featured image Liverpool 2-2 Young Boys

Liverpool 2-2 Young Boys. Perlawanan Akhir Jadi Penentu [Dengan Cara Kiraan Mata]


Muka Depan Ulasan Liverpool 2-2 young Boys

Salam dan selamat sejahtera. Liverpool seri dengan Young Boys. Secara ringkasnya: Shelvey jadi penyerang dalam perlawanan ni. Joe Cole main dengan baik tapi ada beberapa peluang untuk jaringkan gol yang dia sia-siakan. Wisdom cedera. Hendo dan Downing sebagai bek kanan dan kiri. Suso ada peluang untuk dapatkan gol pertamanya. Reina gugup dan pemain tertidur waktu hujung permainan. Tak sanggup aku nak cerita panjang untuk perlawanan ni. Terutamanya bila fikir Ahad ni nak lawan Swansea. Aku hanya akan ceritakan tentang gol dan kemudian apa yang kita perlu tahu tentang perlawanan akhir kumpulan nanti. Selebihnya boleh tengok dalam video sorotan perlawanan yang aku berjaya letak selepas beberapa jam godek-godek coding..huhu~

Video Sorotan Perlawanan

Liverpool 1-0 Young Boys – 33′

Gol Pertama Liverpool 2-2 Young Boys

Gol Pertama : Jonjo Shelvey

Liverpool mendahului hasil gerakan cantik Joe Cole. Pada mulanya dia memegang bola dengan baik. Melorongkan kepada Suso dan dia teruskan larian kedalam kotak penalti. Suso memang suka kalau ada orang lari mcam tu sebab dia mampu buat hantaran-hantaran pantas dan cantik. Bayangkan betapa lajunya kepala otak dia berfikir untuk hantaran ni. Joe Cole bersungguh-sungguh lari dapatkan bola dan usaha dia tak sia-sia. Dia berjaya mengangkat bola untuk Shelvey di hadapan gol. Mudah. Kredit untuk Shelvey sebab pandai menbaca peluang. Kebiasaannya tak ada orang depan gol untuk Liverpool macam tu kalau Suarez di tempat Joe Cole.

Liverpool 1-1 Young Boys – 52′

Gol Kedua Liverpool 2-2 Young Boys

Gol Kedua – Bobadilla

Young Boys tahu kelemahan Liverpool adalah bertahan selepas menyerang. Dalam kes ni, diorang guna hantaran jauh. Hendo leka. Dia rasa dia boleh ambil masa untuk turun tapi pemain Young Boys yang bijak gunakan ruang yang ditinggalkan Hendo untuk menyerang. Gol Bobadilla memang lawa. Bukan senang nak jaring gol macam tu. Aku tak tahu kalau ada penjaga gol yang boleh selamatkan bola macam tu. Kalau tengok balik video ni mesti Hendo menyesal. Banyak sangat ruang untuk Bobadilla.

Liverpool 2-1 Young Boys – 77′

Gol Ketiga Liverpool 2-2 Young Boys

Gol Ketiga : Joe Cole. Tengok berapa orang jaga Suarez dan ruang kosong antara Suarez dan Shelvey.

Keputusan BR untuk bawak masuk Gerrard dan Suarez berhasil apabila kedua-dua pemain ni bergabung utnuk hasilkan peluang yang disudahkan oleh Joe Cole. Kemasukan Suarez bukan semata-mata untuk jaringkan gol seperti yang terbukti dalam perlawanan ni. Setiap kali Suarez main. Akan ada ruang kosong dibahagian pertahanan. Cuma Liverpool tak ada pemain yang bijak untuk masuk dalam ruang-ruang ni. Tapi dalam perlawanan ni Joe Cole menunjukkan dia masih ada lagi kebijakan menyerang seperti dulu.

Liverpool 2-2 Young Boys  – 88′

Gol Keempat Liverpool 2-2 Young Boys

Gol Keempat : Zverotic. 4 lawan 4.

Mendahului 2-1 pada minit ke 87′ biasanya benda yang baik. Tapi Liverpool terleka. Ramai yang kata patutnya bertahan bukan menyerang. Kita dah pernah kena waktu bertahan. Sebab tu Liverpool perlu menyerang macam biasa. Cuma apa yang menyebabkan bolos adalah KEMALASAN. Selepas terlepas peluang untuk jaringkan gol melalui Suarez, pemain yang di atas sangat lambat untuk turun sampai BR menggambarkan pemain sebagai ‘berjalan’ untuk turun. Dalam sistem BR memang akan selalu di serang balas dengan pantas tapi SEMUA pemain perlu bertahan untuk mengekang serangan-serangan tu. Bila hanya sebahagian yang bertahan inilah yang akan terjadi. Aku tak tahu betul ke orang cakap Jones boleh selamatkan bola tu sebab memang tak akan boleh dibuktikan. Bola tu laju dan 4 pertahanan berkumpul depan Reina. Aku taktau banyak mana dia nampak waktu serangan tu.

Kombinasi dan Permutasi

1. Liverpool MENANG & Young Boys KALAH – Liverpool ke peringkat seterusnya bersama Anzhi

Anzhi – 13 Mata
Liverpool – 10 Mata
Young Boys – 7 Mata
Udinese – 4 Mata

2. Liverpool MENANG & Young Boys SERI – Liverpool ke peringkat seterusnya bersama Anzhi

Anzhi – 11 Mata
Liverpool – 10 Mata
Young Boys – 8 Mata
Udinese – 4 Mata

3. Liverpool MENANG & Young Boys MENANG – Liverpool ke peringkat seterusnya bersama Anzhi**

Anzhi – 10 Mata
Liverpool – 10 Mata
Young Boys – 10 Mata
Udinese – 4 Mata

** Disebabkan mata yang sama, rekod antara 3 pasukan akan digunakan.

Liverpool – 7 mata – Menang | Menang | Kalah | Seri
Anzhi – 6 mata – Menang | Kalah | Menang | KALAH*
Young Boys – 4 mata – Kalah | Kalah | Seri | MENANG*

*Andaian keputusan perlawanan akhir kumpulan antara Anzhi dan Young Boys nanti

4. Liverpool SERI & Young Boys MENANG – Young Boys dan Anzhi ke peringkat seterusnya

Anzhi – 10 Mata
Young Boys – 10 Mata
Liverpool – 8 Mata
Udinese – 5 Mata

5. Liverpool SERI & Young Boys SERI – Liverpool dan Anzhi ke peringkat seterusnya***

Anzhi – 11 Mata
Liverpool – 8 Mata
Young Boys – 8 Mata
Udinese – 5 Mata

*** Disebabkan mata yang sama, rekod antara 2 pasukan akan digunakan.

Liverpool – 4 mata – Menang | Seri
Young Boys – 1 mata – Kalah | Seri

6. Liverpool SERI & Young Boys KALAH – Liverpool dan Anzhi ke peringkat seterusnya

Anzhi – 13 Mata
Liverpool – 8 Mata
Young Boys – 7 Mata
Udinese – 5 Mata

7. Liverpool KALAH & Young Boys MENANG – Young Boys dan Anzhi akan ke peringkat seterusnya

Anzhi – 10 Mata
Young Boys – 10 Mata
Liverpool – 7 Mata
Udinese – 7 Mata

8. Liverpool KALAH & Young Boys SERI – Young Boys dan Anzhi ke peringkat seterusnya

Anzhi – 11 Mata
Young Boys – 8 Mata
Liverpool – 7 Mata
Udinese – 7 Mata

9. Liverpool KALAH & Young Boys KALAH – Young Boys dan Anzhi ke peringkat seterusnya****

Anzhi – 13 Mata
Liverpool – 7 Mata
Young Boys – 7 Mata
Udinese – 7 Mata

**** Disebabkan mata yang sama, rekod antara 3 pasukan akan digunakan.

Young Boys – 7 mata – Kalah | Menang | Menang | Seri
Udinese – 6 mata – Menang | Kalah | Kalah | MENANG*
Liverpool – 4 mata – Menang | Kalah | Seri | KALAH*

*Andaian keputusan perlawanan akhir kumpulan antara Udinese dan Liverpool nanti

Kesimpulannya keputusan yang sama atau lebih baik daripada Young Boys akan memastikan Liverpool ke pusingan seterusnya bersama Anzhi kecuali Liverpool dan Young Boys sama-sama kalah. Jadi fahamkan kesemua kombinasi diatas supaya tak terpinga-pinga waktu perlawanan akhir dalam kumpulan nanti😉

YNWA

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s