, pengadil dah suruh dia masuk. Tak ada apa yang salah kat situ. Yang salah adalah Johnson yang biar Vertonghen melompat depan dia.

Gol 3 Vertonghen

Analisis Gol 3 Vertonghen

Aku sangat tak puashati waktu ni. Bale memang pandai. Dia tau dia bole angkat sepakan percuma jadi dia kena dapatkan sepakan percuma. Macamana pegang bahu boleh sakit kat muka? Pandai dia berlakon. Bila gol tu memang aku menyumpah-nyumpah si Bale ni. Tapi dalam masa yang sama aku geram gak tengok pertahanan Liverpool. Yang pertama aku nampak dalam kelam kabut tu adalah Johnson yang jatuh terduduk. Tensen lak aku mamat ni. Cepatlah Kelly main balik dan cepatla Wisdom belajar menyerang. Punca gol ni bila Carra tanduk tak berapa kena. Lepas tu mulalah kelam kabut macam tengah main kotak beracun. Sudahnya dapat kat Vertonghen lagi. Bila dah sepak camtu depan gol memang payah la Jones nak buat apa pun. Dia cuma boleh lompat dan hulur tangan dengan harapan kena kat bola.

Gol 4 Downing

Analisis Gol 4 Downing

Ni gol hadiah namanya. Si Walker Texas Ranger boleh pegi bagi penjaga gol bola yang tinggi. Melambung lak tu. Kelam kelibut si Lloris nak tahan. Kredit untuk Downing sebab rajin kejar bola dan dengan selamba bawak bola sebelum rembat guna kaki kanan. Elok je bola lalu celah kaki pertahanan kat atas garisan gol. Rezeki…rezeki…

Gol 5 Gerrard

Analisis Gol 5 Gerrard

Gol terakhir perlawanan akhirnya dapat kat Liverpool dan dapat kat kapten, Steven Gerrard. Suarez dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Essou Ekotto. Mungkin ada yang kata Suarez jatuhkan badan lagi tapi aku tak kisah pun. Semua pemain akan buat benda sama jugak. Bale yang banyak kali rebahkan badan untuk dapatkan penalti tu orang tak pulak bising. lepas Gerrard jaringkan penalti ni, dia pergi ke jurulatih penjaga gol Liverpool. Sebabnya, dia yang bagi Gerrard video Lloris dan setiap cubaan penalti pasukan yang menentang Spurs. Dari situlah Gerrard memilih kiri atau kanan untuk penalti itu.

Taktik

Untuk separuh masa pertama Liverpool menggunakan formasi 4-4-1-1 dan kembali ke 4-3-3 selepas Coutinho dikeluarkan untuk Allen. Suarez main kat bahagian sayap waktu ni. Dengan adanya dua penyerang (Suarez dan Sturridge), pemain pertahanan Spurs kurang memberi tumpuan kepada pemain lain. Dan memang silap la kalau tak jaga Coutinho. Dia memainkan pernan penting untuk gol pertama. Tapi lepas tu Spurs mula menggandakan tekanan ke atas Coutinho. Liverpool mula hilang bola dan untuk satu jangka masa yang agak lama. Livrpool kembali menguasai permainan apabila Allen dimasukkan dan Liverpool bermain dengan 3 pemain tengah.

Apa yang aku nampak, bahagian pertahanan masih belum mantap. Masih teragak-agak untuk keluarkan bola. Johnson nampak sangat tak berminat nak bertahan. Aku taktau dia memang berserah kat pertahanan tengah ke apa sebab untuk hantaran lintang atau sepakan percuma memang dia macam tak berminat untuk melompat pun. Jangan salah paham. Aku tau pengulas pun kata dia antara pemain bek kanan yang mantap. Tapi diorang pun kata Johnson pemain pertahanan yang mantap waktu menyerang. Waktu bertahan masih rapuh sebenarnya. Aku harap dalam perlawanan ni je macam ni. Tak pun pasni kalau nak buat silap pun skor la sebijik dua ye tak?

Adakah aku puashati dengan perlawanan ni? Dah tentu! Perlawanan antara pasukan yang hebat. 5 gol. 3 untuk Liverpool. Suarez dapat gol ke-50, Carra buat penampilan ke-500 dalam Liga Inggeris, Kapten Fantastik jaringkan penalti kemenangan. Tapi yang paling penting, Liverpool berjaya ubah perlawanan selepas ketinggalan 1-2. Semangat macam ni yang kita nak tengok dalam pasukan kesayangan kita. Jumpa lagi perlawanan seterusnya, YNWA.

6 thoughts on “Liverpool 3-2 Spurs.

    • Susah ke? Dia memang bukan jenis macam Bale/Ronaldo yang boleh dribble lepas pemain. Dia lebih kepada jenis dribble, pass & move. Dia tengah biasakan diri lagi tu. Kita tengok apa lagi dia boleh buat😉

  1. yeah menang pun perlawanan mendebarkan ni..susah2 huhu
    spurs memang akan score tiap2 game, xterkejut bila bolos 2 gol..vertonghen memang nasib baik. kita juga nasib baik jugak kat defends diorang. great win!

  2. start dari game swansea, nampaknya pemain liverpool dah dirasuk semangat pendekar… nampak semangat melawan tu dah ada, tak mcm lepas2, kalau dulu walaupon dah kene tinggal masih dok belegar2 pasing kekiri kekanan skang dah more direct ini yang aku

    cara bertahan memang aku tak suka kat sini jer yang liverpool masih kureng

    cuma satu jer harap pemain liverpool fokus dan tidak dilamun asmara dana dengan kejayaan liverpool ni… pasal time time mcm ni lah dorang hilang fokus musim lepas…

    • Tu la. Aku ade terbaca gak satu artikel pasal BR dah modifry taktik yang dia nak pakai dengan kebolehan pemain Liverpool. Maybe sebab tu banyak jugak long ball Liverpool pakai. Terutamanya Gerrard dan Enrique. Kalau dulu puas la nak bawak bola dari bawah sampai atas tu.

      Taktau apa masalah pertahanan. Sebab Skrtel takde ke? heheh…ape cite la Skrtel sebenarnya ye…

      Jangan lawan Spurs menang pastu lawan yg bwh2 lembik lak. Tapi kalau Liverpool terus main dengan semangat macam ni takde masalah rasanya.

      Sekarang ni setiap kali lepas game kalau boleh nak mula game berikutnya terus…tak sabo nak tunggu seminggu…heheh

      YNWA.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s