Anzhi 1-0 Liverpool


Salam dan selamat sejahtera. Liverpool ke Anzhi tanpa pemain-pemain utama kali ni. Brendan Rodgers kata dia perlu buat pusingan pemain untuk berkunjung ke Stamford Brodge Ahad nanti. Langkah yang berani untuk BR. Anzhi bukan calang-calang kelab. Kali ni aku nak ulas cara lain. Aku akan buat ulasan secara individu berbanding mengikut separuh masa pertama dan kedua seperti yang aku selalu buat.

Jones – bermain dengan baik. Banyak cubaan yang diselamatkan. Terutamanya cubaan Traore yang menanduk dari jarak dekat. Tak banyak yang dia boleh buat untuk halang gol Traore.

Wisdom – Dia ada buat satu kesilapan besar apabila membiarkan bola dirampas daripadanya dibahagian tepi padang dan hampir menyebabkan Liverpool bolos. Selain tu dia nampak ok.

Carragher – Ada masa dia buat halangan penting, tapi ada masa lepaskan bola yang berbahaya.

Coates – Banyak kali halang penyerang untuk terus bergerak kearah gol. Cara terjahan dan bentesan yang bersahaja kadang-kadang buat kerja dia nampak mudah. Tapi cara tu jugaklah yang mmenyebabkan Traore boleh melepasi dia dengan tolakan mudah.

Flanagan – Merata budak ni main dalam perlawanan ni. Ada satu masa dia kat depan gol untuk sambut hantaran jauh Coady! Dia jugak ada tolak bola untuk Henderson tapi hendo merembat tinggi.

Shelvey – Aku rasa dia nadi utama Liverpool dalam perlawanan ni. Banyak buat hantaran kehadapan bila ada ruang tanpa berlengah. Dia juga ada turun kebawah untuk menghentikan beberapa serangan berbahaya. Nampak dia kecewa dihujung-hujung perlawanan sampai dapat kad kuning.

Henderson – Ramai yang tak puas hati dengan dia ni. Dia main terlalu selamat bagi aku. Peluang untuk dia rembat depan gol disia-siakan apabila dia cuba menghantar lagi untuk rakan ditengah.

Coady – Boleh tahan. Untuk budak-budak bermain ditengah padang bukan mudah. lebih-lebih lagi dengan pemain besar dan tinggi macam Traore dan Eto’o dibahagian serangan. Perlu masa lagi untuk dia tunjuk kemampuan sebenar

Downing – Bertahan dengan baik. Berjaya halang beberapa serangan Anzhi. Tapi tak cukup bahaya untuk pertahanan Anzhi.

Cole – Antara penyebab aku menyumpah seranah waktu tengok perlawanan ni. Ada la beberapa kali je dia berjaya melepasi pemain lawan dan buat hantaran tepat. Yang lain samada hilang bola waktu berpusing atau buat hantaran yang mengarut. Tak boleh jaringkan gol walaupun ada peluang untuk sambar bola muntah hasil rembatan Suso. Tak lama dah dia ni. Baik bagi peluang untuk pemain muda cari pengalaman.

Morgan – Dengan serangan yang sangat sikit, aku rasa Morgan bermain dengan baik. Dia berjaya lepaskan diri daripada pemain lawan dan memberikan bola kepada Hendo yang membuat keputusan yang aku rasa salah apabila dia cuba hantar lagi ketengah walaupun dia boleh buat cubaan terus kearah gol. Satu cubaannya pula hanya mengenai tepi jaring memandangkan dia merembat dari sudut yang sukar. Selain tu dia juga turut bertahan waktu diserang.

Pacheco dan Suso – Pemain yang menghidupkan semula harapan aku untuk tengok Liverpool seri atau menang. Tapi hampa sebab Joe Cole banyak buang bola. Suso dengan rembatan padu sampai penjaga gol tertempan bola kedepan dan Cole gagal mengambil kesempatan untuk jaringkan gol waktu harijadi dia. Harap dia dah tak ada di Liverpool waktu sambut harijadi ke-32 nanti.

Assaidi – Terlalu kejap untuk aku komen apa-apa.

Aku rasa perlawanan ni bagus untuk budak-budak. Walaupun sangat perlahan dan membosankan, budak-budak tu dah buat kerja yang bagus. Cuma kesilapan pertahanan je penyebab Liverpool balik tanpa mata. Tapi dengan perlawanan menentang Chelsea Ahad ni, aku pasti ramai yang akan lupakan perlawanan ni. Samada kerana “BR bijak buat pusingan pemain, Chelsea tewas dilaman sendiri” atau “BR perlu dipecat. Bagi budak main game Eropah dan kalah pada hujung minggu!”. Apapun, perlawanan dengan Anzhi ni pasti penyokong akan lupakan, tetapi tidak bagi sebilangan pemain muda Liverpool. Mereka dah main untuk Liverpool, di Rusia menentang kelab jutawan dan hanya bolos satu. Aku pasti ramai yang tak tidur lepas perlawanan ni😉

p/s : bayangkan dalam dunia yang terbalik, kelab yang minta tukar penyokong sebab tak bagus..hahah

4 thoughts on “Anzhi 1-0 Liverpool

    • Ada. Tengok belah kanan tu kan ada tulis.

      EUROPA – Liverpool vs BSC Young Boys
      23 Nov 2012
      4.00 Pagi
      Siaran Langsung Astro
      SuperSport 3 817
      SuperSport HD 831

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s