featured image Spurs 2-1 liverpool

Spurs 2-1 Liverpool


Salam dan selamat sejahtera. Akhirnya Liverpool kalah jugak. Lepas berderet-deret seri dan sekali-sekala menang. Tapi aku tau ramai yang setuju perlawanan ni lagi best dari perlawanan sebelum ni-sebelum ni. Sebab Liverpool menyerang dengan baik tapi bagi aku secara keseluruhannya biasa sahaja. Aku nak cakap teruk tapi tak adil sebab separuh masa kedua Liverpool pasukan terbaik dalam perlawanan. Jadi secara purata Liverpool bermain dengan biasa…huhu~

Sloppy

Hari ni kita belajar perkataan ni. Sloppy diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu adalah “cuai’ atau ngelomprot kate google translate..huhu. Terlalu banyak kecuaian dalam permainan Liverpool harini. Reina masih tak meyakinkan dengan tampanan dan tangkapan dia. Sebab tu setiap kali pemain Spurs buat cubaan aku dah ketap gigi nak elak menjerit. Johnson banyak hilang bola. Bukan sebab dirampas. Tapi sebab tahan tak betul dan gelecek bawak bola keluar. Skrtel ada buat satu kesilapan besar waktu cuba tahan bola tinggi dan hampir menyebabkan Spurs jaringkan gol. Prestasi Allen semakin merudum nampaknya. Dah mula lepas bola. Banyak bagi sepakan percuma kepada lawan. Kapten Gerrard pun ada lepas bola dan benda ni sangat berbahaya sebab bila bola kat kaki Gerrard, semua dah di depan menanti hantaran jauh dia. Sebab tu setiap kali Gerrard lepas bola pihak lawan akan buat serangan pantas.

Jawapan kepada soalan kenapa BR tak bagi Assaidi main aku rasa terjawab dalam perlawanan ni. Dia masih tak sebulu dengan rakan sepasukan. Masih tak dapat baca pergerakan rakan. Mungkin dalam latihan sendiri BR dah nampak benda ni jadi dia belum bersedia untuk turunkan Assaidi. Assaidi terlepas hantaran Enrique yang cuba mulakan serangan. Enrique berlari laju tapi Assaidi tengah berjogging di tepi. Dah mencarut-carut mamat Sepanyol tu. Aku paling sedih tengok pemain tahan bola tak betul dan Assaidi antara pemain tu kali ni.

Referee

Referee maksudnya pengadil yang sepatutnya mengadili perlawanan dengan adil. Jadi dalam perlawanan ni tak ada pengadil sebenarnya. Aku jarang kutuk pemain lawan melainkan diorang betul-betul buat salah. Dalam kes ni aku meluat tengok Dempsey yang jatuhkan badan lagi kerap dari tahi burung jatuh atas kereta warna merah. Kalau tak percaya sila tengok balik semua sepakan percuma yang dia dapat. Sebab tu Hendo marah gila waktu dia dituduh jatuhkan Dempsey. Sorang lagi mesti korang tau sebab dia kena kad kuning sebab jatuhkan badan. Nasib baik Agger bijak rapatkan kaki ke rumput waktu tu. Kalau tak memang kebanyakan pengadil akan bagi kad kuning sebab bentes orang tengah menyerang. Waktu tengok perlawanan ni aku yakin Gerrard dikasari dalam kotak penalti sebelum cubaan Suarez diselamatkan atas garisan dan Suarez sendiri ada ditolak/bentes dalam kotak penalti waktu sepakan penjuru. FA England dah sekat video ulangtayang kekasaran keatas Suarez dan Gerrard walaupun baru berapa minit dimuat naik.

Video Gol (Masih wujud waktu entri ini dibuat)

Gol 1

Ok. Jom kita tengok satu-satu apa penyebab gol ni. Aku tak nafikan Bale memang seorang pemain yang bagus. Tapi Liverpool sendiri yang acu pistol kat kepala dan tarik picu. Dah banyak kali aku baca balik penerangan Brendan Rodgers berkenaan strategi yang dia guna ketika menyerang iaitu menilai kualiti serangan. Tapi itu sebenarnya digunapakai dalam kawasan lawan atau Zon 8/G mengikut pecahan taktik BR. Sebab tu penting untuk pegang bola dan hantar bola secara selamat sehinggalah Zon G. Tapi dalam kes ni Johnson buat satu hantaran yang sangat teruk. Tapi menghantar adalah satu bahagian dan kedudukan pemain yang menerima adalah sebahagian lagi.

Steven Gerrard memang pemain pujaan aku dan aku pasti untuk semua yang menyokong Liverpool dari dulu dan menyaksikan perkembangan seorang budak hingusan yang tak dikenali kepada seorang lagenda. Tapi dia kena buat sesuatu atau dia akan terus menjadi liabiliti kepada Liverpool. Kedudukan dia waktu Johnson cuba buat hantaran tak membantu langsung. Dia terlalu dekat dengan Johnson dan menghalang pandangan sebelah kiri johnson. Aku tak tau mana pergi Sterling yang sepatutnya memberikan pilihan kepada Johnson untuk terima bola di sebelah kanan. Itu baru penyebab serangan. Sekarang cerita tentang bertahan pulak.

Bale mendapat bola di garisan tengah dan menggelecek Gerrard dan Johnson yang masih lagi di garisan tengah walaupun dia dah nampak yang hantaran dia tak sampai kepada pemain Liverpool. Aku rasa mana-mana pemain bek tepi akan kembali ke posisi asal secepat mungkin untuk mengelakkan serangan balas tapi Johnson nampak macam tak berminat nak turun dengan cepat. Mungkin dia mengharapkan Allen untuk membantunya tapi melihat kepada kedudukan pemain lain, bahagian tengah akan tinggal kosong sekiranya Allen melakukan terjahan terhadap Bale tapi terlepas. Allen buat perkara yang betul bagi aku. Dia rapatkan diri dengan Bale untuk ganggu sebarang hantaran. Jadi siapa yang patut keluarkan bola?

Skrtel memintas untuk merapati Bale memaksa Allen ke tengah. Tapi Skrtel gagal menghalang hantaran. Agger yang berada di kawasan tiang hadapan pun melakukan kesilapan membiarkan bola melepasinya. Yang tinggal hanyalah Downing di bahagian kiri tapi..oh…Downing dah perlahankan larian waktu bola dihantar dan Lennon dengan mudah berlari melepasinya dan menolak bola masuk. Siapa yang salah? SEMUA SEKALI. Tak termausk Reina la. Dia boleh buat apa je bola camtu?

Gol 2

Aku masih lagi cari video yang ada tunjuk ‘kekasaran’ yang menyebabkan sepakan percuma ni diberi sebab aku dah lupa yang  mana terhasil dari lakonan Dempsey. Mula-mula sepakan Bale nampak macam terkena pemain pertahanan. Lepas tengok ulangan macam tak pulak. Tapi lepas aku tengok balik waktu buat entri ni baru nampak. Memang kena pemain Liverpool. Tak pasti siapa. Kena sikit tapi dah cukup untuk ubah arah pergerakan bola dan menyebabkan Reina tertipu.

Gol 3

Gol Liverpool pulak terhasil apabila Spurs tertidur sewaktu sepakan sudut. Tengok gaya macam jaga pemain dan bukan jaga kawasan. Tapi Gerrard tak ada sapa yang jaga. Maka terhasillah gol kelakar daripada pemain yang menjaringkan kedua-dua gol Spurs tadi. Lennon cuba mengeluarkan bola dari gol tapi tepat kena muka Bale. Tahniah la Encik Bale. Anda Man of The Match dengan satu gol, satu bantuan gol, satu gol sendiri dan satu kad kuning kerana berlakon jatuhkan badan.

Kenapa Liverpool terus seri dan kalah?

Ada pembaca blog aku yang bernama Man suruh aku bagi pendapat kenapa Liverpool asyik seri dan kalah je (terima kasih man). Ini pandangan aku :-

  • BR menggunakan sistem risiko tinggi tapi pulangan pun tinggi dengan 5 pemain menyerang (6 kalau termasuk pertahanan kiri/kanan yang turut menyerang). Tapi malangnya Liverpool tak gunakan sepenuhnya pemain yang ramai ni. Kalau tengok balik perlawanan ni tak ada siapa dalam kotak penalti Spurs kalau ada hantaran ke tengah. Jadi risiko tinggi + pulangan rendah = SERI atau KALAH
  • Kecuaian macam dah jadi satu trend untuk Liverpool musim ni. Tapi kecuaian boleh diselamatkan lagi kalau pemain lebih rajin. BR selalu suruh semua pemain bertahan sebagai satu pasukan tapi untuk gol pertama Spurs, Bale lari dari garisan tengah sampai la ke gol. Selagi Liverpool tak selesaikan masalah keseimbangan serangan dan pertahanan aku rasa susah Liverpool nak menang. Bukan tak boleh. SUSAH.
  • Pengadil. Aku kalau boleh tak nak guna alasan ni. Benda ni tak jadi isu kalau Liverpool tengah menang. Tapi kalau dah Cuai + Malang + Palang + Tiang + Pengadil dalam satu perlawanan memang sakit hati dan aku boleh kata pemain pun rasa yang sama. Sebab tu BR lantik doktor psikologi untuk kuatkan mental pemain Liverpool..huhu~
  • Pemain tengah. Selalunya jarak antara serangan dan pertahanan terlalu besar. Tak jadi masalah kalau Liverpool boleh pegang bola dan hanya lepas bola kalau bola tu keluar sebab cubaan ke gol atau dikasari. Tapi kalau lepas sebab cuai..memang kena la. Allen bukan pemain tengah bertahan. Dia hanya isi tempat Lucas. Kalau ikut aku. Untuk 4-1-2-3, Gerrard bertahan (dia sendiri cakap dia bagi orang lain menyerang jadi buat apa dia kat depan?), Allen dan Suso/Shelvey menyerang. kalau 4-2-1-3 Gerrard dan Allen di bawah dan Shelvey/Suso menyerang
  • Letak Enrique balik ke bek kiri selagi Wisdom atau Kelly belum pulih. Downing sangat mentah untuk bertahan dan Enrique perlu asah lagi bakat menyerang dia (Depan gol tanduk ke belakang? Serius?)
  • Samada letak Gerrard belakang penyerang dan 2 orang pemain bertahan depan pemain pertahanan atau kalau nak guna 2 pemain tengah bertahan dan salah satunya Gerrard, BR kena suruh dia main ikut posisi dan bukan bebas seperti yang dia suka main.

Sekali lagi aku nak tekankan. Ini pandangan aku. Aku bukan seorang jurulatih mahupun pengurus mana-mana kelab. Hanya pandangan sebagai seorang penyokong Livepool. Nak nangis rasanya kritik Steven Gerrard tapi aku kena jugak tulis apa yang aku rasa. Apa yang korang rasa? Kongsi la dengan aku.

YNWA.

4 thoughts on “Spurs 2-1 Liverpool

  1. tak tgk game ni pasal tak larat nak berjaga pagi…

    Tapi boleh disimpulkan begini kesilapan yang berulang ulang

    Aku rasa BR pengurus yang bagus cuma tak berlaku adil untuk stengah setengah game

    Tak patut letak player diluar posisi asal mereka dalam kes Downing ni memang tak boleh diselamatkan lagi…aku pon tak tau mana lebih berisiko letak downing di bek kiri ataupon letak robinson disitu…aku rasa dua dua pon sama, tapi sekurang2 nya ada jugak faedah letak robinson kat situ untuk proses pembelajaran mana tau dia sesuai ngan sisitem BR berbanding Downing yang dah tak boleh dilenturkan lagi dah…..cukup bulan JUAL!

    Allen pada aku mangsa keadaan yang sama terjadi kat Enrique musim lepas, tgk cara BR guna dia aku dah agak dah dia akan jadi flop sedikit demi sedikit dan kesan dia dah nampak dgn pantas…mana dia kebangaan BR sebelum ni pasal hantaran perfect dia memandangkan Allen bukan lah penghantar bola bola superb hantar pendek pendek2 pon dah mula kantoi

    Reina lak pada aku, walaupon bukan kesilapan dia pada aku sepatutnya BR berlaku adil, aku rasa Jones dengan bersusah payah build up kofiden kat situ dengan semudah abc reina ambil balik posisi tu…. pada aku baik biar Jones kat posisi tu sekurang kurangnya tunggu sampai Jones kantoi ker injured ker baru bagi reina main balik…. aku rasa dua dua pon sama bukan hebat sgt pon…tapi dari segi posisi menjaga gawang tu aku lebih kofiden dengan Jones, pasal tiap kali reina jadi keeper aku rasa gawang jadi besar lak aku pon tak tau kenapa……buktinya pasukan lawan akan score gol yang cantik cantik bila reina jadi keeper ini sgt menyakitkan hati

    • Pandai pilih game untuk miss kan? hahah..

      Downing tu tunggu mase je rasenye. banyak dah dengar die nak kene jual. Enrique ok dah situ. Robinson kat belah kiri aku rasa boleh jadi lagi bagus dari wisdom kat belah kanan sebab bertahan dia bagus dan dia boleh cross lawa. Wisdom macam belum yakin je nak cross2. banyak pass belakang balik.

      Bab Reina tu aku setuju. Terkejut gak dia terus dapat main. Jones hilang macam tu je. Kata kena buktikan dulu boleh rampas tempat tapi terus main 1st team.

      Bulan Dis ni kena menang sume game baru puashati. Tapi untuk tak melukakan hati sendiri aku target yang home menang 1-0, away seri..heheh…

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s