featured image Liverpool 3-0 Wigan

Liverpool 3-0 Wigan. Trio Mengganas!


Muka Depan Ulasan Liv 3-0 Wigan 17/11/2012

Salam dan selamat sejahtera. Mesti semua tengah berseronok lagi kan hari ni? Hari ni memang terbaik sebab Liverpool menang penuh bergaya malam tadi. Tambahan pulak ada pasukan lain yang kalah. Tapi aku tak suka cerita p[asal pasukan lain tu. Aku lagi suka tumpukan pada pasukan sendiri. Aku cuba cari gambar Sterling dalam perlawanan semalam tapi banyak gambar dia waktu raikan gol je. Apsal eh? Mungkin waktu dia tengah main laju sangat jurugambar tak sempat tangkap..heheh.

Raheem Sterling

Ramai yang bercakap tentang Enrique dan Suarez lepas perlawanan ni tapi aku rasa Sterling patut diberi pujian yang sama. Pertamanya dia yang hantar bola ke Suarez untuk gol pertama. Dia dapat bola tu hasil pintasan hantaran pemain Wigan. Dia makin lama makin yakin untuk pegang bola. Untuk tunggu dan buat larian waktu yang sesuai. Cuma dia kadang-kadang perlu sedikit cepat buat keputusan. Ada satu ketika tu Suarez ofsaid sebab Sterling sedikit lambat buat hantaran. Kalau tak, tambah lagi gol Suarez. Tapi secara keseluruhannya Sterling memang meletup! Kesian pemain lawan yang kena jaga dia. Kesian jugak kat Ben Watson yang meletup keting sebab berlaga dengan Sterling.

Dia jugak mainkan peranan untuk gol Enrique. Dia bertukar hantaran dengan Suarez sebelum meneruskan larian kearah gol dengan pantas dan melepaskan rembatan yang hanya berjaya ditolak ketengah oleh Al-Habsi. Enrique dengan mudah tolak bola masuk gol sebab pertahanan depan dia tertidur. Waktu hujung permainan Sterling masih lagi buat larian pantas untuk serangan walaupun dah 92 minit dan dia cuba melepasi 3 pemain pertahanan seorang diri waktu buat serangan pantas..heheh.

Jose Enrique

Wow! Itu je yang aku boleh jelaskan tentang reaksi aku waktu tengok dia main dalam perlawanan ni. Dah lama dia tak main untuk Liverpool. Katanya sebab kecederaan. Ada yang kata sebab dia main tak bagus. Ada yang kata dia main tak bagus sebab tak berapa cergas. Tapi yang aku tahu dia main dengan sangat bagus untuk perlawanan ni dan perlawanan sebelum ni. Pada mulanya aku ingat Liverpool main 5-3-2 lagi sebab ada 5 pemain pertahanan tapi rupanya BR guna 4-3-3 dengan Enrique di bahagian kiri serangan.

Bagi aku itu satu keputusan yang bijak. Enrique main dengan baik dalam perlawanan sebelum ni. Dia mampu pegang bola. Dia boleh melepasi pertahanan. Dia boleh buat hantaran yang baik samada dekat atau jauh. Jadi dia lebih bahaya sekiranya dia dekat dengan gol. Kalau sebelum ni Liverpool ada masalah bertahan selepas menyerang, kali ni BR letakkan Enrique dan Johnson di sebelah kiri dan strategi ni memang berkesan! Waktu menyerang Johnson membuat larian di sebelah luar manakala Enrique lebih cenderung untuk masuk ketengah seperti ketika dia melorongkan bola untuk gol kedua Suarez. Waktu bertahan Enrique akan turun membantu Johnson yang selalunya lambat untuk turun. Dan dia boleh membantu tanpa ada tekanan untuknya kerana bertahan adalah tanggungjawab utama Johnson. Dengan cara ni serangan Liverpool lebih berkesan dan Enrique semakin yakin sewaktu bertahan. Buktinya dia berjaya jaringkan gol pertamanya dan tak banyak Wigan boleh buat di sebelah kiri🙂

Lepas ni bertambah la pening kepala BR. Tapi berita baik untuk Wisdom. Kalau terus macam ni dia boleh kekal di sebelah kanan pertahanan😉

Luis Suarez

Apa yang aku boleh kata yang orang tak kata lagi pasal dia? Dia penyerang terbaik BPL sekarang. Ada yang nak bantah?

Pemain lain

Reina kembali menjaga gawang Liverpool dan dia berjaya mengharungi perlawanan tanpa bolos. Pemain pertahanan semua bermain dengan baik kecuali satu ketika dimana Skrtel terlepas hantaran lintang Wigan tapi Gomez merembat tinggi..huhu. Kalau dah nasib baik tu selepuk dia datang dalam satu perlawanan kan? Pemain tengah biasa-biasa je. Hendo buktikan kenapa dia masih lagi layak main untuk Liverpool. Dia buat apa yang dia boleh buat dengan baik. Mengejar semua pemain yang membawa bola dan menekan mereka. Tinggal nak dapatkan gol je untuk pulihkan semangat dia. Gerrard masih lagi bahya dengan hantaran jauh dan rasa-rasa macam dah tak lama lagi untuk tengok Gerrard jaringkan gol dari jauh🙂

Sekian dulu dari aku. Jumaat nanti kita tengok apa percaturan BR untuk Young Boys pulak. YNWA.

Flippin the midfield

Suso dikeluarkan atas sebab taktikal dan ianya berkesan!

One thought on “Liverpool 3-0 Wigan. Trio Mengganas!

  1. aku rasa BR ada otak yang baik….

    aku dah tak berapa risau dengan prestasi Enrique, tapi aku tak pasti dengan Reina…

    Suarez dah mula paham tak perlu sgt dive dan tak perlu banyak sangat gelecek…dia boleh score dengan lebih baik..harap beterusan

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s