featured image MU 2-1 Liverpool

Man Utd 2-1 Liverpool. BR Salah taktik?


Cover report MU 2-1 Liverpool

Salam dan selamat sejahtera.  Macamana dengan korang? Kena bahan kaw-kaw ke dengan member lepas perlawanan ni? Hahah..relaks. Itu la dia bola sepak. Siapa menang dapat la hak untuk berlagak kejap. Aku tak pernah suka setiap kali Liverpool lawan MU. Sebabnya ayah aku penyokong MU. So…setiap kali pasukan kitorang jumpa, aku rasa janggal..huhu. Lepas perlawanan biasanya tak tau nak cakap apa. Dan biasanya ayah aku akan cakap benda macam “patut kalah dah main macam tu” atau “Liverpool patut boleh menang dah. MU main teruk” setiap kali MU kalahkan Liverpool untuk sedapkan hati aku pasal tengok aku layu semacam je. Korang ada ke ahli keluarga yang sokong MU? Mesti paham kan?

Video Sorotan Perlawanan

Gol 1 – v. Persie

Gol v. Persie vs Liverpool 13/1/2013

Kita selalu tengok pemain lawan sampai 3,4 orang masuk untuk rampas bola dari pemain Liverpool. Aku taktau kenapa BR tak nak guna taktik ni. Berkesan apa. Terutamanya dalam situasi ni. Lucas dan Allen tak cukup aggresif. Downing . Diulangi…Downing yang tengah rebut bola sambil Gerrard pun tengok dari tepi. Dah macam scene lawan-lawan dalam cerita. Yang lan tengok je dulu. Ikut giliran nak lawan. Disebabkan ramai pemain MU kat tengah Liverpool pun berkumpul la kat tengah termasuk pemain sayap macam Downing. Dan hasilnya bahagian kiri dan kanan terdedah untuk serangan. Tengok la sebelah kiri tu. Wisdom tak boleh nak jaga sebab ramai pemain MU ka tengah dan senang-senang boleh lari terus ke gol. Terutamanya pemain depan Lucas dan Allen tu. Kenapa dia boleh bergerak bebas kat depan Allen dan Lucas? Kenapa Allen dan Lucas macam salah tempat je ni? Banyak persoalan yang timbul untuk gol ni.

Gol v. Persie vs Liverpool 13/1/2013 B

Aku selalu cakap. Bola dari tepi bahaya. Sebab tu aku kata pemain kanan dan kiri kena buat apa pun untuk hentikan bola dari kiri dan kanan. Bila bola dah ke tengah, kita hanya boleh harap pemain pertahanan tengah bertindak cepat dan pintas penyerang untuk keluarkan bola atau harap pemain penyerang salah sepak, tersadung dan sebagainya atau penjaga gol hebat macam cerita Kapten Tsubasa boleh selamatkan bola walaupun bola dah pergi ke gol dulu sebelum dia. Malangnya, tak satu pun benda ni yang berlaku. Pemain tengah sepatutnya melekat dengan penyerang macam kembar siam tapi tengok la ruang yang ada untuk 2 pemain MU kat tengah tu. Skrtel dan Agger nampak selesa sangat tak ada pesaing untuk slot pertahanan tengah? Hmm… Reina. Reina. Reina. Kenapa aku rasa… AKU RASA..Jones boleh selamatkan bola ni? Ke perasaan je?

Gol v. Persie vs Liverpool 13/1/2013 C

Oh ya. macamana bola tu boleh lepas ke tengah? Padahal ada 3 orang pemain depan Evra tu. Jawapannya dalam gambar kat atas ni. Sebagai pemain pertahanan nasihat yang akan selalu diberi adalah “don’t take your eyes of the ball” atau dalam Bahasa Melayu….jangan pandang belakang!! Wisdom patut korbankan apa saja untuk hentikan bola ni termasuk “bola” sendiri..huhu. Serius. Bila risau sangat bola kena itu la..ini la…inilah jadinya. belum apa-apa dah pusing belakang . Kenapa pemain pertahanan belakang Wisdom tak halang bola? Aku rasa sebagai pemain di belakang Wisdom, diorang punya anggapan Wisdom la yang akan halang bola tu. Dan orang belakang kepada pemain yang di belakang Wisdom tu pun fikir..”owh..takpe..ada dua orang depan ni”. Hasilnya bola sampai ketengah dan Wisdom bukak-bukak mata je Reina dah terbaring, jaring tengah bergegar lagi. Pemain Mu berlari girang dan pemain Liverpool tertunduk layu.

Gol 2 – Vidic

Gol Vidic vs Liverpool 13/1/2013 A

Ini keadaan waktu bola tengah melambung tinggi. Sekali lagi. Pertahanan Liverpool tertidur. Kali ni Glen Johnson lak yang tidur. Dia biar Evra lari lepas dia. Pemain kat tengah pun lebih kurang jugak. Hasilnya Vidic dan Evra menyerang di far post. Sebagai seorang penjaga gol, memang Reina patut marah dengan pertahanan macam tu. Tapi sebagai seorang penjaga gol, dia jugak patutnya lebih kemas tahan bola ni. Nampak sangat…err…mudah?

Gol Vidic vs Liverpool 13/1/2013 B

Dan kepada yang kata gol ni ofsaid aku terpaksa kata korang salah. Korang salah kalau kata Evra ofsaid sebab dia tak ofsaid waktu bola dimainkan dan kalau korang kata Vidic ofsaid pun korang salah. Sebab ikut kedudukan, Vidic belakang sikit dari Evra. Maksudnya tandukan Evra samada ke sisi atau sedikit ke belakang. Mengikut peraturan ofsaid yang aku tau, hantaran ke tepi/ke belakang tak dikira ofsaid. Jadi tak perlu nak debat sangat pasal gol ni. Debat benda betul tak apa. Kalau debat benda salah nanti nampak sangat kita ni tak berapa pandai pilih tajuk😉

Gol 3 – Sturridge

Gol Sturridge vs Man United 13/10/2013

Kapten Liverpool akhirnya mengambil keputusan untuk tunjukkan pemain lain camana nak jadi pemain Liverpool. Dia rampas bola dari Carrick yang terus terbaring konon-konon nak mintak simpati untuk dapatkan sepakan percuma. Gerrard terus berlari. Rio Ferdinand kat depan? Takde masalah. Gerrard rembat bola kearah gol dan kredit kepada Sturridge sebab bertindak pantas untuk sambar bola muntah. Kali terakhir Liverpool ada pemain pantas bertindak macam ni adalah Dirk Kuyt dan..err…Voronin..heheh. Boleh tengok pemain MU brainfreeze kejap sementara Sturridge dah meluru kearah bola untuk gol pertama dalam BPL bersama Liverpool.

Lain-lain kejadian

Hmm…apa eh? Oh..Reina hampir pengsan kena langgar Kagawa. Tapi salah pemain Liverpool jugak kejadian tu. terutamanya Glen Johnson (lagi?) Dia biar Fabio berlari kedalam dan kemudian dia terjatuh. Persie hampir jaringkan gol guna tumit belakang(?) Kemudian Kagawa langgar Reina. Timbul la isu fair play. Liverpool teruskan bermain walaupun Reina dah terduduk. Bagi aku Liverpool memang patut keluarkan bola tu. Yang lagi tak bestnya, pengadil tiup wisel sebaik sahaja pemain MU dapat bola. Aku rasa pemain Liverpool waktu tengah tekanan sangat kot. Fikir pun tak betul sebab tu main pun teruk.

Pastu Wisdom dan Vidic berlaga kepala. Agaknya BR dah sound suruh berani sikit. Tu yang sampai berlaga kepala tu..heheh. Penyokong Liverpool nyalakan lampu suar merah lepas Sturridge jaringkan gol. Skrtel tarik Welbeck dan pemain MU termasuk pengurus mintak kad merah. Bagi aku betul la kad kuning yang dia bagi. Sebab Reina dah rapat. Agger pun sebaris dengan Skrtel.

Taktik BR

Pemilihan pemain – OK. aku selalu dengar yang orang komen patutnya dia ni main, patutnya dia ni main. Tapi apa yang pengomen tak sedar, input yang diorang dapat untuk buat keputusan tu datang dari perlawanan tu sendiri. Contohnya dalam perlawanan ni, patutnya Hendo main bukan Allen. Cuba cakap, siapa yang tahu 100% yang Allen akan main teruk dalam perlawanan ni? Dan dia tahu Hendo akan main bagus dari Allen dalam perlawanan ni sebelum perlawanan mula lagi? Sama la situasi BR. Dia kena buat keputusan sebelum perlawanan. Input yang dia ada adalah waktu latihan. Kalau waktu latihan lagi dah tak menyerlah macamana nak main kan? Sturridge pun sama. dia sendiri cakap dia belum fit sepenuhnya. Mempersoalkan pemilihan tu tak salah. Aku cuma tak suka bila ada cacian dan kata-kata kesat. Tu je.

Formasi – Ramai yang kata patutnya main 442 berbanding 433. Bagi aku formasi tu ok je. Cuma kalau tengok balik. Faktor Liverpool main teruk dalam masa pertama semalam adalah Liverpool suka letak diri sendiri dalam tekanan. Ferguson tahu BR suka main hantaran pendek dari bawah untuk mulakan serangan. Liverpool mula serang dari bawah jadi MU mula bertahan dari atas. Aku tak tau kenapa tak ada perubahan dari segi ni. Sebaliknya Liverpool terus main hantar pendek dan pemain pertahanan ditekan oleh penyerang MU dan memaksa pemain Liverpool untuk buang bola/akhirnya buat hantaran jauh/buat hantaran yang teruk. 45 minit Liverpool main macam ni. Hasilnya nak keluar kawasan sendiri pun payah. Kedudukan pemain pun sama. Macam untuk gol pertama, Lucas dan Allen tak cukup aggresif untuk tolong Downing yang bertahan kat tengah. Nampak kan? Downing dah sampai tengah.

Prestasi pemain – Aku nak sentuh beberapa orang je walaupun pada hakikatnya semua tak menyerlah. Reina nampak senang sangat dibolosi. Tapi dalam perlawanan yang sama dia selamatkan percubaan lencong Kagawa yang nampak macam gol ketiga MU. Allen sangat teruk. Aku rasa ini perlawanan dia paling teruk. Dia buat hantaran ke belakang yang tak sampai dan dapat ke Wellbeck. Nasib Agger sempat halang cubaan dia. Dua kali sebenarnya Allen buat hantaran melalut ke belakang. Satu lagi cubaan dia keluarkan bola dari kotak penalti yang dapat ke Cleverley. Nasib baik cubaan voli dia tak tepat.

Tiada Gerrard – Aku tau Gerrard ada. Tapi maksud aku, Liverpool tak ada pemain macam Gerrard untuk main tengah bertahan. Kalau ada 3 orang macam Gerrard kat tengah tu memang heaven! Allen lembik sangat kalau ditekan. Lucas belum balik ke prestasi asal. Gerrard lak lebih fokus menyerang je sekarang.

Harapan aku

Aku rasa dah tiba masa Jones main ganti Reina untuk sementara. Sterling dah boleh duduk kat bangku simpanan untuk perlawanan besar. Memang dia berbakat, tapi mungkin Gerrard betul, susah nak menang dengan budak-budak. Dan BR perlu lebih aggresif tukar strategi dalam perlawanan. Korang setuju? Tak setuju? Sila komen kat bawah ye😉

4 thoughts on “Man Utd 2-1 Liverpool. BR Salah taktik?

  1. he he aku dah tak mampu dah nak sentuh bab Reina… aku pon tak ckp Jones bagus sgt tapi ..yg pasti Reina akan lepaskan bola mudah2 itu pasti

    Allen mcm biasa belum sembuh dari penyakit…. kat tgh mcm ada satu lorong kosong macm lorong bowling

    BR pengurus yang bagus…tapi Gerrad lebih berpengalaman dari BR dalam persaingan EPL ni….era sekarang poilisi pemain muda dan pemain britian memang karut mcm kes Arsenal, kalau zaman 90an dulu mcm zaman furgeson membina MU dulu boleh la, tapi skang aku rasa tak releven lagi dah… kalau buat juga aku boleh tgk pasukan chelsea ngan city pakat gelak memanjang sambil MU senang senang menang EPL lagi dan lagi…..

    • Sebab orang kata “form is temporary but class is permanent”. Reina bagus dari Jones kalau dua2 tgh form. Tapi skrg Reina tak menentu. Tu la masalahnya.

      Taktau si Allen ni kenapa dalam game ni. Gugup game besar kot?

      Tapi ian Ayre kata Liverpool tak guna pun polisi tu skrg. baca kat mana ntah. Tak ingat lak. Tu yg musykil tu.

  2. rasanya bR patut da boleh kenal pasti player2 yg ‘tenggelam’ dalam game2 besar.
    selain sterling, allen la kot. tp kadang2 susah gak nk cakap sb player2 skrg ni kejap ok kejap flop.

    pape pun overall season aku ok je dgn progress yg bR bawak, dah terang2 perlu masa sb approach game bR xsama dgn Rafa or Houllier yg dah byk ubah Liverpool zaman 80an 90an.

    Harapnya owner dapat sabar tu je

    • Dia cakap dah haritu, Sahin ngan Assaidi gugup lagi main game besar. Allen ngan Sterling taktau lak. Tapi 2nd half semalam dah ok sikit main. 1st half kena pressure dengan MU sampai semua main teruk. Kalau dah bola jarang sampai atas kompem semua yg kat atas pun nampak teruk bila sesekali yang sampai atas tu bola terlepas.

      Aku ok je untuk musim ni. Swansea pun sebelum BR lagi dah main style tu. Dah jadi tradisi dah. Liverpool tak sampai satu musim lagi. Nak kasi sesuai ikut kekuatan pemain lagi. Harap2 lawan kelab lain takla teruk main macam ni lagi.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s