featured image WHU 2-3 Liverpool

West Ham 2-3 Liverpool. Perlawanan Penuh Drama.


Muka Depan Ulasan WHU 2-3 Liverpool

Salam dan selamat sejahtera. Akhirnya Liverpool berjaya menang 2 perlawanan berturut-turut dalam liga. Liverpool juga pertama kalinya berjaya naik ke bahagaian atas kedudukan liga musim ni. Kalau fikir balik dengan musim yang teruk, kekurangan penyerang, tiang dan palang, pengadilan yang boleh dipersoalkan dan macam-macam lagi, agak pelik tengok Liverpool hanya 4 mata dari tempat ke-4 dan 7 mata dari pasukan Chelsea di tangga ke-3. Masih ada 4 perlawanan lagi dalam Bulan Disember sebelum tingkap perpindahan musim sejuk dibuka. Teruja rasanya nak tengok kedudukan Liverpool hujung bulan nanti.

Kedudukan BPL 9122012

West Ham kelab untuk Carroll

West Ham menyambut Liverpool dengan keyakinan yang tinggi sebab diorang menang lawan Chelsea minggu lepas. Bukan sikit-sikit punya menang. 3-1. Gol mereka dijaringkan oleh Diame, Cole dan Maiga. Andy carroll cedera jadi tak dapat main. Tapi aku tak pasti samada dia ada klausa yang menghalangnya bermain menentang Liverpool atau tak. Tapi kalau dia sihat pun dia tak boleh main kerana peraturan dalam persatuan bola sepak England menghalang dia main menentang Liverpool. West Ham merupakan model kepada kelab yang nak main menggunakan penyerang yang mempunyai kehebatan menanduk dan menahan bola. Jarvis dan Diame yang dulu pernah dikaitkan dengan Liverpool merupakan tulang belakang kepada strategi Sam Allardyce. Jarvis melakukan 16 hantaran lintang dalam perlawanan ni! 9 lebih daripada Gerrard dan 11 lebih daripada Mark Noble! Boleh nampak siapa yang perlu dijaga dalam pasukan WHU ni sebenarnya.

Titik Perubahan

Betul ke turning point tu titik perubahan?  Huhu~ Daripada awal permainan Liverpool nampak tak boleh pergi. Dapat bola, lepas. Semuanya sebab Diame. Dia ni merata ada. Setiap kali Liverpool cuba gerakkan serangan mesti dia berjaya patahkan. Sebab tu aku rasa titik perubahan perlawanan ni adalah waktu dia cedera pada minit ke-73. Aku tak nafikan yang kemasukan Cole yang menggantikan Enrique yang cedera pada minit ke-27 dan Hendo yang masuk menggantikan Lucas pada minit ke-71 membantu Liverpool menang. Cuma aku rasa kehilangan Diame sangat dirasai. Liverpool mula kawal permainan lepas dia cedera. Tapi yang penting, BR pandai gunakan kesempatan ni dan aku pasti pengurus yang pandai menguruskan perlawanan macam ni boleh pergi jauh.

WHU 0-1 Liverpool. Glen Johnson 11′

Gilaaaaaaaaaa! Itu yang aku jerit waktu tengok gol ni. Serius lawa gila! Meh tengok apa kita boleh ulas pasal gol ni. Walaupun ramai yang kutuk Shelvey tak bagus dalam posisi ni atau secara umumnya, dia bermain dengan baik bagi aku dan dah tentu bagi BR. Sebab dia jalankan tugas yang BR bagi pada dia dengan baik. Dalam serangan ni dia dalam posisi seorang penyerang. Jadi pertahanan perlu kawal dia. Kalau tak, mungkin Johnson tak akan ada ruang untuk buat rembatan. Satu lagi, BR menggunakan pemain tengah sebagai sokongan kepada serangan. Boleh nampak berapa orang yang bergegas ke arah kotak penalti waktu serangan ni dibuat. Satu lagi, kepantasan. Liverpool menyerang dengan pantas setiap kali dapat bola balik. Steven Gerrard kat tengah tu pun main peranan. Sebab Diame cuba halang Gerrard dan tinggalkan ruang antara pertahanan dan pemain tengah. Kapten Gerrard lak tak ada masalah untuk hantar bola ke Johnson yang berlari di sebelah kanan walaupun kelibat Diame yang besar berlari kearah dia dah cukup untuk buat pemain gugup.

Gol Johnson menentang West ham 9/12/2012

Johnson buat apa yang dia tahu buat dengan baik. Dia masuk ke dalam. Bukan terus ke hadapan dan buat hantaran lintang. No..no.. itu bukan yang Liverpool perlukan terutamanya apabila main tanpa penyerang tinggi lampai apatah lagi bermain tanpa penyerang! Johnson dengan tenang masuk ke dalam dan melepaskan rembatan cantik walaupun dia semakin ditekan oleh pemain WHU. Diame cuba untuk mengekang tapi dah terlambat. Bola dah lepas dari kaki Johnson dan dia hanya dapat tengok Jääskeläinen terbang sambil bola menerjah jaring.

WHU 1-1 Liverpool. Mark noble (pen) 36′

Tak banyak yang aku boleh cakap tentang gol ni. Cuma patut atau tak je WHU dapat penalti tu. Kalau ikut kata pengulas, Allen berpusing ke belakang jadi dia tak nampak pun bola jadi tak mungkin dia naikkan tangan dengan sengaja. Untuk pemain pertahanan yang sedang menghadap bola dan naikkan tangan dah tentu-tentu penalti tapi kes ni agak kabur la siapa yang betul. Takpe la, lagi pun pengadil hanya tengok sekali dan dalam keadaan huru-hara atas padang jadi biasanya pasukan yang menyerang diberikan kelebihan. Tapi kenapa Liverpool tak pernah dapat penalti eh? Reina hampir dapat tepis tapi dia sedikit terlambat.

Penalti? Beberapa kali ulang baru nampak pertahanan dapat bola. Pengadil nampak ke kaki pertahanan tu kena bola? Hmm…

WHU 2-1 Liverpool. Gerrard o.g 43′

Gerrard bermain dengan baik sebenarnya dalam perlawanan ni. Penyokong perlu sedar yang dia sekarang berumur 32 tahun. Memang ada yang lebih tua dan masih lagi hebat tapi tak ramai. Lagi-lagi pemain yang macam Gerrard. kalau bandingkan apa yang dia dah buat selama ni (bertahan gila-gila, jaringkan gol gila-gila, buat hantaran gila-gila) aku sebenarnya kagum dia masih main dengan baik. Untuk gol ni, WHU punya taktik sangat menarik sebenarnya.

Gol Sendiri Gerrard WHU 2-3 Liverpool

Waktu ni sepakan percuma. Diorang terus hantar ke Jarvis di sebelah kiri. Hantaran dari tepi selalu lebih bahaya dan lebih susah nak diuruskan berbanding dengan bola dari tengah. Tengok berapa ramai pemain WHU dalam kotak penalti dan kedudukan mereka. Andai ada bola muntah mesti 2 pemain luar kotak tu dapat dan rembat ke arah gol. macam peluang Diame diawal permainan. Gerrard berusaha bersungguh-sungguh tapi disebabkan tekanan, dia gagal tanduk dengan betul menyebabkan bola terus ke gawang sendiri.

WHU 2-2 Liverpool. joe Cole 76′

Ini adalah contoh gol sekiranya Liverpool bermain dengan baik. Pemain dalam posisi yang bagus, Pemain mempunyai idea yang bagus dan pemain tahu menilai peluang untuk menjaringkan gol. Penyudah Joe Cole memang terbaik. Aku tak tau boleh gol ke tak kalau orang lain kat tempat dia tu. Dia tak leret bola tu macam kebanyakan orang lain akan buat. Dia tahu sebelah dia ada permain pertahanan yang akan menghalang cubaannya jadi dia mengangkat sedikit bola tu supaya melepasi pemain pertahanan tersebut dan melepasi jangkauan penjaga gol. Takkanla dia hebat sampai macamtu? mustahil? Tak mustahil untuk joe Cole yang aku kenal dulu😉 Adakah Joe Cole yang dulu telah kembali? Kalau betul memang masa yang tepat la untuk Liverpool.

Gol Joe Cole WHU 2-3 liverpool 9122012

Ini adalah pergerakan pemain Liverpool dalam penghasilan gol ni. Tengok macamana Cole dan Shelvey bergerak untuk bantu Sterling dan sebaik sahaja Shelvey menerima bola, Cole teuskan larian untuk terima bola seterusnya. Sterling memang terbaik waktu ni. Dia tak gugup walaupun tengah ditekan waktu ni. Ada masa sampai 4 pemain WHU jaga dia. Dia dengan tenang bertukar hantaran dengan Shelvey sebelum melorongkan bola untuk Cole sudahkan. Tengok juga kedudukan Gerrard yang berada di tengah. Cole dengan mudah boleh lorong ke tengah untuk Gerrard atau sekiranya bola ditepis ke tengah, Gerrard pasti sedia untuk menyambar.

WHU 2-3 Liverpool. Collins o.g 79′

Sekali lagi Shelvey mainkan peranan. Dia kekal di kedudukan penyerang. menekan pemain pertahanan. Kalau nak diikutkan memang tak ada apa sangat hantaran Henderson tu. Tapi kedudukan Shelvey dan kerajinan dia menekan pemain pertahanan menghasilkan gol sendiri daripada Collins. Memang tuah ada mainkan sedikit peranan tapi semua tu lepas larian bijak daripada Henderson yang berjaya melepasi penjaganya dan menghantar bola yang baik ke gol. Nasib baik aku bukan antara orang yang sibuk mintak Shelvey keluar dan minta Henderson dijual..heheh

Gol sendiri Collins WHU 2-3 liverpool

Video sorotan perlawanan

Kesimpulan

Dalam teruk-teruk musim Liverpool pun boleh lebih kurang jugak mata dengan pasukan yang kononnya dalam keadaan baik. Kira ok la kan? FSG perlu keluar duit lebih sikit kalau nak Liverpool teruskan macam ni. Tak larat de Suarez sorang atau Shelvey nak main macam ni tiap kali perlawanan. Dengan Europa lagi, Piala FA lagi. BR memang pandai buat perubahan waktu perlawanan. Tak boleh dinafikan lagi. Dia tahu bila nak guna pemain tertentu. Dia tahu bila pemain dia dah bersedia. Jadi beri dia masa untuk lakukan kerja dia. harap-harap tak ada siapa dijual januari nanti. Cuma pemain baru sahaja yang masuk. Sebab Liverpool perlu tambah pemain. Bukan ganti. Bukan sekarang.

YNWA.

P/s : Kalau korang rasa blog ni best minta tolong kongsi kat wall memasing ye. Bukan kena bayar pun. Aku pun tak buat untung dari blog. Cuma seronok je bila ramai-ramai baca blog aku😉

Ulangtahun Pertama Blog Aku

10 thoughts on “West Ham 2-3 Liverpool. Perlawanan Penuh Drama.

  1. satu lagi kebagusan BR, boleh gilap balik pemain yang flop… bayangkan Enrique dah perform balik, Reina tak lepas bola ala ala badut sarkas, handerson dah nampak mcm mahkluk yang berguna skit, dan skang Joe Cole dah boleh score…..wow…..

    cuma Downing aku kurang pasti, tapi sekurang kurangnya dia boleh jadi back up untuk enrique

    • Downing lepas ni lak kot..kalau takleh gak..jual! heheh…Nasib baik yang flop leh baiki lagi…kalau tak rugi la duit beli…huhu~

  2. salam bro, stakat ni, redderscreepers is the best malay’s LFC blog yg aq penah baca..
    ulasan detail, informative.. good job bro, teruskan usaha anda..
    YNWA

    • Terima kasih banyak bro. Insyaallah akan teruskan. Susah sebenarnya nak keep up,,,tapi biasanya komen-komen pembaca la yang bagi semangat😉

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s