featured image chelsea 1-1 liverpool

Chelsea 1-1 Liverpool.


Muka Depan Ulasan Chelsea 1-1 Liverpool 12-11-2012

Salam dan selamat sejahtera. Setiap kali ada perlawanan besar macam ni aku jadi tak senang duduk. Buat apa pun tak boleh. Lagi-lagi sekarang ni bukan waktu terbaik Liverpool. Dengan berbekalkan Roti John pasar malam Taman Sri Putra yang tak ada tolok tandingannya, aku menunggu depan TV.

Astro 831 buat montaj untuk perlawanan ni. Perlawanan Chelsea dan Liverpool yang lepas-lepas. Makin la nebes aku menunggu sepak mula. Lepas tu ada pengenalan pemain ikut kelab dan posisi tu. Waktu ni aku gelak pasal Sahin sorang je dalam ramai-ramai tu yang senyum. Yang lain semua muka nak gaduh. Heheh. Waktu pemain salam sesama diorang, aku perasan Gerrard kenyit mata kat Torres. Oh~ Memang buat aku terkenang balik zaman diorang berlari atas padang dan buat pemain lawan kucar kacir. Mesti dia sedih gila kan waktu Torres pergi dulu? Sebelum sepak mula semua yang ada bertafakur selama 1 minit untuk Hari Peringatan.

Chelsea: Cech, Azpilicueta, Terry, Ivanovic, Bertrand, Mikel, Ramires, Hazard, Oscar, Mata, Torres.
Subs: Turnbull, Romeu, Moses, Ferreira, Marin, Sturridge, Cahill.

Liverpool: Jones, Wisdom, Carragher, Agger, Johnson, Allen, Gerrard, Sterling, Sahin, Jose Enrique, Suarez.
Subs: Gulacsi, Cole, Assaidi, Henderson, Coates, Downing, Fernandez Saez.

Separuh Masa Pertama

BR menggunakan formasi sama waktu lawan Anzhi, 5-3-2/3-5-2 (ikut fahaman masing-masing). Yang lain dalam perlawanan ni adalah Agger yang selalu naik ke atas membantu serangan. Samada dengan membawa bola seperti pada minit ke-2 atau hanya untuk menyambut hantaran lintang. Mungkin ini salah satu cara yang BR cuba untuk selesaikan masalah kurang pemain dalam kotak penalti.

Kejutan dalam separuh masa pertama ni adalah Allen yang banyak buat kesilapan. Allen nampak gugup. Dalam separuh masa je ada 3 kali aku tengok dia buat kesalahan yang berbahaya. Minit ke-‘ dimana dia terlepas bola dan oscar hampir menjaringkan gol, Minit ke-26 dia terlepas bola sekali lagi dan Hazard mudah mara ke hadapan dan Torres merembat tapi diselamatkan Jones. Minit ke-29 Allen sekali lagi membuat kesilapan dan Chelsea menyerang. Sekali lagi Jones menyelamatkan keadaan.

Chelsea menjaringkan gol pada minit ke-19 hasil sepakan penjuru Mata yang mudah ditanduk masuk oleh Terry untuk gol ke 50 bersama Chelsea. Tengok la berapa banyak kali ulang tayang pun, yang buat silap masih lagi Agger. Terry tak dijaga sebab Agger dah dihalang oleh pemain lain. Gerrard yang jaga tiang depan pun tak membantu bila dia tengok je bola yang menghampiri dia. Mungkin terlalu jauh untuk dia.

Pada minit ke-34 waktu tengah menyerang, Suarez ditolak dari belakang oleh Ramires. Hasilnya? Suarez jatuh merempuh Terry. Lama jugak masa diberhentikan. Dalam 5-6 minit. Aku kesian kat terry pasal kawan diamain tak fikir panjang. Main redah je. Sudahnya dia yang cedera. Dia digantikan dengan Cahill.

Pertembungan Terry dan Suarez

Pertembungan Terry dan Suarez. Gambar asal – John Sibley/Action Images

Dalam separuh masa pertama Liverpool main tak best. Hantar sana sini tapi dengan perlahan dan tak bergerak ke depan. Tengok gaya macam nak kena 2, 3 bijik lagi. Pada minit ke-45 Wisdom menanduk kebelakng tapi tak sampai dan hampir bagi gol percuma kepada Chelsea. Minit ke-48 pula salah faham Agger dan Carra menyebabkan Chelsea berjaya melepasi pertahanan. Kemudian Carra dan Wisdom pula bertembung meninggalkan Mata dan Jones dihadapan gol dan nasib menyebelahi Liverpool apabila dia merembat tinggi.

Separuh Masa Kedua

Raheem Sterling. Walaupun dah banyak kali dan dah ramai orang puji dia tapi aku masih lagi nak puji sebab dia memang patut dipuji. Dia menyerang dengan baik dan dia bertahan dengan baik! Awal separuh masa kedua dia mencuri bola daripada Mata, gelecek beberapa orang sebelum dibentes oleh Mikel. Ada beberapa kali lagi dia curi bola daripada pemain Chelsea.

Pada minit ke-50 Allen diberikan kad kuning kerana menarik Torres. Allen ambil masa terlalu lama untuk membuat hantaran dan Torres berjaya mencuri bola daripadanya. Aku rasa ini perlawanan paling teruk untuk Allen. Tapi ini juga membuktikan kedudukan pemain Liverpool dalam formasi 5-3-2 ini masih berterabur. Tiada pemain yang bersedia menerima hantaran. Mungkin perlu lebih latihan. Sebab ini mungkin dijadikan formasi dan taktik simpanan untuk BR. Aku dah cuak bila Gerrard tak bangun-bangun lepas sepakan penjuru/percuma Chelsea pada minit ke-57. tapi dia berjaya teruskan permainan. Harap tak ada yang serius.

Steven Gerrard cedera menentang Chelsea

Steven Gerrard cedera menentang Chelsea – Gambar asal Clive Rose/Getty Images Europe

Liverpool mula mengawal permainan dan mula nampak bahaya apabila Suso masuk menggantikan Sahin dan Liverpool kembali ke formasi 4-3-3. Liverpool mula menyerang kiri dan kanan. Antaranya adalah rembatan Wisdom yang merembat dari sebelah kanan selepas menerima bola dari Suarez. Serangan Liverpool akhirnya membuahkan hasil apabila sepakan penjuru Suso disambut Carragher dan kemudian disudahkan Suarez yang dijaga oleh Ramires di tiang belakang. Memang kelakar tengok Suarez terkejut dia raikan gol sorang-sorang. Jangan biar media, atau mana-mana blog cuba putar belit. Pemain Liverpool pergi raikan gol dengan Carra. Sebab sebelum sepakan penjuru tu semua orang suruh Carra duduk bawah dan bertahan.

Pasukan yang sedang mendahului dengan 1 gol selalu dibawah tekanan terutamanya apabila mereka gagal menjaringkan gol kedua dan kemudian bolos gol penyamaan. Selepas Suarez menjaringkan gol, Liverpool menguasai permainan dan hampir-hampir memenangi perlawanan. Pada minit ke-83 Gerrard membuat hantaran rendah yang cantik untuk Sterling disebelah kanan yang menghantar untuk Suso di tengah tapi Suso hanya berjaya merembat lemah dan tinggi. Pada minit ke-85 Suarez cuba menjaringkan gol dari jauh tapi Cech berjaya menahan bola. Dua peluang terbaik Liverpool adalah pada minit ke-87 apabila hantaran awal Enrique dan larian Suarez berjaya mengalahkan perangkap ofsaid namun tolakan Suarez mengenai kaki Cech dan keluar! Kemudian pada minit ke-93 Suarez berjaya menolak bola ke kiri untuk Enrique dalam kekalutan Chelsea bertahan di tengah namun rembatan rendah Enrique diselamatkan oleh Cech.

Kesimpulan

Bagi aku ini adalah keputusan yang baik. Memangla kalau menang lagi bagus tapi ini perlawanan menentang Juara Bertahan untuk Liga juara Juara! Sebenarnya rekod Liverpool dalam liga taklah teruk sangat. 2 menang, 4 seri dalam 6 perlawanan terakhir. Ramai yang selalu cakap baik seri dari kalah kan? Sekurang-kurangnya 1 mata. Harapnya lepas ni seri boleh jadi menang pulak😉 Dan aku rasa bertuah ada pengurus yang peka dengan permainan dan tahu apa yang perlu dibuat untuk mengubahnya😉

Dalam tak sedar, Luis Suarez yang aku selalu cakap lebih kepada penyumbang daripada penjaring dah jaringkan 8 gol. Sama dengan RVP untuk jaringan terbanyak dalam liga setakat ni. Bayangkan kalau ada seorang lagi penyerang yang boleh bantu dia. Suarez satu gol, penyerang baru satu gol dan satu gol daripada pemain tengah. Cukupla kan untuk menang perlawanan-perlawanan lepas ni..hehe

Aku rasa Suso memang patut main daripada mula lepas ni. Dengan Shelvey sekali. Sebab 2 pemain ni yang selalunya bawak Liverpool gerak ke depan. Allen perlu rehat kejap. Penat sangat agaknya. Jones memang terbaik. Dia makin lama makin bagus. Harap BR tak ketepikan dia macam tu je bila Reina dah baik. Enrique nampak dah kembali ke prestasi asal. Masih ada hilang bola tapi kebanyakannya dia dapat balik. Rasanya setakat ni dulu perkongsian aku. Masih cuba dapatkan balik rentak buat ulasan…huhu.

YNWA .

Video Gol (masih wujud sewaktu entri dibuat)

Gol-gol Suarez setakat ini

2 thoughts on “Chelsea 1-1 Liverpool.

  1. aku rasa sahin main terlalu berhati hati….betul ker dia ni pemain terbaik budesliga sebelum ni…

    Allen tu dah lama aku tgk patut kene rehatkan…. baik kasi rehat sebelum jadi mcm reina dan enrique…setakat ni dah berapa game dia buat aku seram sejuk…

    nampak gaya enrique dah makin ok… cara dia potong defander memang terbaik,

    sejak reina tak main, liverpool tak lepaskan bola ala ala badut sarkas lagi….harap prestasi berterusan

    suarez lak sejak dia tak main dive dia memang boleh score….

    • Betul tu. Taktau la pulak kalau itu yang BR nak daripada dia. Sebab waktu dia jaringkan 2 gol lawan WBA dulu dia main menyerang sikit. Yang ni mungkin sebab ada SG8 dia takleh bebas sangat.

      Allen tu kalau takde kejap takpe kot. Bagi aku Shelvey, Sahin, Gerrard pun ok gak. Takpun masuk hendo ganti Allen. memang dia ni menyerang tak berapa sangat sekarang. Tapi dia boleh buat kerja yang Allen buat kat tengah tu.

      Enrique bila tengah sedap memang takleh nak cakap ape. Tapi kalau tengah goyang tu..huhu..seram aku…

      Harap BR pilih pemain ikut prestasi dan bukan senioriti atau reputasi.

      Suarez memang terbaik. Dalam orang duk kutuk2 dia dah 8 bijik dah skor walaupun main dengan pasukan yang tak berapa nak hebat sekarang.

      YNWA.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s