featured image Mansfield 1-2 Liverpool

Mansfield 1-2 Liverpool. Semua Salah Suarez.


Cover Report Mansfield 1-2 Liverpool

Salam dan selamat sejahtera. Lama tak ingat punya aku tak kemaskini blog. Semuanya gara-gara menguruskan komputer aku. Harddisk utama jahanam sebab bad sector. Bertungkus lumus selamatkan data sampai pakai command prompt untuk salin seluruh kandungan ke harddisk lain. Hantar balik harddisk ke kilang kerana masih dalam warranty. Alhamdulillah. Lebih sikit dari seminggu, sampai dah teman harddisk pengganti!🙂 Siapa-siapa yang tak jelas prosedur RMA yang leceh tu boleh emel aku untuk tanya. InsyaAllah dari pengalaman baru-baru ni aku boleh tolong.

Video Gol-Gol Perlawanan

Gol 1 – Daniel Sturridge

Kita terus ke agenda utama. Secara seriusnya, aku agak terkejut tengok Sturridge main. Sebelum ni apa yang aku dengar dan tengok (kadang-kadang) hanyalah dia seorang pemain yang tamak haloba. Tapi aku rasa dengan kepercayaan BR pada dia dan kedatangan Liverpool untuk selamatkan dia dari Chelsea, dia mesti nak buktikan dia seorang pemain yang lebih baik dari sebelum ni. Apa yang aku nampak, dia pandai buat larian untuk memudahkan rakan sepasukan lakukan hantaran. Contohnya untuk gol pertama Liverpool. Benda ni nampak senang tapi ramai penyerang yang gagal bab ni. Kedudukan ketika tidak mempunyai bola dan kemudian membuat larian berdasarkan pergerakan rakan yang memegang bola sebenarnya lebih sukar dari yang kita lihat dikaca televisyen. Dia juga mempunyai sentuhan serta hantaran yang kemas dan dia sangat stabil. Ada yang kata dia tamak tapi aku rasa dia tahu bila dia perlu tamak dan bila dia perlu baik hati lorongkan untuk rakan lain. Tak sabar rasanya nak tengok dia main dengan Suarez dalam satu perlawanan (MU mungkin?).

Gol 2 – Suarez

Gol yang menimbulkan kontroversi. Satu dunia rasanya menyelar tindakan dia. Sebab? Nama dia Suarez. Nak tau penyerang/pemain tu bagus atau tak tengok penyokong kelab tu sayang gila kat pemain tu dan penyokong kelab lain benci gila kat pemain tu…hahah. Sekali letak dalam senarai perpindahan semua berebut nak beli..kui3x. Mulanya aku rasa lain macam je nak raikan kemenangan ni. Lama gak aku fikir. Tak sedap rasanya menang macam ni. Tapi bila fikir balik….selama ni kita la yang mintak Liverpool dapat tuah sikit musim ni lepas bernasib malang selama beberapa musim (dan masih hanya dapat 1 penalti musim ni!) Suarez berdepan dengan penjaga gol dalam jarak yang sangat dekat dan kejadian tu berlaku dengan pantas. Sebab tu kot pengadil tak nampak. Tapi ikut apa yang aku baca, BR terus jumpa pegawai keempat dan tanya “bola kena tangan kan?” dan pegawai tu jawab “Ya.” Maksudnya? Mungkin pengadil dan penjaga garisan memutuskan itu bukan sengaja. Bola melantun-lantun dan masuk gol. Pengadil tiup wisel untuk gol. Tamat.

Suarez dan Tangannya

Jadi kita tak payah la nak malu nak mengaku gol dan sebagainya sebab Pengurus Mansfield sendiri cakap dia tak boleh dipersalahkan. Aku tak tau apa yang Jon Champion sibuk kata dia penipu (Waktu aku tulis ni ESPN dah keluar kenyataan maaf). Betul cakap pengurus Mansfield tu, kalau pemain dia dapat gol macam tu pun diorang tak akan cakap apa. Satu lagi, kenapa dia dilabel penipu sedangkan kalau pemain pertahanan terpegang bola dalam kawasan penalti ada ke yang mengaku bola kena tangan? TAK PERNAH KOT! Suarez ni selalu kena sebab reputasi dia. Tak adil la kalau macam tu. Kira macam cerita penggembala kambing dengan serigala la ni. Tapi nak buat macamana? Suarez ni sebenarnya pelaris suratkhabar je. Pembenci ramai la beli suratkhabar sebab ada tulis besar-besar kat belakang tu, “SUAREZ PENIPU!”. Jadi kita sebagai penyokong tak payah la nak siram minyak lagi. Kalau kita tak sokong pemain Liverpool siapa lak yang nak sokong?

Media dan permainannya

Bukti yang media hanya gunakan Suarez sebagai pelaris adalah isu Suarez mencium tangannya selepas menjaringkan gol tersebut. Aku nak gelak guling-guling dah. Sebab kita sebagai penyokong Liverpool tahu yang dia memang raikan gol macam tu dan aku rasa kalau penulis tu sendiri tengok perlawanan Liverpool dia akan tahu sebab dia ada 19 peluang untuk tengok Suarez cium tangan  dia musim ni! Nampaknya penulis-penulis ni semua tengok highlight dan terus buat artikel. Tolonglaa…blogger pun lagi banyak usaha untuk buat sesuatu artikel tu tau.

Miroslav Klose yang baik hati

Ramai la pembenci Liverpool yang guna nama ni untuk menyelar Suarez. Dia patut cakap bola kena tangan! Dia patut batalkan semua gol dia dalam liga sebab dia bagus sangat! :-p Pertama sekali, dalam masa beberapa saat yang ada waktu kejadian tu aku rasa dia tak sempat fikir apa pun. Kedua, dia berhak untuk berdiam diri sebab pengadil tak tiup wisel. Dari kecik dah ajar (kalau korang bersukan la..) main ikut wisel. Tak tiup jangan berhenti! Ketiga, aku pun baru tau pasal Klose tu waktu orang sebut. Korang yang sebut tu pun  tau sebab tengok Youtube ke apa agaknya. Memangla terlintas dalam kepala benda tu. Taktau la kalau Suarez ada masa lak nak cek youtube untuk budi pekerti di atas padang. Kalau dia pernah tengok, MUNGKIN. MUNGKIN ada kebarangkalian kecil benda tu akan terlintas dalam kepala dia.

Mansfield pasukan berhati besar

Satu benda yang tak boleh dinafikan, Mansfield satu pasukan yang berhati besar. Dari pengurus sampai ke pemain. Kagum aku tengok cara diorang main. Padahal diorang dalam Conference League je. Kepada yang taktau. Di England ada :-

1. Premier League
2. Championship
3. League 1
4. League 2
5. Conference – Premier | North | South

Jauh tak jauh la kedudukan diorang berbanding Liverpool. Ada jugak yang keluar ayat “memang la menang, tengok la team mana” atau “dengan team cikai pun menang nipis” atau “dengan team cikai pun kena main tipu”. Kepada yang cakap macam ni aku yakin mesti tak pernah tengok Piala FA sebelum ni. Jadi diorang tak tahu apa itu Magik Piala FA dan apa itu pasukan pembunuh gergasi. Kelakar lak giant killer translate jadi BM…huhu. Perlawanan piala FA memang macam ni. Pasukan liga bawahan akan bermain mati-matian dan bila dah main macam tu, hasil yang diorang selalu dapat adalah kemenangan, perlawanan ulangan dan kalau nasib tak baik diorang akan kalah tipis. Kuat mana pun satu pasukan, kalau berdiri tegak je tak menang jugak kan? Habis jelas dah apa yang aku cuba sampaikan. Lu pikirlah sendiri.

Mansfield mengosongkan 96 tempat duduk dan meletakkan nama mereka sebagai penghormatan kepada 96 penyokong yang terkorban dalam Tragedi Hillsborough

Mansfield mengosongkan 96 tempat duduk dan meletakkan nama  96 penyokong yang terkorban dalam Tragedi Hillsborough sebagai penghormatan. RESPECT.

Jadi sebagai pembaca blog ni aku nak mintak tukar mentaliti yang pasukan kuat tak boleh kalah kepada pasukan kecil. Yang membezakan besar kecil pasukan adalah usaha. Aku nak petik kata-kata daripada movie Coach Carter, ” Hanya kerana kita berhak untuk menang, tak bermaksud pasukan lawan akan memberikannya kepada kita”. Sapa belum tengok sila tengok😉

Keseluruhan

Mustahil sebenarnya nak ulas semua benda dalam sesuatu perlawanan. memang panjang berjela la jadinya. Jadi aku cuba rumuskan untuk setiap pemain. Bagi aku Brad Jones memang cemerlang. Tak terkira berapa banyak cubaan bahaya Mansfield yang dia selamatkan. Coates nampak senang sangat kena buli walaupun badan besar. Dia nampak agak pasif. Tapi ada masa dia masih berjaya kekang pergerakan lawan. Carra ada masa ok ada masa macam tertidur kejap. Wisdom dan Robinson memang ada potensi jadi pemain utama satu hari nanti. Shelvey dan Downing lebih menyerlah berbanding yang lain di bahagian tengah dan sayap. Sturridge sepatutnya dapat 2,3 gol dalam perlawanan pertamanya. Suarez macam biasa. Sukar dikawal. Mansfield memang lawan yang sukar tapi pemain-pemain Liverpool berjaya mengelakkan upset untuk pusingan ketiga ini😉

YNWA.

Sumber :

thisisanfield

lfcts

telegraph

4 thoughts on “Mansfield 1-2 Liverpool. Semua Salah Suarez.

  1. selamat kembali……

    Rasanya mana mana team dah kaji kelemahan Liverpool…main ala ala Stroke dan Liverpool memang mcm kene strok terus…. pasal liverpool punya player ramai yang pucuk muda belaka…

    bukan salah mereka….Liverpool kene kaji balik macm mana nak lawan team yang main mcm pasukan ragbi ni….

    • Thanx bro.

      Sebab tu BR kena pandai ubah taktik waktu match. Aku rasa dia boleh adapt untuk handle Liverpool. Kenapa perlu lama? Sebab pasukan lain kalau lawan Liverpool main lain sikit. Tak macam biasa. Sebab tu la.

  2. sturridge main memang tahan lasak dalam game nie dan aku yakin kalau dia diberi peluang main dengan man united nanti tak mustahil setan merah gigit jari !!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s