Jangan Pecat Brendan Rodgers!


Cover jangan pecat rodgers

Kenny Rodgers :-p

Salam dan selamat sejahtera. 12 Mac 2012 merupakan tarikh aku menulis dan menyiapkan entri Jangan Pecat Kenny. Kenny akhirnya dipecat lebih kurang dua bulan artikel tersebut ditulis dan kini, hanya enam bulan dari tarikh perlantikan Brendan Rodgers sebagai pengurus baru Liverpool, sudah ada ura-ura dia akan dipecat dan semakin lantang segelintir “penyokong” meminta dia dipecat.

Dalam tempoh tiga tahun (2010-2012) Liverpool telah mempunyai empat pengurus yang berlainan. Rafa Benitez, Roy Hodgson, Kenny Dalglish dan Brendan Rodgers. Ini merupakan satu trend yang membimbangkan. Liverpool telah menjadi seperti kelab-kelab lain yang mahu kejayaan segera. Cuma bezanya, Liverpool tak ada wang sebanyak kelab-kelab tersebut. Apa yang lebih membimbangkan adalah pertambahan bilangan penyokong yang mudah hilang pedoman sabar dengan pengurus baru. Ingin kejayaan segera. Siapa yang tak inginkan kejayaan segera? Tapi bolasepak sama macam kehidupan kita. Contohnya, siapa tak mahu cepat kaya? Buktinya ramai yang sertai skim cepat kaya. Tapi masih ada yang mengekalkan kewarasan dan kematangan berfikir. Mereka yang tidak menyertai “skim cepat kaya”. Mereka yang tahu kejayaan memerlukan usaha keras dan mengambil masa. Atau dalam erti kata lain, Penyokong Liverpool Sebenar.

Mengikut BR, ada tiga jenis penyokong di semua kelab

  1. Penyokong yang sayang kelab dan pengurus tak kira siapa kerana Liverpool adalah hidup mereka.
  2. Penyokong yang akan menerima sesiapa sebagai pengurus tapi perlu berjaya untuk mendapat penghormatan sebenar dari mereka.
  3. Penyokong yang sentiasa mengutuk. Menang 4-0 dia kata patut dapat 7. Menang liga sekali dia kata patut menang 3 kali.

Korang yang mana satu?😉

Aku geledah balik berita waktu awal-awal BR dilantik sebagai pengurus. Tak susah pun. Sebab baru beberapa bulan lepas. Kejap je jumpa balik berita ni dalam arkib Liverpool.

Janji Pemilik

  • John Henry mengatakan yang Fenway Sports Group bersungguh mahu membina Liverpool untuk jangka masa panjang. Perlantikan Brendan Rodgers merupakan salah satu langkah penting.
  • John henry juga mengatakan yang mereka tidak mengharapkan keajaiban dalam masa singkat dan orang lain juga tidak perlu berbuat begitu.
  • Tom Werner pula mengatakan kehadiran mereka(pemilik) adalah untuk menjadikan Liverpool kelab terbaik di England dan bersaing di Eropah. Mereka percaya yang falsafah dan taktik  Brendan Rodgers akan membawa mereka kearah itu. Mereka juga percayakan kepada perkembangan yang perlahan dan boleh diukur dan dengan cara itu mereka boleh lebih berjaya kehadapan bukan sahaja untuk tahun ini tapi untuk masa depan.
  • Tom Werner menambah, mereka mempunyai keyakinan tinggi pada Brendan Rodgers. Kami tidak mengharapkan keputusan segera dalam masa singkat tapi perkembangan yang stabil. Mereka tahu yang Brendan Rodgers akan menggunakan taktik baru untuk Liverpool dan itu akan mengambil masa untuk diimplementasi.
  • Mengikut Pengarah Urusan Liverpool, Ian Ayre pula yang penting adalah kejayaan berterusan. Apa yang pemilik mahukan adalah seperti yang ditulis diatas. Tapi ia tak akan berlaku semalaman. Semuanya akan mengambil masa dan Brendan Rodgers perlukan sokongan untuk itu. Dia perlukan masa.

Bila aku baca balik kenyataan-kenyataan ni aku lega sikit. Tak akan diorang nak pecat BR dalam satu tempoh yang singkat selepas apa yang dijanjikan dan memandangkan sewaktu mengumumkan BR mereka tak sudah-sudah memuji dan menyatakan sebab kenapa mereka memilih BR, agak hipokrit rasanya untuk mereka berpaling tadah sekarang. Dan semua kenyataan yang mereka berikan memang betul dan bertepatan dengan apa yang Liverpool perlukan dalam seorang pengurus.

Sumber : Brendan Rodgers named LFC boss | Chairman on New Man Rodgers | Ayre : These are exciting time

Kewangan

Dari segi kewangan pula, tak mungkin Brendan Rodgers akan dipecat kerana pemilik perlu membayar pampasan yang tinggi memandangkan dia baru sahaja menandatangani kontrak jangka panjang dengan Liverpool. Dan seperti yang kita tahu, pemilik Liverpool agak berkira dengan duit walaupun untuk dilaburkan keatas pemain. Tapi harapnya dengan kedudukan kewangan Liverpool yang dikatakan stabil (taktau tahap mana stabil tu) pemilik akan rajin sikit tandatangan cek untuk beli pemain yang berkualiti untuk bantu Liverpool. Kalau taknak pemain tua untuk jangka masa pendek, keluar duit lebih sikit beli pemain muda yang berkualiti dan terbukti mampu jaringkan gol. Bunyi macam senang kan nak cari? Kalau tak ada 30 juta jangan mimpi la.

Perkembangan Liverpool Setakat Ini

Gaya permainan – Secara jujurnya belum sempurna. Ada perlawanan yang bagus dari segi menyerang tapi kurang dibahagian pertahanan dan sebaliknya. Penambahbaikan yang nampak jelas adalah dari segi hantaran. Semua pemain lebih selesa membuat hantaran dekat dan jauh, samada dalam keadaan tenang mahupun dibawah tekanan. Liverpool juga kini lebih pantas mendapatkan semula bola daripada pihak lawan. Kedua-dua aspek ini merupakan penyumbang kepada penguasaan permainan. Aspek yang aku rasa masih dalam proses pemantapan adalah kedudukan tanpa bola dan bertahan. BR pernah cakap bertahan adalah tugas semua pemain dan sekiranya ada yang tidak menjalankan tugas, akan ada masalah yang timbul. Satu lagi isu adalah penilaian. BR sangat menekankan perkara ini semasa menyerang supaya bola tidak terlepas kepada pemain lawan dengan mudah. Masalah inilah yang menyumbang kepada gol-gol pihak lawan. Penyerang terlepas bola, serangan pantas, pertahanan dan pemain lain lambat bertindak dan akhirnya bolos. Selesaikan masalah ni dan Liverpool boleh mula menang dengan selesa.

Pemain muda – Beberapa musim sebelum ni andainya ada pemain muda terutamanya yang berumur 17, 18 dan 19 tahun bermain pastinya untuk pasukan lemah yang diturunkan untuk perlawanan piala liga. Dan kebiasaannya keputusan tak akan memihak kepada Liverpool. Tapi kini Sterling antara nama pertama dalam senarai kesebelasan utama. Suso juga menghampiri status itu. Wisdom semakin selesa memandangkan Kelly dan Johnson masih belum pulih/cergas. Dan Liverpool masih  ada beberapa pemain muda seperti Yesil, Pacheco, Morgan dan lain-lain yang menunggu masa untuk diturunkan. Musim yang menarik untuk Liverpool memandangkan kali terakhir akademi melahirkan pemain pasukan utama adalah sewaktu Carra dan Gerrard keluar daripada akademi.

Kesimpulan

Kesimpulannya, aku rasa boleh bawak bertenang sebab pemilik perlu memungkiri janji mereka yang agak besar iaitu memberikan masa kepada pengurus baru dan membangunkan Liverpool untuk jangka masa panjang. Dia inginkan perkembangan berterusan dan aku rasa apa yang aku tulis diatas layak dimasukkan dalam kategori ni. Selain tu, andainya mereka benar-benar mahu tukar pengurus, mereka perlu keluarkan duit untuk pampasan kontrak BR, bayaran pengurus baru dan masih perlu keluarkan duit untuk tambah pemain. Kalau ikutkan pemilik yang berkira bab duit ni memang tak akan terjadi tapi siapa aku untuk cakap orang tak berubah kan?

YNWA.

11 thoughts on “Jangan Pecat Brendan Rodgers!

  1. aku rasa BR ni ada plan B, dan nampak lebih pantas dalam pecaturan berbanding dalglish yang lewat sgt buat pertukaran dalam keadaan genting( avarage minit 80 baru nak buat pertukaran),

    game pon ada viarasi aku tak nampak tiap tiap perlawanan asyik tiki taka jer kadang kadang ada game macm pass and move style dalglish dulu…. cuma tinggal lagi kalau boleh dapat main counter lagi best

    apa pon buat masa ni sebagai penyokong aku rasa baik berpijak dibumi nyata… standart yang ada liverpool memang mid table punyer team sehingga bulan januari tu pon bergantung ngan tawar ker dak taik idung owner hehehe

    • Well said. BR nampak tau apa dia buat. Tinggal player ada sikit2 lagi kemalasan tu kena buang. Main bawah BR kena rajin. Cuba tengok Swansea main macamana. Penyerang memang aku rasa tiap2 kali ini je cerita selagi belum januari memang takleh nak cakap ape.

      Aku taktau sebenarnya yang kecewa sangat tu kenapa. Musim lepas pun Liverpool teruk. Tak akan tiba-tiba musim ni terus nombor 1 dengan kebanyakannya pemain yang sama dari musim lepas + budak2? Hmm…

      Mintak2 lembut la hati owner bagi duit. Nak tak nak nanti dia kena beli gak penyerang, baik bagi je sekarang at least untuk bantu perlawanan2 lepas januari nanti.

  2. post yg menarik dan terbaik..

    ni adalah pandangan saya mengenai BR. cuba kita tgk swansea pada masa skrg walaupun BR da xde kat situ. tapi kenapa swansea masih lagi dapat memberikan saingan yang hebat? sebab secara dasarnya, BR telah meletakkan batu asas (foundation) yang kuat dlm swansea. Pemain yang sama cuma ada penambahan sedikit tetapi masih lagi majoriti pemain yg sama pernah bermain dibwh BR dulu. tapi berapa lama masa yang diperlukan utk sampai ke tahap tu. hanya masa yang menentukan.

    Liverpool pula bg saya telah terbiasa bermain di bawah sistem yg hampir sama dalam rafa, hogson, mahupun kenny. jadi kemasukan BR memang memerlukan masa yang sedikit pjg disebabkan kebiasaan itu. tetapi, jika dilihat pada cara permainan LFC skg, gameplay itu ada. cara permainan itu ada. bukankah sudah lama kita tidak dapat melihat permainan yang sedemikian? compare dgn permainan yang selalu kita lihat dulu, pass and run. and biasanya pass itu selalunya long ball. betul x?

    kalo cmpare game masa lfc masa di bwh kenny, hanya big game sahaja (etc Man utd, arsenal, Man city, Chelsea) yang kita leh tgk short pass, smple pass, quick game, counter attack tetapi bila lawan team yg lain, corak permainan seperti itu tiada. Tidak konsisten dan tiada variasi permainan.

    saya percaya apa yang dibawa oleh BR. beri dia masa dan dia mampu lakukan. Hanya masa yang menentukan.

    YNWA BR dan semua fan!!

    • Terima kasih sudi komen.

      Betul kata saudara(?) Bila pasukan dah kuat, tak perlu sangat nak buat perubahan. hanya perlu touch-up je. Swansea dah lama sebenarnya main macam tu. Bukan baru mula. Jadi kita pun perlu tunggu sebab bila dah ada 4 pengurus dalam tempoh 3 tahun kan pening pemain.

      Apa yang penting pendekatan dia untuk setiap perlawanan berbeza dan dia mampu buat keputusan penting dalam perlawanan seperti kata brader rabunmerah kat atas..

      Kita tunggu dan lihat. YNWA. IBRWT

  3. masa mula2 BR dilantik aku kurang yakin, tp lepas baca dia punya target, strategi and taktik yang dia and owner nak implement ke dalam team, aku mula yakin. and aku suka sgt dengan cara BR. kepada fans yang nak kejayaan segera tu, aku rasa dorang tu sama ja dengan kebanyakkan fans ManU, glory hunters. aku support Liverpool sejak Houllier. tengok la berapa lama Houllier nak bina team yg menang 6 cups time tu. lepas tu Rafa pulak, 1st season mmg rezeki dia menang CL, tp lepas tu dia amik masa lg untuk bina team yg sgt hebat masa 2008/09. cuma xdak luck nk menang liga sekadar no.2. dengan rekod kalah 2 match sahaja. so aku yakin BR pun boleh bawak team pergi jauh, cuma ambik masa. dia tau apa yg dia buat dan penyokong yg betul2 sayangkan Liverpool akan nampak apa yg dia cuba buat.

    sekarang ni masalah finishing je. kita xdak striker yg ada finishing yang mantop. forward ramai. suarez tu pun bukan striker sebenarnya. dia lebih sesuai main second striker/winger sbb dia lebih banyak create chances. we need someone like owen/fowler/torres/van persie/nistelrooy yang masing2 finishing memang gila mantop! hopefully owner x kedekut duit demi masa depan Liverpool FC.

    lagi 1, kita kena ingat, Fenway Sports Group beli Boston Red Sox tahun 2002 and dorang berjaya bawak Red Sox menang World Title pada 2004. and title tu title pertama Red Sox setelah 86 tahun. haaa. so intention owner ni memang untuk bawak club ni kembali ke puncak. bukan macam perangai Gillett and Hicks dulu. sekian, YNWA!😀

    • Terima kasih sudi tinggalkan komen.

      Dulu Roger Hunt kata rahsia kejayaan dibawah Shankly adalah “we were the fittest team in the country”. Dan sekarang style training BR adalah habis latihan boleh perah baju tengok banyak mana berpeluh. Dan dengan berita tentang Assaidi buat latihan tambahan, nampak betapa BR pentingkan sesuatu dan pemainnya sanggup buat apa saja untuk mencapai target tu. Mungkin sebab tu kot Assaidi belum main BPL? Jadi dalam jangka masa panjang ini sesuatu yang menarik sebenarnya.

      kalau tak ada striker kena main style spain semua midfielder. masalahnya aku rasa pemain tak biasa kot. Sebab tu kosong je kotak penalti tu bila suarez cuba buat serangan..huhu..

      Apapun, kita tunggu dan lihat. YNWA. IBRWT..

  4. just pendapat aku je lahbagi aku taktik ni sgt berkesan..tetapi hanya pada player2 tertentu saja..kemudian kelemahan taktik ini adalah serangan balik(counter attack) dari team lawan secara mengejut pabila kita sibuk pgg bola di atas..ini sgt membimbangkan..lihat game barcelona jikalah mereka kalah..smua nye dari counter attack n set pieces corner dari team lawan..cth lwan celtics ritu n team2 dlm liga bbva..lupa kan men crossing dah..cukup2 da la zaman dalglish buat mcm tuh..

    patut nye byk kan wat deep through pass. utk supply ke suarez..men long pass pun xsalah..janji berani..kdg2 player kita terlalu mengikut taktik smpai tiada ruang bebas utk bermain cara sndiri..tgk hasil gol dri suarez lwn newcastle ritu..sgt classic mcm era benitez men..so mix kan smua tatktik..jgn tumpu pada taktik pgg bola n passing selamat smpai kurang utk try shooting dlm box n passing through pada target man..lihat joe allen passing selamat mcm tu mmg smua org bleh buat..siap bleh buat 100% rate passing aih..tpi buat yg lebih berbahaya dn lebih kepada chance utk goal..

    jauh2 kan la men crossing ni..winger kita x accuracy mcm zaman riera,n babel..skang downing cuma ada speed ja..passing n assist zero % rate aku kasi dia..

    • Sori tak perasan komen ni.

      Memang itu kelemahan strategi ni. Tapi biasala…risiko tinggi pulangan pun tinggi😉

      Bab ni aku taktau nak komen camna sebab pemain je yang tau BR suruh buat apa. Takleh jugak kalau semua main macam Suarez. Berterabur nanti. Yang aku paham sekarang kita main dengan tersusun sampailah ke kawasan lawan. baru ada ruang untuk kreativiti. Allen tu tunjang utama. Penyambung dari pertahanan ke bahagian tengah. Kalau dia tak main selamat, Liverpool pun tak selamat.

      Riera ngan Babel accurate ke? Kenapa aku still ingat ramai jugak kata diorang ni flop? Kita dah lama takdak winger power macam McManaman. Boleh sebenarnya main cross. Tapi bukan cross tinggi. Cutback. Low cross. Tapi midfielder kena penuhkan kotak penalti baru berkesan. High risk. High reward😉

      Btw, terima kasih sudi kongsi pandangan🙂

      YNWA.

    • Salam…

      Selamat datang! Terima kasih banyak-banyak. Harap sudi singgah lagi dan mungkin berkongsi pendapat dengan yang lain-lain di sini. YNWA.

  5. tak perlu memikirkan,membandingkan Brendan rodgers dengan mana-mana pengendali sebelum ini walhal kenny sendiri.Dalam bolasepak moden,jika anda mahu memenangi trofi,skuad anda haruslah stabil.arsenal dan united boleh menjadi kayu ukuran.arsenal tidak pernah menang liga kerana terlalu bergantung dengan pemain muda.ferguson memerlukan hampir 10 tahun untuk menjadi king di england.kesimpulannya anda tidak akan memenangi liga dengan budak2…beri rodgers masa..untuk membawa kelab bolasepak paling berprestij di dunia ini ke mercu kembali..rodgers harus mengadunkan barisan berpengalaman dengan bakat muda.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s