Featured Image Udi 1-0 Liverpool

Udinese 0-1 Liverpool


Muka Depan Ulasan Udinese 0-1 Liverpool

Salam dan selamat sejahtera. Aku taktau la kalau ada lagi yang masih tercari-cari keputusan Udinese vs Liverpool ni. Sebabnya, setiap kali lepas perlawanan mesti semua Laman Liverpool di Facebook kemaskini status, muatnaik gambar atau kongsikan video mengenai perlawanan. Sekarang dah tak payah nak cari-cari lagi. Buka Facebook semua dah ada. Dan kalau rajin nak baca-baca sikit blog Liverpool banyak je kat Malaysia ni dan salah satunya adalah blog ni, ReddersCreepers. Jadi sila LIKE blog ni kalau nak subscribe di Facebook ye😉

Liverpool berjaya mara ke peringkat seterusnya sebagai juara kumpulan. Cara kiraan mata aku dah terangkan dalam entri Young Boys 2-2 Liverpool dulu. Anzhi pula mengiringi Liverpool ke pusingan berikutnya. Cabutan untuk menentukan pasukan yang akan bertemu dalam pusingan 32 pasukan dan 16 pasukan akhir akan diadakan pada 20 Disember nanti. Apa yang aku pasti, pasukan daripada kumpulan yang sama atau persatuan bola sepak yang sama tak boleh bertemu dalam pusingan 32 pasukan terakhir. Tapi mereka boleh bertemu di pusingan 16 pasukan terakhir. Siapa yang korang nak nanti?

Video Sorotan Perlawanan

Hendo wira tak didendang

Dalam semua orang sibuk suruh dia dijual, dia menjaringkan gol dalam perlawanan yang penting ni. Dia bermain dengan biasa je bagi aku. Banyak peluang yang tak disudahkan dengan baik. Tapi dia menjaringkan gol yang sangat penting, jadi yang lain tu aku tak kisah sangat. Cuma yang aku risau dalam perlawanan ni adalah Liverpool kerap buang bola. Terutamanya daripada hantaran yang kurang kemas. Allen salah satu pemain yang ada buat salah ni.

Glen Johnson rasanya pemain paling teruk dalam perlawanan ni. Dia nampak macam tak boleh nak lepas pemain lawan. Boleh kata setiap kali dia sangkut. Dan dia banyak kali buat hantaran yang melalut. Aku rasa ini perlawanan dia paling teruk musim ni walaupun ada perlawanan lain yang dia jadi penyebab bolos. Aku hampir-hampor sakit jantung bila Natale merembat kearah gol pada minit-minit akhir. Melilau mata aku carik bola dalam jaring. Tak ada. Fuh! Tarik nafas dalam-dalam aku waktu tu. BR kata mungkin nasib dah mula nak menyebelahi Liverpool😉

3 Pemain yang pernah menjaringkan gol di Itali

Mesti korang ada dengar kan yang hanya 3 pemain sahaja yang pernah menjaringkn gol ketika bertemu pasukan kelab Itali di tempat mereka. Seingat aku mereka adalah Michael Owen, Fernando Torres dan Henderson yang terbaru.

Michael Owen vs Roma 2001

Fernando Torres vs Inter Milan 2008 [Minit 6:35]

Jordan Henderson vs Udinese 2012

Sekian dulu dari aku. Aku agak sibuk 2,3 hari ni. Hantar sedara ke KLIA. Sabtu ulangtahun perkahwinan mak ayah aku jadi kami adik beradik pakat nak naik cruise dengan diorang. Jadi pagi-pagi buta Sabtu (0300) aku kemaskini blog. Ni memang takdan nak letak analisis bagai. Aku buat yang ringkas je. Itupun berejam aku carik balik video lama-lama. Nanti lawan West Ham aku buat terperinci sikit ye…heheh.

YNWA

p/s : Dah baca Entri Ulangtahun aku ke belum? Dah baca kongsi kat wall memasing ye. Nak luaskan penyebaran blog. Terima kasih🙂

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s