Pemain #10 Liverpool Era Premier League


Muka Depan Artikel Pemain Nombor 10 Liverpool

Salam dan selamat sejahtera. Memandangkan lama lagi nak tunggu perlawanan Liverpool dan aku ada masa sebelum kena sambung kerja, aku buat keputusan untuk buat satu artikel untuk semua pembaca. Jadi ini tajuk yang aku pilih. mengikut apa yang aku baca, pemain nombor sepuluh ni ada perwatakan mereka sendiri. Tapi itu dulu, waktu pemain nombor 10 adalah pemain terbaik dalam pasukan dan biasanya pemain tengah menyerang atau pemain di belakang penyerang utama (biasanya nombor 9). Tapi ada juga kelab yang tidak peduli tentang nombor. Ada pemain pertahanan memakai nombor 10 dan nombor 9 manakala ada pemain terbaik memakai nombor 2 atau 6. Tapi untuk kelab-kelab yang bertuah untuk memiliki pemain terkenal seperti Maradona di Napoli, nombor itu sangat bermakna. Nombor 10 di napoli telahpun dihentikan penggunaannya untuk menghormati lagenda itu.

Ada beberapa pendapat mengenai penghentian nombor ini. Ada yang bersetuju bahawa hanya satu lagenda sahaja yang patut memakai nombor itu di kelab mereka. Ada benarnya pendapat ni. Tak ada lah pemain yang tertekan hanya sebab pakai nombor ‘lagenda’ dan sudahnya tak mampu capai tahap dia sendiri. Tapi untuk penyokong kelab, mungkin ada juga yang ingin menyaksikan seseorang pemain itu cuba untuk mencapai tahap lagenda kesayangan mereka.  Apa pandangan korang? Dan ini senarai pemain Nombor 10 Liverpool sejak Premier League ditubuhkan pada musim 1990.

*tahun dalalam kurungan adalah tahun pemain beraksi dengan Liverpool

John Barnes (1987-1997)

Statistik gol john Barnes

Jaringan gol sepanjang karier di Liverpool

Siapa yang tak pernah dengar nama John Barnes angkat tangan! Dan sekarang sila pergi Google! Zaman sekarang ni tak ada alasan lagi tak kenal siapa pemain Lagenda Liverpool ni. Aku pun bukan kenal semuanya tapi dalam usaha mengenal sebanyak mungkin yang otak aku mampu terima. Aku kurang bernasib baik sebab mula menyokong Liverpool selepas John Barnes meninggalkan Liverpool. Apa yang aku boleh buat hanyalah tengok video yang ada di youtube sahaja. Tapi tahun lepas aku sempat la tengok dia main kejap dengan pasukan EPL All Star untuk EPL Masters Cup. Tapi tak sempat nak mintak tanda tangan. Ramai yang akan kata dia antara pemain nombor 10 terbaik Liverpool. Dan aku rasa ramai yang akan setuju. Tapi untuk zaman Premier League mungkin dia bukan pilihan utama.

Kenapa aku cakap macam tu? Sebab pada tahun 1992, waktu dia dah berumur 28 tahun, dia dilanda kecederaan teruk. Ada yang kata dia tak sama lagi macam pemain sebelum tu. Dari rekod di atas pun kita boleh nampak. Dari posisi sayap, dia ditukar ke tengah. Dia dilantik menjadi kapten pada musim 1996 selepas menunjukkan peningkatan sebagai pemain tengah. Dia diletakkan di bawah sedikit untuk mengawal permainan dari tengah. Sama seperti kedudukan Gerrard sekarang yang berada di belakang pemain menyerang dan membiarkan pemain sayap naik ke atas. Walaupun John Barnes di Era Premier League tak sehebat sebelumnya, tak ada siapa yang akan menafikan kehebatannya sewaktu puncak dulu. Dia ada kelajuan, dia boleh menggelecek, dia boleh buat hantaran yang menarik, dia boleh merembat dari jauh, boleh sudahkan dari jarak dekat, boleh mengambil sepakan percuma dan banyak lagi dalam senarai kemahiran dia. Tengok sahaja mana-mana video beliau di youtube dan korang akan tahu apa yang aku cakap.

Michael Owen (1996-2004)

Statistik gol Michael Owen

Aku pasti ramai yang kenal Michael Owen. berapa umur korang kalau tak kenal dia ni? Ke aku yang dah tua sangat? huhu… Michael Owen antara penyerang terbaik dalam skuad Liverpool zaman PL. Dia terkenal dengan kelajuan dia. Sebagai pemain tengah atau sayap, hanya perlu hantara bola kedepan dan dia akan kejar macam angsa kejar budak balik sekolah. Bagi dia ruang sikit dah cukup untuk dia masukkan bola ke dalam gol dengan apa cara sekali pun. Kadang-kadang peluang yang nampak dah lepas atau sukar nak jaringkan, dia hanya sentuh dan bola meleret masuk ke dalam gol. Sebab tu ada ayat “Owen’s Touch. Everything he touches turns into goal”. Ayat yang merujuk kepada Midas Touch(sila google sendiri). Selepas dia tinggalkan Liverpool untuk Real Madrid dia bukan pemain yang sama lagi. Ada orang kata kehebatan dia tinggal di Liverpool sebaik dia menandatangani kontrak dengan Real Madrid. Yang malangnya, dia ke Real madrid untuk menang Champions League, tapi musim itu Liverpool menjadi juara Eropah dan aku pasti dia tepuk dahi dan bergulung dalam selimut sebab menyesal.

Sekarang mungkin ramai yang membenci dia sebab dia pernah masuk pasukan musuh ketat Liverpool, Manchester United. Aku pun benngang jugak. Tapi setakat tu je la. Mungkin dia terdesak untuk kembali menjadi bintang atau dia mungkin terlalu terdesak untuk sara hidup dia. Aku pun tak tau. Aku tak hairan sekarang dia selalu bergaduh dengan peminat di Twitter. Siapa yang boleh hidup kalau buat keputusan macam yang dia buat untuk tinggalkan Liverpool tu? Aku bukan cuba nak pertahankan dia. Cuma rindu dia yang dulu sebab aku membesar dengan Owen, Gerrard dan Carra.

Luis Garcia (2004-2007)

Statistik gol Luis Garcia

Pemain berbadan kecil ni antara pemain yang aku minat. Dia lincah dan untuk seorang yang kecil, mempunyai kemahiran tandukan yang tinggi. Berapa kerap Liverpool dapat beli pemain dari Barcelona? Aku rasa ini je lah kan? Dia sentiasa diingati dengan gol ‘hantu’nya ketika menentang Chelsea dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara tahun 2005. Tapi banyak lagi yang menarik sepanjang kariernya dengan Liverpool. Antaranya gol menentang Juventus, juga dalam Liga Juara-Juara pada musim yang sama. Ini antara jenis pemain yang perlu ada dalam pasukan. Lincah, kreatif dan bahaya. Dia meninggalkan Liverpool sewaktu dia berumur 29 tahun pada tahun 2007. Perpindahan yang menyaksikan Torres berpindah ke Liverpool. Waktu tu aku terkejut sebenarnya. Memang seronok Liverpool dapat Torres, tapi bayangkan kalau Garcia di belakang Torres…

Andriy Voronin (2007-2010)

Dalam senarai ni aku rasa dia la yang tak patut sekali pakai jersi nombor 10 ni. Sebab tu la aku tak rajin pun nak buat statistik dia sebab ada 6 gol je. Kalaulah Rafa beli dia dengan harga mahal dah tentu orang mengamuk. Nasib baik dia datang percuma je. Rafa amik dia sebab rekod dia di Liga 2 Jerman pada musim 2002-2003 dan kemudian dia bermain dengan baik di Bayer Leverkusen selepas itu. Mungkin Rafa hanya mahu tambah bilangan pemain yang sikit waktu tu. Tapi baru semusim dia dah dipinjamkan keluar. Dia jaringkan 11 gol dalam 20 penampilan untuk Hertha Berlin yang berjaya menamatkan musim 2008-2009 di tempat keempat. Hertha Berlin nak beli tapi tak cukup duit (apsal la tak bagi murah-murah je?). Lepas tu dia kembali ke prestasi Liverpool dia balik dan akirnya dia dijual ke moscow pada Januari 2010. Punyalah teruk karier dia kat Liverpool sampai keluar video ni kat youtube…huhu

Joe Cole (2010-2012)

Joe Cole merupakan seorang lagi pemain nombor 10 yang gagal dalam senarai ni. terbukti la betapa susahnya nak pakai jersi nombor 10 ni. Masalah Joe Cole adalah dia mudah cedera dan waktu di Liverpool, dia bukan lagi pemain yang sama dengan Joe Cole di Chelsea. Waktu di Chelsea, kebanyakan peminat Liverpool takut dengan dia sebab dia memang bagus. Tapi apa yang Liverpool dapat (secara percuma) adalah bekas kosong tapi isi sahaja. Cuma di penghujung kariernya dengan Liverpool je yang peminat mula nampak sikit diri dia yang sebenar. Dia jaringkan gol penting waktu lawan West Ham dimana Liverpool menang 3-2. Sejak tu dia mula main dengan baik, tapi tak cukup untuk membuktikan gajinya yang mahal (90 000 pound seminggu!). Akhirnya dia ke West Ham secara percuma.

Phillippe Coutinho (2013-)

Dan akhirnya, pemain terkini yang menyarung jersi nombor 10. Jersi keramat yang orang lain kalau boleh tak nak pakai sebab takut tak mampu. Untuk budak ni apa yang aku boleh cakap, dia lincah, kreatif dan bahaya. Aik? macam siapa ye? heheh…yup aku rasa dia macam Luis Garcia. Bukan macam orang lain yang bandingkan dia dengan Alonso ke Gerrard bagai. Secara fizikal pun lebih kurang Garcia. Cuma aku rasa kemahiran dia lagi tinggi..maklumla budak dari Brazil. Setakat stepover tu umur berapa tahun dah pakar agaknya. Apa yang mengejutkan aku adalah dia tak takut waktu main. Memang orang kata dia kecik jadi senang la pemain-pemain bagak kat BPL nak tolak. Tapi kalau nak kejar pun tak dapat macamana nak tolak kan? Setakat ni nampak macam boleh pergi budak ni. Dah dapat satu gol dan beberapa assist. Boleh tengok dalam entri Wigan 0-4 Liverpool. Memang patut la penyokong Liverpool sekarang teruja nak tengok perlawanan tiap-tiap minggu. Dah ada pemain nombor 10 yang berbisa rupanya…heheh. Profil dia di lfchistory.net mungkin tak ada apa sangat sekarang, tapi harapnya dalam masa 10 tahun dari sekarang, akan penuhlah ruangan gol dia nanti.

Siapa pilihan korang?

6 pemain, siapa pilihan korang untuk no 10 terbaik era Premier League? Adakah Owen atau Garcia yang terbaik setakat ni? Atau korang yakin yang Coutinho akan jadi lebih baik dari semua pemain dalam senarai di atas? Undi kat bawah dan kongsikan artikel ni di wall masing-masing ye😉

YNWA

Senarai nombor yang telah dihentikan di kelab lain

Artikel : Senarai nombor terkenal yang telah diberhentikan

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s