featured image wigan 0-4 liverpool

Wigan 0-4 Liverpool. Hatrik Suarez benam Wigan.


Muka depan ulasan wigan 0-4 liverpool

Salam dan selamat sejahtera. Aku pasti ramai yang tidur tersengih hari ni. Mana taknya, aku rasa ini antara persembahan terbaik Liverpool lepas perlawanan menentang Zenit haritu. Pemain semua tunjukkan kesungguhan, tiada kesalahan bodoh dan nasib juga menyebelahi kita. Suarez kini penjaring terbanyak liga. Coutinho menyerlah. Reina yang lama sudah kembali dan Downing jaringkan gol! Agak gila la aku punya malam sebelum perlawanan ni. Lepak kat Restoran Saba dari tengahari sampai petang. Lepas tu boleh decide nak tengok wayang (Sila tengok cerita Jack pembunuh gergasi!). GSC Alamanda tak ada elektrik. Bergegas ke Mines dan duduk barisan depan sekali belah tepi sampai nak teleng kepala. Habis cerita lepak Seksyen 15 yang penuh sebab sebelum tu perlawanan MU. Duduk pulak restoran yang ada anak kucing suka panjat peha orang…huhu~ Cukupla aku mengarut tentang kehidupan aku. Jom imbas balik gol-gol dalam perlawanan ni.

Gol 1 – Stewart Downing

Wigan 1-0 Liverpool Downing

Gol ni bermula dari sepakan gol Reina. Yup. Sepakan gol. Teringat masa musim 2008-2009 dulu waktu Liverpool menang besar lawan MU dan Aston. Dua-dua perlawanan ada gol yang bermula dari sepakan gol. Cuma bezanya kali ni bukan terus ke penjaring. Kali ni Liverpool ada pemain no 10 yang berbisa. Dia bijak mencari ruang dan membaca bola Reina. Bila bola dah turun ke kaki, senang je nak gelecek pemain pertahanan Wigan dengan skil asas yang aku rasa semua pemain Brazil wajib kuasai. Hantaran ketengah pun cantik. Tak laju, tak perlahan. Tak terlalu rendah, tak terlalu tinggi. Just nice kate orang putih. Yang jadi istimewa sebab Downing jaringkan gol. Pakai kepala! Aku suka tengok pergerakan pemain waktu ni. Waktu menyerang di sebelah kiri, bek kiri akan turut naik untuk buat larian di sebelah tepi. Enrique memang pantas bab-bab ni. Suarez pulak rapat dengan pemain sayap yang tengah bawak bola untuk membantu. Waktu ni pemain sayap kanan dan pemain tengah menyerang gunakan ruang yang ditinggalkan pemain lawan untuk menyerang dan dengan tandukan jarak dekat oleh Downing, El Habsi memang tak ada peluang. Memang silap la kalau 2,3 orang jaga belah Suarez je…huhu~

Mula-mula aku ingat Gerrard yang buat larian belakang penyerang. Rupanya Allen. Baguslah. Sebab Allen tak sesuai main bawah. Kecik sangat. Bukan guna untuk hentikan serangan. Gerrard di belakang dia waktu ni. Sesuai sekiranya ada serangan balas. Dia boleh hentikan serangan dan dengan mudah boleh hantar bola untuk buat serangan balas dari bawah. Lucas pulak bawah lagi dari Gerrard. Secara umumnya memang Lucas pelindung pemain pertahanan. Mungkin dengan cara ni boleh kembalikan prestasi Allen. Dia selesa bertukar hantaran dalam kotak penalti dan sesuai main laju dengan Coutinho dan Suarez.

Gol 2 – Suarez

Wigan 0-2 Liverpool Suarez

Gol ni menambahkan lagi keyakinan semua penyokong pada Coutinho. Lepas bagi Downing, dia bagi Suarez pulak. Aku penah kata Liverpool perlu pemain macam Silva, Modric semua tu. Tapi sekarang aku percaya Liverpool dah ada pemain yang sesuai. Coutinho masuk dalam kategori yang sama. Dalam perlawanan ni nampak dia yang mengawal serangan Liverpool. Dua assist dalam satu perlawanan dan dua-duanya assist yang cantik. Tapi kredit untuk Suarez sebab kalau dia tak jaring gol, tak dikira la sebagai assist kan? Sentuhan pertama Suarez waktu dapat bola memang sempurna. Memang patut Downing kata dia tak dapat bayangkan kalau kena bertahan menentang Suarez. Dia terima bola dalam keadaan tertekan tapi nampak mudah je. Sempat acah penjaga gol sekali sebelum mudah menolak masuk apabila penjaga gol dah rebahkan badan awal-awal.

Dalam gerakan ni Coutinho masuk ketengah sedikit dan Suarez bergerak ke tepi. Sementara Allen mengisi ruang yang ditinggalkan Downing. Nampak ada konsep total football sikit kat situ. Enrique macam biasa dah standby kat tepi dan Gerrard betul-betul di belakang semua tu. Sekali lagi Wigan tinggalkan ruang besar untuk dieksploitasi. Kali ni di sebelah kiri.

Gol 3 – Suarez

Wigan 0-3 Liverpool Suarez

Gol ketiga adalah gol Suarez seorang. Well, dibantu sikit oleh pertahanan yang tanduk bola tu sipi-sipi dan penjaga gol yang tak tentu arah. Sebab Suarez sebenarnya dah tergelincir dan bola sedikit ketengah(atau menuju ke tepi, aku tak pasti) sekiranya tak kena siapa-siapa. Aku anggap dia tuju ke sebelah kanan penjaga gol walaupun selalunya dia tuju ke sebelah kiri. Sebabnya ada dua orang pemain Liverpool yang berdiri di hujung wall untuk mencipta ruang laluan bola. Tapi macam yang aku cakap. Malam ni nasib pun menyebelahi Liverpool. Nampak gayanya Suarez memang berlatih bersungguh-sungguh untuk sepakan percuma. Kalau dulu asyik melambung, sekarang boleh kata semua masuk. Paling kurang pun tepat ke sasaran la. Agaknya berapa banyak lagi gol sepakan percuma Suarez dalam baki perlawanan ni?

Gol 4 – Suarez

Kalau nak tengok kecemerlangan Johnson waktu menyerang, ini adalah salah satu darinya. Dia bawa bola dari bawah, berlari laju sambil mengawal bola melepasi bukan 1, 2 atau 3 pemain tapi 4 pemain Wigan. Sentuhan terakhirnya menghantar bola ke laluan Suarez yang dalam kedudukan onside kerana pertahanan Wigan terleka. Selebihnya anda tahu apa terjadi. Al habsi terbaring sekali lagi. Mengutip bola dari jaring untuk kali ke-empat. Tak banyak yang wigan boleh buat untuk halang Liverpool kali ini.

Special Mention (apa terjemahan untuk ni eh?)

http://us.bola.viva.co.id/news/read/389182-kehadiran-coutinho-bisa-tingkatkan-persaingan-di-liverpool

Gambar dari vivabola

Berapa pun harga sebenar mamat ni aku rasa dah terbayar dah walaupun baru beberapa perlawanan dia main. Dan aku rasa dia siap boleh bayar harga orang lain sekali..huhu. Dia dah jaringkan dan hasilkan gol. Dia mengawal serangan, dia juga turun bertahan. Sentuhan pertama yang kemas, awareness dan vision yang tinggi dan tak lupa skil-skil samba walaupun hanya yang mudah-mudah setakat ni. Mungkin satu hari nanti ada rabona atau skil-skil lain dari dia. Walaupun Suarez pemain terbaik perlawanan dengan jaringan 3 gol tapi Coutinho sedikit sahaja di belakangnya. Kalau anda dah lama tinggalkan perlawanan Liverpool, ini masa untuk mula semula.

Kesimpulan

Perlawanan yang awesome untuk hari yang awesome! Kalau macam ni la main sampai habis musim, tak mustahil dapat tempat keempat. owh, aku lupa untuk mention nama Reina. Antara pemain terbaik perlawanan. Reina lama yang ramai rindui. Refleks dia sangat hebat dalam perlawanan ni. Tak lupa juga skil waktu dia tipu Di Santo yang cuba halang dia sepak bola. Kalau perlawanan ni seri memang dia pemain terbaik perlawanan. Tapi aku rasa kali ni dia di belakang Suarez yang menjaringkan 3 gol dan Coutinho yang membantu menghasilkan 2 gol. Apapun, nampaknya akan ada penghujung musim yang mendebarkan untuk peminat Liverpool seluruh dunia. Teruskan menyokong. Kita sekeluarga.

YNWA.

3 thoughts on “Wigan 0-4 Liverpool. Hatrik Suarez benam Wigan.

  1. Comel la….hahahha…..terbaik game nih cuma terkilan 1st half tak dapat ngok…sebab masih keje…balik keje jam 0200hrs….hukhuk…..

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s