Featured Image Liverpool 5-0 Norwich

Liverpool 5-0 Norwich.


Cover report Liverpool 5-0 Norwich

Salam dan selamat sejahtera. Minggu yang menggembirakan untuk kita penyokong-penyokong Liverpool. Liverpool menang besar keatas Norwich…lagi. Cuma kali ni tak ada hatrik untuk Suarez. Tapi aku rasa ramai yang tak kisah dengan senarai penjaring kali ni, malah aku rasa ramai yang suka. Henderson menjaringkan gol cantik yang tak mampu diselamatkan, Sturridge menipu pemain pertahanan menyebabkan Suarez lepas dengan mudah untuk gol kedua. Sturridge juga menjaringkan gol hasil lorongan Downing. Kapten fantastik kita kembali dengan gol jarak jauh yang sinonim dengan namanya. Kehebatan Sterling pula memaksa pertahanan Norwich menjaringkan gol sendiri.

Video sorotan perlawanan

Biasanya kalau menang besar aku tak akan komen banyak-banyak sangat. Sebab aku pasti semua lagi suka tengok video ulang-ulang. Sebab itu pun yang aku buat😉 Apa yang aku tengok dalam perlawanan ni, pemain tengah dan pemain menyerang lebih dinamik, Johnson disuruh naik jauh ke atas lebih kerap sambil Suarez lebih ketengah dibelakang Sturridge.

Suarez dan Sturridge

Menarik gila la cara diorang ni main berdua kan? Ikut komen Sturridge, kalau Suarez kat atas, dia ke bawah dan macam tu jugak sebaliknya. Diorang tak ada posisi yang tetap. Ini adalah mimpi ngeri untuk pasukan yang cuba menjaga mengikut pemain. Lagi ngeri bila dua-dua pemain ni sangat bijak mencari peluang. Boleh nampak Sturridge main dengan lebih berdisiplin berbanding ketika dia di Chelsea. Dia juga ada turun membantu pertahanan sekali sekala cuma tak sekerap Suarez. Aku dapat rasa yang dia akan memanjat kedudukan penjaring liga dengan pantas lepas ni😉

Hendo, Gerrard dan Lucas

Liverpool mengawal permainan dan kita patut berterima kasih kepada kombinasi pemain tengah yang baik. Selain dari bahagian serangan yang dinamik, aku rasa bahagian tengah pun menggunakan konsep sama. Cuma Lucas yang mempunyai kedudukan yang agak tetap berbanding Hendo dan Gerrard. Hendo dan Gerrard kerap turun naik samada bersilih ganti atau bersama-sama sewaktu sedang menyerang. Apa yang selalu membezakan pemain tengah yang biasa dan yang lebih baik adalah “vision”. Kalau tak ada “vision” yang baik mustahil pemain seperti Hendo dapat bermain untuk semua peringkat umur pasukan England (dan menjadi kapten untuk B21).

Gerrard semakin kembali ke prestasi asalnya. Bila tengok balik banyak jugak gol dia dalam teruk-teruk main sebelum ni. Aku suka cara Gerrard main dalam perlawanan ni. Ada masa dia turun bawah, bantu Lucas. Dan dia buat hantaran dari jauh je. Hantaran-hantaran Hollywood dia memang terbaik. Dan ada masa, dia turut serta untuk menyerang. Hasilnya, dia dapat satu gol yang dia berusaha dari haritu untuk dapat. Gol dari jarak jauh. Waktu ni aku menjerit macam perempuan dah. Huhu~ Dalam perlawanan ni jugak kita dapat tengok terjahan keras(tapi bersih) ala Gerrard seperti yang kita biasa tengok dulu😉

Prestasi pemain

Ingat tak waktu Lucas dikutuk dulu? Main tah apa, selalu buat terjahan/bentesan yang tak perlu dan bagi pasukan lawan sepakan percuma di kawasan berbahaya. Ingat tak Downing yang orang selalu kutuk sebab tak jaringkan gol dan tak bantu orang lain jaringkan gol untuk masa yang lama. Ingat tak Henderson yang selalu disebut setiap kali ditanya siapa yang patut Liverpool jual?

Sekarang ingat tak Shelvey yang dikatakan lebih hebat dari Hendo? Sepatutnya dia main dan bukan Hendo. Ingat tak Allen yang cemerlang menjaga bahagian tengah Liverpool? Bagusla kalau ingat. Harapnya bila kita dah nampak yang semua pemain ada naik turun ni, tak ada la lagi yang setiap kali pemain main tak bagus terus suruh jual atau terus mencarut-carut. OK? Penyokong Liverpool memang ramai jadi kita cuba jadi antara yang terbaik pulak😉

6 thoughts on “Liverpool 5-0 Norwich.

  1. As Salam…

    Good review….
    Part Gerrard score tuh sama la kita jerit macam perempuan… hehehe… and yup saya pun suka tengok Gerrard main macam nie…hope dia selalu laa macam nieh…

    • Salam…

      Thanx…simple je kali ni. Taktau nak komen apa. Asyik tengok video ulang2. Harap-harap dia dapat teruskan prestasi dia ni sampai hujung season. Yang lain pun sama. Semoga tercapai hasrat nak balik ke Champions League🙂

  2. Amin…. sebelum nieh Brother G macam tenggelam and takde peluang nak score or even assist… tapi match nieh dia nampak hidup… to me dia memang sesuai main free gitu… and of course Suarez and Sturridge nampak chemistry – harap tetap gitu… takde ketamakan nak jadi top scorer… huhuhu..

    anyways… keep itu with the next review… looking forward… YNWA!!

  3. betul gak,.semua player masih baru lg dengan sistem dan ada tahap permainan ada pasang surut. fans ni pantang salah sikit je nak suruh jual. adoi huhu sekurang-kurangnya player kat subs pun boleh dipercayai mcm allen, borini dll

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s