featured image Liverpool 1-0 Soton

Liverpool 1-0 Southampton


Muka Depan Ulasan Liverpool 1-0 Soton

Salam dan selamat sejahtera. Maaf sebab lambat kemaskini blog. Aku habiskan hujung minggu lepas di Bahau. Member kawin kat Palong jadi aku duduk sana untuk 3 hari. Cewah. Macam novel Ahadiat Akashah lak. Huhu~ Seperti mana yang korang semua tahu Lucas dah main balik lepas berehat panjang sebab cedera. Jadi apa kesan kehadiran Lucas dalam pasukan sebenarnya? Tengok video nih.

Kepada yang suka tengok nombor. Ni statistik untuk Lucas dalam perlawanan ni.

  • Paling banyak sentuh bola – 101 kali
  • Paling banyak buat hantaran – 88 hantaran
  • 8 terjahan – 7 kali berjaya merampas bola dan 1 kali keluarkan bola dari kawasan bahaya

Video Soroton Perlawanan Liverpool vs Southampton 1/12/2012

Contoh peranan Lucas….

Lucas dapat bola balik Liverpool 1-0 Southampton

Tengok berapa ramai yang menyerang dan lambat untuk bertindak bila terlepas bola. Beza dalam perlawanan ni adalah Lucas yang pandai baca permainan. Dia dapatkan balik bola tu dan Liverpool sambung serangan. Suarez dijatuhkan Ramirez. Sepakan percuma Suarez terkena palang. Glen Johnson hantar ketengah untuk Agger jaringkan gol kemenangan. Apa agaknya jadi kalau Lucas takde atas padang waktu ni?

Gol Agger memang lawa. Tak dinafikan. Tahniah untuk Agger sebab berjaya buka akaun musim ni. Tapi Lucas memang penting dalam penghasilan gol ni. Biasanya Liverpool akan diserang setiap kali terlepas bola samada kerana Allen terlalu rendah di bawah untuk menghentikan pergerakan lawan. Tapi Lucas sangat pandai baca permainan. Kagum betul tengok dia main sebab lama dah dia cedera aku risau dia tak dapat balik ke prestasi asal. Awal permainan ni pun dia nampak kekok. Hantaran ada yang tak sampai. Tapi makin lama dia makin selesa dan akhirnya Lucas mula nampak macam Lucas yang dulu.

Allen dan Gerrard

Allen dan Gerrard kini boleh bergerak bebas di depan. Boleh nampak Allen dengan hantaran-hantaran yang lebih bahaya seperti yang penyokong mahukan. Dia ada buat pertukaran hantaran dengan Suarez yang hampir menghasilkan gol. Suarez mendakwa dia ditarik dan memang seluarnya ditarik oleh pemain lawan. Cuma dia teruskan serangan sebab dia taknak dilabel sebagai penipu kalau jatuhkan badan lagi. Harap pengadil lebih peka benda macam ni kalau nak pemain main dengan adil. Gerrard masih lagi suka turun ke bawah untuk mendapatkan bola. Aku taktau kenapa. Aku rasa dia lagi bahaya kalau dekat dengan gol. Tapi aku tak boleh kata aku tak suka hantaran dia dari bawah tu. Semuanya memang hebat! Jadi kalau aku pun pening situasi Gerrard ni, BR lagilah agaknya…huhu..

Kali ni aku buat pendek je ulasan sebab aku tengah usahakan satu entri yang tak siap-siap lagi untuk Khamis ni, 6 Disember 2012. Entri apa agaknya tu? Tungguuuu~

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s