featured image liverpool 1-1 newcastle

Liverpool 1-1 Newcastle United


Muka Depan Ulasan Liverpool 1-1 Newcastle

Salam dan selamat sejahtera. Lama gila tak jenguk blog. Berapa perlawanan dah terabai tanpa ulasan. Aku mintak maaf kalau ada yang jenguk blog ni tapi terpaksa tekan pangkah dengan hampa. Aku terpaksa tumpukan perhatian pada benda lain untuk beberapa minggu. InsyaAllah mulai perlawanan ni aku akan mula kemaskini seperti biasa.

Separuh masa pertama

Akhirnya, lega dapat tengok perlawanan yang tak berat sebelah dari segi pengadilan. Liverpool bermain dengan baik dalam perlawanan ni. Jangan biar keputusan atau statistik menipu korang yang tak tengok perlawanan ni. Liverpool bermula dengan garang. Sentiasa menyerang dan nampak kesungguhan untuk cari gol pertama. Berbeza dengan perlawanan-perlawanan sebelum ni dimana Liverpool lebih rileks dalam mencari gol. Mungkin ada perubahan dari segi taktikal Liverpool. Mungkin Liverpool cuba bermain secara terus lebih dari sebelum ini. Itu yang aku nampak.

Gol Newcastle sebenarnya melawan arus permainan. Liverpool yang sedang menguasai permainan dan nampak lebih berbahaya tapi Ben Arfa yang berjaya melepasi Enrique dan Sterling di sebelah kiri mengubah dinamik permainan. Bola yang dihantar ketengah sampai kepada Cabaye yang tidak dikawal. Pemain Liverpool lambat rapat dan Cabaye melakukan voli yang cantik untuk gol Newcastle.

Orang selalu cakap Suarez suka jatuhkan badan. Sebenarnya setiap pasukan ada pemain macam ni. Newcastle ada Jonas brothers. Si Jonas Gutierrez ni memang aku duk perati dari dulu. Minit ke-15 jelas Sahin dapat rampas bola daripada dia tapi dia jatuhkan badan dan dapat sepakan percuma. Memang bukan benda besar. Sebab bukan Suarez kan?

Aku rasa ini perlawanan yang Allen paling banyak lepas bola. Aku siap tenyeh mata sebab tak percaya apa yang aku nampak. Mungkin Allen dah penat sebab dia memang banyak kawal bola. Kerja dia bawak bola dari bawah bagi kat atas. Dan biasanya dia sorang yang ada antara bahagian atas dan bawah. Tapi yang aku kagum, dengan badan dia yang kecik tu dia boleh tolak pemain-peman yang lebih besar dari dia. jauh lebih besar! Macam Demba Ba dalam perlawanan ni.

Aku rasa yang menyerlah dalam separuh masa pertama adalah Suso. dia banyak bertukar hantaran dan buat hantaran-hantaran yang menarik. macam tak percaya yang awal musim dulu ada ura-ura ramai pemain muda nak keluar ke kelab lain tapi sekarang Suso dan Sterling dalam pasukan utama. Serius aku ingat Suso akan jaringkan gol dalam perlawanan ni dan dia hampir je dapat gol pada minit ke-40 apabila dia membawa bola dari bahagian kanan ketengah menewaskan 3 orang pemain lawan sebelum rembatannya dihalang.

Separuh masa kedua

Sangkaan buruk aku terhadap Jonas memang terbukti apabila dia berlakon jatuh minit ke-57 tapi kali ni pengadil tak tiup wisal. Tapi masih tak ada kad. Sebabnya? Bukan Suarez? Hmm. Sebenarya banyak cubaan Liverpool tapi tak larat nak cerita satu-satu. newcastle ada la beberapa kali kot. Waktu minit ke-60 Suarez terlepas bola waktu cuba buat serangan dan Newcastle buat serangan kilat dan pemain Liverpool nampak lambat dapatkan bola balik. Dan minit ke-78 sekali lagi Newcastle buat serangan kilat. Waktu tu memang rasa macam berhenti jantung aku sebab pemain Liverpool sangat-sangat lambat cuba dapatkan bola balik. Nasib baik Ben Arfa rembat tak cantik. Jones tangkap dengan mudah.

Akhirnya pada minit ke-66 Enrique menghantar bola jauh keatas. Mula-mula aku dah nak marah pasal buang bola. Sejak bila Liverpool suka main hantar jauh aku pun tak tau. Tapi bila tengok Suarez kat depan aku tak jadi marah. Lepas tu dia tahan pakai bahu. Wah! Tahan sekali lagi. Wah! Lepas Krul! Gol! Gile kentang la Suarez ni. Daripada tak ada apa-apa boleh jadi gol. Memang penyelamat! Tapi nampak Liverpool tak ada penyerang bila Suarez bawak bola ketepi tak ada siapa dalam kotak penalti. Memang kena carik sorang dua penyerang Januari nanti.

Liverpool ada banyak peluang untuk menang dan Newcastle memang nampak nak satu mata je sebab baru minit 60 dah mula lambat-lambatkan permainan. Penguasaan pun Liverpool pegang sampai 65%. Nampak sangat nak seri je. Minit ke 69′ Liverpool hampir dapat gol bila Suarez berjaya melepasi Coloccini di sebelah kanan. Dia tolak bola ketengah untuk Shelvey tapi tak sampai kaki agaknya. Perlahan je dia tolak bola dan Krul tangkap dengan mudah.

Minit ke 75 Suarez memulakan serangan kilat dan nampak macam ada harapan nak gol. Dia hantar bola ke Sterling di sebelah kanan tapi Sterling ambil masa terlalu lama untuk buat cubaan dan Taylor dapat halang rembatannya. Minit ke-83 Coloccini kena kad merah. Ramaila kata liverpool ni bayar pengadil jugak ke? Aku mengaku aku pun terkejut mula-mula. Tapi bila tengok ulang tayang memang dia nak tapak belakang kaki Suarez. Walaupun kena sikit je tapi niat dia tu takde lain selain nak cederakan Suarez.

Minit ke-87 sepakan percuma gerrard dapat pada Shelvey yang tak dikawal tapi rembatannya lemah terus ke dakapan Krul. Minit ke-89 Shelvey sekali lagi dapat peluang untuk jaringkan gol. Tapi tandukannya terus ke Krul.  Peluang akhir Liverpool adalah pada minit ke-93. Sepakan percuma Suarez terkena pemain Newcastle dan melambung dengan pelik sebelum ditanduk Shelvey tapi bola melambung sedikit tinggi melepasi palang.

Kesimpulan

Liverpool dah main dengan baik. Lebih ‘direct’. Nampak bahaya dan rasanya tunggu masa je nak menang perlawanan dengan meyakinkan. Tapi dengan syarat setiap perlawanan kena la main bersungguh macam perlawanan ni. Kapten fantastik Steven Gerrard yang bermain dalam perlawanan ke-600 untuk Liverpool pun nampak bersungguh dalam perlawanan ni. Nampak dia cuba sedaya upaya cari gol. Berapa kali dia cuba rembat tapi dihalang pemain lawan. Dia banyak kejar pemain lawan untuk dapatkan bola balik. Dan hantaran-hantaran dia memang menakjubkan terutama sekali pada minit ke 84 untuk Sterling yang jauh dihadapan. Semoga kapten kita teruskan prestasi cemerlangnya lepas ni dan semoga kita dapat tengok sesuatu yang istimewa daripada pasukan kesayangan kita musim ni🙂

4 thoughts on “Liverpool 1-1 Newcastle United

  1. selamat kembali bro….

    liverpool betul betul perlukan penyerang skang ni, kene kasi ringan kan beban suarez

    walaupon bola hantaran enrique bikin gol, tapi kebanyakan main banyak bikin huru hara aku rasa dia betul betul perlu turunkan berat badan…main bola tapi simpan badan mcm nak main wrestling…

    wisdom lak nampak belum meyakinkan kat sebelah kanan…dia tak reti menyerang kene banyak belajar ngan johnson lebih skit

    allen penat, gerrad lebih banyak kedepan dan direct mungkin hadiah yang BR bagi kat dia kebebasan untuk lebih direct dan menyerang mcm yang selalu dia suka…

    • Terima kasih bro…heheh..

      Memang sangat perlukan penyerang. BR pun cakap takde orang isi tempat penyerang waktu Suarez create chances. Harap kali ni owner tak kedekut sangat.

      Hmm. Waktu tengah top form memang aku tak nafikan dia antara leftback yang terbaik. Tapi bila tak form, nampak kaki kanan dia yang tak berapa nak idup tu bawak masalah. Dia suka guna kaki kiri untuk rampas bola, buat pusingan dan lain2 walaupun kadang2 dia kena pakai kaki kanan tapi dia tak pakai jadi banyak lepas bola. Dari dulu aku tengok tapi macam yang aku kata. Waktu tengah form susah nak lepas dia. Tapi waktu tak form..memang masalah…

      Wisdom masih mentah lagi. Kualiti ada dah. Tambah sikit lagi.Aku pernah banding dia dengan Kelly. Dia macam tak berani nak cross walaupun dah sampai depan. Dia lagi selesa tarik bola kebelakang balik. Aku taktau kalau itu arahan untuk dia dari BR ke apa. Tapi nampaknya bahagian kanan Liverpool dah solid bagi aku. Johnson, Kelly, Wisdom. Belah kiri lak kena setelkan.

      Tengok cara Liverpool main kadang2 bahagian atas dengan tengah tu jauh sangat sampai styriker tinggal sorang kat atas. Takde bantuan. Kalau ada Allen + Sorang pemain tengah bertahan macam Lucas Gerrard boleh naik tanpa risau untuk bantu defender.

      Apapun aku rasa bertuah sebab dapat hidup zaman Liverpool ada Steven Gerrard!🙂

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s