featured image Liverpool 3-1 Zenit

Liverpool 3-1 Zenit. We Love You Liverpool, We Do.


Muka Depan Ulasan Liverpool 3-1 Zenit

Salam dan selamat sejahtera. Liverpool perlu menang 2-0 sebaik sepak mula tapi tugas tu agak berat jika difikirkan kelebihan gol Zenit. Bayangkan bermain dengan kerisauan melepaskan gol kepada Zenit yang sekiranya berlaku, memerlukan Liverpool menjaringkan 4 gol!!! Anfield penuh dengan penyokong merah dan hanya sebahagian kecil penyokong biru/putih. YNWA dan Fields of Anfield Road berkumandang. Platform untuk sejarah telah tersedia untuk Liverpool.

Liverpool bermula dengan baik. Tak gugup macam selalu. Biasanya lepas 30 minit baru panas tapi kali ni tak. Terus main dengan baik. Hendo hampir jaringkan gol tapi dalam keadaan tergesa-gesa dia buat pilihan yang kurang tepat. Tapi cara Liverpool dapatkan peluang tu yang menarik, bagi aku. Lebih kurang 3-4 orang pemain menekan pemin pertahanan Zenit dan akhirnya bola dapat ke Hendo. Ada yang dah tunggu depan gol waktu tu, tapi Hendo cuba terus ke gol.

Sejak dari tu Liverpool tak buang masa. Setiap kali Zenit dapat bola Liverpool akan cuba dapatkan bola balik secepat mungkin. Hasilnya Zenit terpaksa main laju untuk mengelak bola dirampas tapi secara tak langsung memaksa banyak kesilapan dari mereka. Tapi pada minit ke-18, Hulk memusnahkan harapan Liverpool. Lagi memilukan, Carra menjadi punca gol itu. Dia cuba menghantar ke belakang dalam keadaan tertekan dan hasilnya bola meleret perlahan ke laluan Hulk. Tak banyak yang Reina boleh buat. Tapi aku nak tengok Reina cuba lebih dari tu. Dan sekali lagi, pasukan lawan menjaringkan gol, menentang arus perlawanan. Liverpool perlukan 4 gol untuk ke pusingan seterusnya.

Pada minit ke-25, Agger meluru ke atas membawa bola dan berjaya menggelecek 2 pemain sebelum dikasari. Liverpool perlukan gol ini. Tapi tidak tanpa gangguan psikologi pemain Zenit keatas Suarez terlebih dahulu. Memang bersungguh diorang nak kacau Suarez. Sampai kena kad kuning. Apa yang diorang tak tahu adalah Suarez lebih bahaya kalau dicucuk. Tapi mereka dah tahu lepas tu. Liverpool 1-1 zenit. Liverpool perlu 3 lagi gol tanpa bolos.

Liverpool tak duduk diam lepas tu. Mana mungkin dengan aggregat 1-3. Liverpool ada peluang jaringkan gol melalui sepakan percuma Gerrard. Tapi pertahanan Zenit nampak bersedia untuk perlawanan ni. Pada minit ke 43 Enrique bertukar hantaran dengan Henderson sebelum hantaran lintang Enrique yang terkena beberapa pemain Zenit ditanduk Allen. Penjaga gol menepis tapi Allen lebih pantas daripada orang lain. Liverpool 2!!!

Separuh masa kedua

Liverpool bermula sama macam mereka akhiri separuh masa pertama, dengan serangan. Gerakan menarik dimulakan oleh Downing, suarez membiarkan bola lepas. Gerrard menghantar ke tepi untuk Johnson sebelum pertahanan mematahkan serangan. Dan dalam 10 minit pertama liverpool menyerang bertubi-tubi dan hampir mendapat penalti apabila bola dilihat terkena tangan pemain Zenit.

Minit ke 58 suarez dijatuhkan diluar kotak penalti. Betul-betul kat tengah. Ikutkan jarak mungkin ramai yang menyangka Gerrard akan mengambil sepakan ini. Pemain Zenit semua sudah bersedia meluru dari wall. Tiba-tiba Suarez berlari dan melencongkan bola melepasi Malafeev! Liverpool 3! Satu gol sahaja lagi dan perlawanan ini akan diabadikan dalam ingatan semua penyokong sebagai malam Eropah penuh magikal di Anfield. BR nampak mahu menggandakan serangan apabila dia memasukkan Assaidi dan Shelvey sekaligus.

Minit ke 68 Suarez dan Assaidi cuba bertukar hantaran. Assaidi kemudiannya ditarik oleh pemain Zenit. Betul-betul di luar kotak penalti. Dan dah tentu Suarez yang ambil sepakan ini tapi kali ini penjaga gol membaca sepakannya. Tak lama lepas tu bola muntah keluar ke arah Gerrard dan aku rasa satu Anfield dah berdiri namun sepakannya diselamatkan penjaga gol! What a game!

Minit ke 75 shelvey pula hampir menjaringkan gol kemenangan apabila pemain zenit menahan bola untuknya didepan gol. Dia berlari laju dan terus merembat bola itu. Aku rasa tak ada apa yang salah dengan apa yang dia buat. Untuk pengetahuan, aku menulis ulasan ni sambil menonton perlawanan. Sebab tu macam pelik sikit. Dan lepas minit ke-70 aku tak dapat nak ikut kelajuan perlawanan. Sebab Liverpool serang bertubi-tubi. Cuma hujung-hujung perlawanan Liverpool mula perlahan. Mungkin terlalu penat. Mana taknya main menyerang boleh kata sepanjang perlawanan.

Waktu Suarez menjaringkan gol ketiga Liverpool, aku rasa ramai yang yakin Liverpool boleh dapatkan gol kemenangan berdasarkan apa yang mampu Liverpool buat dalam masa 6 minit di Istanbul. Sekali lagi reputasi Liverpool melangkaui kemampuan mereka. Kita tak berjaya ke peringkat seterusnya. Sebaik wisel penamat ditiup, pemain semua tertunduk lesu, ada yang terduduk tak percaya. Sebab diorang dah bagi segala yang diorang boleh bagi. Perlawanan macam ni la yang mengingatkan aku tentang kehebatan Liverpool.

Positifnya, Liverpool hanya perlu tumpukan pada BPL. Dan positifnya perlawanan ni adalah tanpa Sturridge dan Coutinho. Aku rasa dah sampai masa puncak untuk semua pemain tunjuk taring. Dari sini kena menang semua perlawanan. Tak perlu simpati pada pasukan lain. Belasah banyak sikit kalau boleh. Jadikan semua perlawanan macam perlawanan Eropah. Aku harap sangat Liverpool tak balik ke prestasi teruk bila main BPL. Dah 2 perlawanan main dengan baik jadi hanya perlu teruskan rentak. Aku macam biasa terus menyokong. YNWA.

4 thoughts on “Liverpool 3-1 Zenit. We Love You Liverpool, We Do.

  1. walaupun tanpa piala tahun nie, tu semua langsung x menjatuhkan semangat aku sebagai penyokong malah aku lebih teruja utk saksikan kbngkitan liverpool..hope top 4 dpatlah tahun nie….YNWA…

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s