featured-image-norwich-2-5-liverpool

Norwich 2-5 Liverpool. Enigma Suarez.


Muka Depan Ulasan Norwich 2-5 Liverpool

Salam dan selamat sejahtera. Liverpool dah menang! Tapi waktu ni la Astro buat hal. Tak pasal-pasal je terlepas gol pertama. Boleh lak dia tunjuk lambat. Minit ke sepuluh kot baru nak tunjuk. Sibuk tunjuk temuramah dengan penunggang motosikal besar yang baru lepas sesi kelayakan. Bukan lepas lumba pun. Hampeh betul. Dah separuh masa baru dapat tengok gol pertama. Memang menyirap aku waktu tu. Nasib baik Liverpool menang. Kalau tak, dah mengamuk dah kat Astro..huhu~

Lambat aku buat ulasan minggu ni. Sebabnya sibuk dengan kenduri sedara aku kat Parit Buntaq. Takpela. Banyak blogger Liverpool yang lain kan? Kena la rajin-rajin lawat blog Liverpool kat Malaysia ni. Aku pun tengah mencari lagi blog-blog lain. Kalau ada boleh la bagitau aku. Ringkasan untuk ulasan ni adalah Suarez jaringkan hatrik. Sahin dan Gerrard juga dalam senarai penjaring. Suso dan Wisdom dalam kesebelasan utama.

Video

Separuh masa pertama

http://www.dailymotion.com/video/xtywkd_ncfc-vs-lfc-1st-half-29-09-2012_lifestyle

Separuh masa kedua

http://www.dailymotion.com/video/xtyxpi_ncfc-vs-lfc-2nd-half-29-09-2012_lifestyle

Gol dan highlight

http://www.dailymotion.com/video/xtyuc9_liverpool-vs-norwich-city-5-2-all-goals-and-highlights-epl-29-9-2012_sport

Tiki-taka BR

http://www.dailymotion.com/video/xtyzb3_rodgers-tiki-taka-vs-norwich_lifestyle

Suarez

Seorang pemain yang pelik, misteri dan macam-macam lagi. Waktu aku rasa dia kurang jaringkan gol, dia jaringkan gol. Waktu aku rasa dia kurang buat rembatan dari jauh, dia rembat dari jauh. Bukan aku je pelik. Aku rasa pemain dan pengurus lawan pun pening nak buat perancangan. Sebab tu dia masih diperlukan di Liverpool. Dia sukar dibaca.

Gol pertama dia berlari ke kanan dan merembat ke kiri. Gol kedua dia merampas bola daripada pemain pertahanan, tolak bola celah kaki, dan guna bahagian luar kaki untuk jaringkan gol. Gol ketiga, dia tenang menerima bola dan melencongkan bola dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol. Apa motivasi dia untuk lawan Norwich pun aku tak tahu. Mungkin sebab musim lepas dia jaringkan hatrik jugak kot. Jadi Norwich dah jadi pasukan kegemaran dia untuk jaring hatrik.

Dia juga patut dapat penalti. Pertahanan Norwich jatuhkan dia dalam kotak penalti. Tapi pemain lawan sekarang pun dah pandai. Dia angkat tangan untuk mengatakan dia tak buat apa-apa. Tapi dengan tangan tu jugak dia siku Suarez sampai jatuh. Pengadil makin lama makin mengarut. Diorang tak boleh mengadili perlawanan dengan membawa reputasi seseorang pemain tu kedalamnya. Pemain sepatutnya diadili mengikut perlawanan itu sendiri sahaja.

Aku tak tau apa hasil pertemuan Brendan Roders dengan Mike Riley hari tu. BR pergi untuk mendapatkan penjelasan daripada persatuan pengadil. Ada perubahan ke? Kita masih tak dapat penalti utnuk kesalahan jelas. Cuma beza untuk minggu ni adalah MU pun tak dapat penalti. Mungkin depa kata kita jelas sangat bagi MU penalti. Orang dah sedar. Kita mesti cover balik! Hahaha…itu dalam kepala aku lah. Bila orang dah tengok macamni, diorang akan kata “oh..pengadil tak sokong MU la. Tengok! Diorang kalah!” Maka Teori Konspirasi Pengadil MU dapat diteruskan seperti biasa..huhu~

Taktik dan pemain muda

Sebelum aku bercerita pasal taktik, aku nak sentuh sikit pasal keberanian BR dalam memilih pemain. Dah lama rasanya penyokong-penyokong Liverpool tunggu kelahiran bintang baru dari akademi. Dan rasanya sekrang semua dah boleh bersorak gembira sebab nampaknya Sterling, Suso dan Wisdom akan mendapat banyak peluang musim ni.

Sterling boleh kata macam pemain utama dah dalam pasukan Liverpool sekarang. Kelajuan dia, kelicikan dia memang susah nak dibendung. Dia menjadikan serangan di bahagian tepi tu benda yang menarik dan setiap kali dia dapat bola semua orang teruja dan mengharapkan dia menggelecek beberapa pemain dan kemudian menghasilkan gol. Aku tengok dia makin mantap. Dia tahu bila nak lari, bila nak bagi pada orang lain dan pemain senior pun tahu kemampuan dia dan mula hantar pada dia untuk mulakan serangan (gol kelima Liverpool)

Suso pun dah mula dapat kepercayaan BR. Tak pelik sangat bagi aku. Sebab apa yang aku nampak, Suso ni pun macam Allen. Dari segi fizikal dan teknikal. Dalam perlawanan ni ketepatan hantarannya adalah 87.8% manakala Allen 95.8%!!! Mungkin dia nampak lebih berbahaya berbanding Allen sebab dia bermain sebagai pemain menyerang manakala Allen lebih kepada pemain tengah bertahan, tapi aku rasa Allen sama bahaya atau mungkin lebih bahaya daripada Suso apabila dia main dalam posisi yang lebih tinggi. Apapun, Suso adalah jenis pemain yang BR suka dan aku pasti dia akan banyak dapat peluang musim ni.

Wisdom merupakan seorang lagi pemain muda yang diserapkan kedalam pasukan utama dalam perlawanan ni. Dengan ketiadaan Kelly yang cedera dan Enrique yang kurang menyerlah, Wisdom diberi kepercayaan untuk bermain di bahagian kanan walaupun dia biasanya bermain di bahagian tengah. Bagi aku dia sesuai di situ. Dia kuat, bertenaga, laju. Cuma perbezaan dia dan Kelly adalah dia kurang gemar membuat hantaran lintang. Apa yang aku nampak dia lebih suka membuat hantaran kepada pemain lain yang berhampiran manakala Kelly lebih suka membuat larian tepi dan menghantar bola-bola yang berbahaya. Mungkin satu kelebihan dan mungkin satu kekurangan. Kelebihannya, bola tak disia-siakan.

Kalau betul BR nak beri peluang kepada sesiapa yang menyerlah, nampak nya musim ni ramai pemain senior duduk luar dan main untuk Piala Liga je..heheh.. Dan kemungkinan pemain muda yang lain seperti Morgan, Yesil, Ngoo, dan Sinclair juga akan diberi peluang. Betul la seperti kata-kata di twitter, pemain muda ni macam tunggu bas. Waktu tunggu tak datang tapi bila datang berduyun-duyun pulak. Waktu yang menarik untuk Liverpool sekarang.

Secara jujurnya aku taktau taktik apa yang digunakan BR. Ramai yang kata tiki-taka. Tapi aku rasa lagi sesuai la panggil Pass & Move sebab itu memang tradisi Liverpool. Aku ada terjemahkan taktik tiki-taka BR dalam entri Brendan Rodgers = Jose Mourinho + Pep Guardiola. Secara asasnya, prinsip sama digunapakai oleh BR. Ada komen di FB berbunyi “pegang bola tapi tak macam nak ke depan pun”.

Dari apa yang aku faham, konsep BR adalah untuk menilai peluang menyerang. Bukan main redah je. Tujuannya untuk memegang bola dengan lama sebab tanpa bola pemain lawan tak boleh menyerang dan Liverpool ada peluang untuk jaringkan gol. Kenapa asyik hantar ke belakang? Menurut strategi yang dia gunakan, seandainya serangan tak berjaya dilakukan contohnya di sebelah kiri, pemain perlu kitar semula (recycle) bola dengan menghantar ke belakang untuk mulakan serangan lain. Sehinggalah mereka berjaya mencari ruang untuk buat serangan. Sebab itu dia menekankan kemahiran pemain untuk menilai sesuatu serangan. Contohnya gol terakhir Liverpool dalam perlawanan ni.

Nak bagi senang faham. Kalau main FIFA/PES cuba korang main hantar-hantar banyak kali. Ada satu masa pemain lawan akan membuka ruang dan waktu tulah waktu terbaik untuk jaringkan gol. Mungkin itu yang BR cuba lakukan..heheh.

Dalam sistem ini juga penjaga gol perlu kerap keluar dari kawasan gol dan buat hantaran pendek kerana hantaran jauh sangat membazir dan keberangkalian untuk dapat ke pemain sendiri adalah rendah. Pemain juga akan kerap hantar kebelakang dalam keadaan tertekan kerana itu lebih baik daripaa kehilangan bola dan pemain pertahanan tengah yang bertindak sebagai libero (baca artikel yang aku pautkan tadi) boleh nampak semua pemain yang ada dihadapan mereka jadi mereka boleh menilai lebih baik apa yang perlu dilakukan. Contohnya larian Agger dan hantaran cantik untuk Suarez sebelum dia menjaringkan gol kedua.

Harap dapat membantu sedikit sebanyak kepada sesiapa yang kurang faham. Tapi kalau ada yang aku tersilap terang boleh tegur. Aku pun ikut apa yang aku faham. Mungkin ada orang yang lebih faham boleh tolong aku pulak😉 Yang penting musim ni aku kurang jerit “apesal bagi bola kat orang!!!!!”, “kalau orang tengah kerumun jangan la pass!!!” sebaliknya banyak jerit “woah!”, “perghhh!” dan nama budak-budak baru pasal teruja sangat..heheh. Apapun, teruskan menyokong dan jadilah penyokong terbaik antara yang terbaik. YNWA.

Mintak maap entri panjang sangat🙂

3 thoughts on “Norwich 2-5 Liverpool. Enigma Suarez.

  1. aku rasa pendekatan rodgers lebih pada tiki taka, tapi bila aply jadi pass and move,

    biasa ahh dah tabiat player liverpool… bukan senang nak tukar tabiat

    kekurangan liverpool ialah hantaran masih lambat, sepatutnya lebih cepat sedikit, kat sini lah perlunya ada skill baik kat otak ataupon kaki yg pantas… kalau dapat didik pon mungkin player muda2 kalau flexsi skit mungklin gerrad yang ada sifat professional yang tinggi lain lain vateran aku rasa kirim salam lah nak berubah jadi player tiki taka

    dari segi serangan aku rasa tiki taka memang sesuatu yang misteri sebab boleh membuahkan hasil yang banyak jugak dari segi serangan dan gol..

    .tapi kelemahanya ialah bila kene counter, memang tercirit kalau defander slow dan vateran memang jadi kelakar gamaknya, bab ni aku rasa skertel ngan agger kalau nak compare ngan pique dan tarzan barcelona memang sgt jauh kelajuan mereka

    aku rasa sistem ni akan membuah kan hasil lagi 2 3 tahun dengan syarat pengurus dan player muda yang ada kekal dan pemain vateran sedikit demi sedikit digantikan dengan player yang sesuai dengan sistem ni dan akhir sekali sedikit bergantung pada FA England sebab nampak sgt liverpool selalu sgt dianak tirikan dorang ni….

    apa pon pada aku kemenangan dengan Norwich ni hanyalah batu loncatan untuk memberi keyakinan pada player Liverpool kalau kita boleh score dan defand dengan baik refree pon tak boleh tolong pihak lawan…penalti aku rasa lupakan saja betul kata rodger jangan berlakon lagi…pasal tak berlakon pon tak dapat kalau berlakon lagi ler tak dapat. Liverpool bukanya pasukan setan merah…jatuh kena tiup angin pon dapat penalti( kalau lawan liverpool lah keh keh)

    • Heheheh….aku rasa BR dah ada sebelah mata pada skuad muda sekarang. Tinggal slow2 nak ganti player veteran je. Aku rasa la….hahah…

      Skuad suatu hari nanti…time ni Allen dah jadi kapten kot :-p

      Gulacsi
      Wisdom Kelly Coates Robinson
      Hendo Shelvey Allen
      Suso Yesil Sterling

      ^ Aku memang suka berangan macam kat atas ni🙂

      Bab referee tu memang takleh cakap apa. Kita rasa tertekan sebab Liverpool sendiri tengah kucar kacir nak carik point pun susah. Ref pulak tambah tekanan. Aku yakin bila dah start menang nanti kurang la cerita pasal ref ni😉

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s