featured image MC 2-2 Liverpool

Man City 2-2 Liverpool. Positif Negatif.


Muka Depan ulasan Man City 2-2 Liverpool

Salam dan selamat sejahtera. Lama aku tak kemaskini blog. Memang salah aku. Sebab lepas perlawanan aku mesti tengok Facebook untuk baca komen pasal Liverpool. Bila dah baca banyak sangat komen-komen tak masuk akal dan tak berasas aku jadi tak ada semangat terus nak kemaskini blog. Tambah pulak dengan Streamyx kat Banting ni yang asyik padam macam dial-up. Tapi nak tak nak aku kena keluar gak dari zon bahaya ni. Sebab bila lama dah tak kemaskini nanti terus malas nak berblog balik. Terima kasih kepada yang sudi bertanya tentang blog ni. Walaupun sorang dua, tapi sekurang-kurangnya ada la yang masih hargai usaha aku ni. Terima kasih banyak-banyak.

Cukup la mukadimah tu kot. Kita terus ke agenda utama. Liverpool seri dengan Man City lepas seri dengan Arsenal. Positif? Negatif? Jom tengok sorotan perlawanan ni lepas tu kita bincang.

Gol 1 – Edin Dzeko 23′

Aku cukup benci bila pemain lawan dapat hantar bola ketengah. Bahaya tahu! Aku rasa pemain Liverpool tak dapat nak kekang Aguero dan Silva sebab dua orang ni memang pemain yang hebat. Dua-dua licik. Mungkin lepas ni Suarez ngan Coutinho boleh jadi kita punya Aguero dan Silva😉 Bagi aku Agger terlambat halang bola tu antara faktor penting penghasilan gol ni. Reina pun patut lebih fokus. Sebab aku pernah tengok penjaga gol lain yang boleh tangkap bola rendah yang laju macam tu.

Gol 2 – Daniel Sturridge 29′

Gol kontroversi. Kat bawah kita cerita panjang sikit pasal kontroversi ni ye. Kat sini kita cerita pasal gol. Liverpool man ikut pengadil. Pengadil kata jalan, Liverpool jalan. Dan kalau ikut stail Rafa, memang dah gung-ho dah serang terus. Gol tak gol lain cerita. Ikut stail BR, Liverpool bergerak ke depan tapi dengan hantaran kemas. Cuba tengok mana lubang yang ada. Kalau rasa kemungkinan gol tu tinggi, baru cuba. Sebab tu nampak agak lambat Liverpool serang waktu ni. Takut terlepas bola dan kena serang balik. Pemain MC pun dapat turun balik untuk bertahan. Cuma johnson je yang agak kurang kemas buat hantaran dan hampir lepas bola. Tapi bola dapat ke Gerrard dan Abang long terus tolak ke Sturridge yang ada banyak masa dan ruang untuk buat rembatan padu maut menggunakan kaki kirinya. Hart langsung tak ada peluang.

Gol 3 – Steven Gerrard 75′

Waktu tengok gol Gerrard ni terus teringat Gerrard waktu muda-muda. Waktu dia pakai nombor 17, dah mula banyak gol dari jauh. Gol klasik Gerrard. Gol cap dagang(trademark?) Gerrard. Menjerit aku, adik aku dan ayah aku waktu tengok gol ni. Bola memang sedap. Memang mintak Gerrard hayun punya bola. Dia hayun sepenuh hati. Bola naik dan turun betul-betul dekat dengan Hart. 2 gol jarak jauh dan dua-dua dia tak ada peluang nak selamatkan.

Gol 4 – Kun Aguero 78′

Memang sakit hati tengok gol ni. Tapi aku rasa sakit hati tu jadi berlebih-lebih sebab Gerrard baru jaringkan gol cantik yang patutnya jadi gol kemenangan perlawanan ni. Dan ditambah pulak orang yang buat silap untuk gol ni adalah Reina yang kurang konsisten musim ni. Aku cuba fahamkan apa yang Reina nak buat. Aku rasa dia salah buat keputusan. Untuk dia keluar macam tu rampas bola daripada pemain lain aku rasa tak mustahil. Tapi ini Aguero. Bukan pemain biasa. Kesalahan macam tu je cukup untuk bagi dia peluang jaringkan gol. Aku bukan nak cakap reina sorang buat salah. Kalau tengok balik. Pertahanan pun tertidur gak. Skrtel boleh biar Aguero lari pintas dia. Dan Skrtel macam memperlahankan larian mungkin sebab nampak Reina keluar. Bagi aku pertahanan kena kental dan tegas. Kena kawal keadaan. Pergi dulu kat bola, sepak keluar. Yang lain belakang cerita.

Positif

Sturridge

Satu perkataan untuk Sturridge. WOW. Berbaloi-baloi 12 Juta bayar kat Chelsea. Dia ni dahla laju, pandai pegang bola, pandai gelecek, pandai hantar bola jauh dan dekat, pandai cari ruang, stabil dan macam-macam lagi. Cubaan dia waktu awal permainan waktu dia berjaya lepas Hart dan waktu dia lari sebelah kiri untuk lepas dari Nastasic membuktikan dia sangat laju. Gol dia tak payah cakap la. Memang mantap! Cubaan dia waktu hujung-hujung pun hebat gak..yang pakai tonjol je tu…hahah…menggelupur gak la Hart nak selamatkan. Tak hairanlah dia dinobatkan sebagai Permainan Terbaik Perlawanan oleh Liverpool dan penyokong Liverpool. Aku harap dia terus sihat untuk bantu Liverpool panjat tangga liga musim ni.

Gerrard kembali!

Ramai yang rindu nak tengok Gerrard yang dulu. Kalau sebelum ni dia dah kembali buat hantaran jauh yang hebat tu, kali ni dia kembali dengan rembatan jarak jauh yang mustahil untuk diselamatkan. Apa lagi yang belum kita tengok? Mungkin nak tengok dia bertukar hantaran dengan pemain lain dan masuk dalam kotak penalti untuk jaringkan gol..heheh. Aku rasa ramai yang menangis kalau dia bersara nanti nih. harapan untuk pengganti dia sekarang adalah Hendo dan Coutinho. Tapi mungkin bukan pengganti Gerrard. Serius? Siapa boleh GANTI Gerrard? Harapnya Hendo dan Coutinho boleh teruskan tradisi Gerrard lepas ni😉

Top Assist

Liverpool buat juara BPL berpeluh

Kalau ikutkan ramalan semua orang kat internet ke, ESPN ke…semua kata Man City akan menang dan ramai jugak yang kata diorang akan menang besar. Aku pun takut sebenarnya. Takut kena belasah teruk, tapi akhirnya Liverpool seri 2 kali dengan juara bertahan Manchester City. Dengan pemain yang diorang ada dan prestasi yoyo kita, bagi aku ini bukanlah keputusan yang teruk. Mancini dan pemain-pemain City memang kelas sebab selalu menghormati pemain Liverpool. Diorang jugak selalu puji Liverpool. Bila tengok balik memang cuak gak Mancini tu waktu perlawanan. Harap beberapa musim lagi semua orang akan takut dengan Liverpool dan Anfield..macam dulu-dulu😉

Negatif

Liverpool tak adil?

Ramai yang kecoh pasal benda ni. tak kira la dalam negara ke luar negara ke. Tapi aku rasa Liverpool buat benda yang betul. Dzeko mintak sepakan percuma dan bila pengadil tak hiraukan dia, dia mula la nak buat sakit. Biasanya pengadil akan tiup wisel suruh keluarkan bola kalau kecederaan melibatkan kepala atau pemain sakit jantung ke apa. Tapi Dzeko elok je bangun lepas tu. Tak ada apa pun. Aku hairan kenapa orang sibuk cakap rebahkan badan untuk dapatkan penalti tu teruk padahal berlakon sakit untuk dapatkan sepakan percuma dan halang pasukan lawan buat serangan pun lebih kurang jugak sebenarnya. Benda ni negatif sebab media biasanya akan mainkan isu ni. Dan Liverpool sekali lagi jadi mangsa sebab pengadil punya keputusan.

Reina yang tak konsisten

Aku pasti ramai yang dalam dilema sekarang andainya ditanya mengenai penjaga gol pilihan mereka. Waktu jones menggantikan Reina sebelum ni nampak selesa dan lebih konsisten dari Reina. Tapi lepas kekalahan mengejut kepada Oldham dalam perlawanan Piala FA baru-baru ni, mesti ramai yang menggaru-garu kepala yang tak gatal untuk jawab soalan yang sama. Apa yang berlaku pada Jones membuktikan semua pemain tak lepas dari masalah prestasi. Sebab tu orang kata “Form is temporary, class is permanent”. Musim ni musim yang pelik untuk Reina. Satu masa dia selamatkan cubaan Silva yang kompem masuk gol tapi satu masa dia buat keputusan yang tak berapa tepat untuk keadaan tu. Macam histogram yang ada nilai ekstrem kiri dan kanan.

Waktu Reina buat silap dalam perlawanan ni, aku memang kecewa, marah, bengang dan sebagainya. Tapi bila fikir-fikir balik, Reina penjaga gol terbaik Liverpool sekarang kalau tengok atas kertas. Yang perlu dia buat sekarang kembali ke prestasi asal atau dia mungkin diganti dengan pemain lain. Liverpool ada sejarah ganti penjaga gol yang buat silap macam ni. Westerveld dan Dudek aku ingat lagi sebelum kena jual tu diorang selalu lepas bola senang. Bola masuk bawah ketiak la, tangkap tak betul la. Tapi aku rasa rugi Liverpool jual sekarang sebab penjaga gol biasanya boleh pakai sampai umur 30+. Tengok Friedel tu. Makin tua makin power! Lagi satu, susah nak carik penjaga gol muda yang berbakat sekarang ni kecuali kalau pemilik murah hati nak derma 15-20 juta untuk beli.

Isu berbangkit

Pemain muda pemain tua

Isu ni sebenarnya dari perlawanan lawan Oldham haritu lagi. Ramai yang meroyan kata BR tak patut guna pemain muda dalam perlawanan tu sebab diorang tak cukup pengalaman. Aku sengih je. Ayat diorang sendiri dah jawab kenapa perlu bagi pemain muda main. Diorang perlukan pengalaman dan memandangkan Liverpool akan menentang Arsenal dan man City lepas perlawanan tu, aku rasa itu keputusan yang sewajarnya. BR bagi peluang pada ramai pemain muda. Jadi pemain yang kena buktikan diorang layak untuk berada dalam kesebelasan utama untuk BPL. Jadi untuk menyalahkan pemilihan pemain BR semata-mata adalah tidak adil.

Rekod menentang pasukan besar BPL…dan Everton😉

Keputusan Menentang Pasukan Yang Merebut Tempat Ke Eropah

Okay,,aku tak nafikan yang rekod ni agak merisaukan. Tapi harapnya waktu kita jumpa 3 pasukan besar di Anfield hujung musim ni kita akan dapatkan 9 mata tu.

Kedudukan Liga

Kedudukan Semasa BPL

Jadi. Teruk sangat ke keadaan Liverpool sekarang sebenarnya bagi korang? Well, bagi aku jadi penyokong bola sepak bukan untuk tambah masalah dan pening kepala. Tapi untuk menghargai perkara-perkara yang berkaitan dengan kelab yang kita sokong samada yang besar seperti pendedahan tentang kebenaran Tragedi Hillsborough atau yang kecil seperti perlantikan Matthew Baxter sebagai Ketua Operasi Televisyen dan Media Digital yang baru. Untuk pengetahuan, beliau pernah bekerja dengan Disney dan Warner Bros! Benda kecil pada mata kita macam ni sebenarnya membawa makna yang besar untuk Liverpool. Aku hargai usaha pemilik menaiktaraf semua staf untuk memaksimumkan keberkesanan pengurusan Liverpool dan seterusnya memastikan pendapatan Liverpool dapat menampung yuran perpindahan pemain bertaraf dunia di musim-musim perpindahan yang akan datang. Jadi rileks dan nikmati sahaja keindahan dunia bola sepak dengan pasukan kesayangan kita okay?😉

One thought on “Man City 2-2 Liverpool. Positif Negatif.

  1. Sturiddge herrm…..Aku rasa dia ni pantas menyesuaikan diri, cuma sama ada diberi peluang atau tidak itu saja… lagi satu aku tgk dia dah kurang gedik mungkin sebelum ni dia becampur dengan manusia gedik, dia pon jadi gedik sama…

    gerrad fuhhhh! riena no komen dah penat komen….

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s