featured-image-wba-1-2-liverpool

WBA 1-2 Liverpool


Salam dan selamat sejahtera. Aku pasti ada antara korang yang tak tengok perlawanan ni dan waktu paginya bila baca FB atau twitter korang menyesal bila orang semua cakap perlawanan ni menarik kan? Tambah pulak Sahin jaringkan 2 gol. Satu dari jarak jauh dan satu lagi hasil permainan cantik Liverpool yang dimulakan oleh Suso.  Tambah bengang bila siaran tertunda pukul 7 pagi waktu nak pergi kerja dan siaran ulangan pukul 5 petang waktu orang balik kerja…hehehe…

Tula, aku ulang lagi sekali. Jangan terlepas tengok mana-mana perlawanan Liverpool kalau tak nak jadi macam ni lagi (melainkan korang dah tukar sokong pasukan lain. Pfft!). Kepada yang terlepas tu aku letakkan video yang tersebar kat Facebook untuk memudahkan korang tengok.

Sahin

Sahin merupakan nadi utama Liverpool dalam perlawanan ni. Walaupun dia main dengan Henderson yang juga main dengan baik, dia lebih menonjol. Sebab utamanya adalah dia jaringkan kedua-dua gol Liverpool. Dia dan Henderson selalu ke bawah membantu pemain pertahanan yang sedang memegang bola dan membantu merampas kembali bola daripada pihak lawan. Aku suka keseimbangan yang ada antara dua pemain ni. Sama macam keseimbangan Hendo dan Shelvey. BR ada masalah lepas ni untuk pilih pemain tengah tapi masalah yang positif la..heheh.

Yesil

Boleh tahan jugak budak ni main. Walaupun tak jaringkan gol. Dia banyak buat larian dan dia ada buat percubaan kearah gol yang patutnya masuk gol tapi apa pelik tah Foster tahan masuk bawah kangkang lepas tu melambung melepasi palang. Aku pun hairan tengok. Dia tak takut untuk bawa bola. Berbanding dengan perlawanan pertama Adam Morgan dulu yang nampak sedikit gugup. Yesil jugak banyak dapat pintas bola-bola daripada pemain WBA. Untuk perlawanan pertama dengan pasukan utama kira okay la bagi aku.

Assaidi

Tempat kedua untuk MOTM bagi aku. Assaidi memang terbaik dalam perlawanan ni. Aku rasa kebanyakan cubaan menggelecek dia berjaya lepas pemain pertahanan WBA. Dia ada peluang untuk jaringkan gol apabila dia menerima bola daripada Pacheco. Dia berjaya menggelecek seorang pemain pertahanan tapi dia merembat rendah dan perlahan. Kalau laju sikit dah tentu masuk gol. Tak apa, sebab aku seronok Liverpool dah ada 2 pemain sayap yang berbahaya!!!! (+Sterling). Tak sabar nak tengok dia dan Sterling main sekali.

Pacheco

Pacheco nampak berguna sikit dalam perlawanan ni. Dia membantu serangan dan sekali sekala turun membantu pertahanan dan ada beberapa kali dia berjaya rampas bola semula waktu WBA menyerang. Dia juga ada membuat beberapa percubaan. Ada yang terkena palang dan ada yang ditahan pemain WBA. Aku ada cakap haritu Pacheco tak hidup sebab tak main dengan kekuatan dia. Dalam perlawanan ni, Liverpool main hantaran pendek dan laju. Memang dia suka la.

Suso

Dia masuk separuh masa kedua dan nampak kesan serta merta apabila dia memulakan serangan yang menghasilkan jaringan kedua Sahin dan Liverpool. Sebaik dia menerima bola (tak ingat daripada siapa, Hendo atau Downing) dia terus berlari kearah gol. Dia mengacah untuk merembat , pemain pertahanan WBA tertipu dan dia melorongkan bola untuk Assaidi di sebelah kiri yang terus melorongkan bola melintasi penjaga gol dan Sahin dengan bergayanya menolak bola masuk sedikit tinggi untuk melepasi Foster yang merebahkan badan. Hmm…lagi sorang pemain tengah berbakat. Kalau macam ni gaya kena main tak ada penyerang macam SPain baru best ni :-p

Secara Keseluruhan

Liverpool bermain dengan baik. Tempo tinggi, hantaran kemas. Aku berani cakap skuad ni lagi hebat dari skuad utama. Walaupun hanya lawan WBA dalam piala liga, pasukan yang diturunkan Steve Clark adalah pasukan yang kuat. Tak percaya tanya siapa-siapa yang tengok perlawanan ni. Pemain pertahanan bermain baik untuk mengekang Lukaku yang bapak besar tu. Pemain tengah sangat cool dan pemain sayap sangat mengancam. Jadi tak rasa sangat ketiadaan penyerang berbisa dalam pasukan Liverpool.

Dalam aku gembira aku risau jugak. Adakah skuad sekarang tak dapat mengadaptasi strategi BR? Boleh nampak pemain muda dengan mudah ikut taktik ni. Adakah kerisauan aku tentang Stevie G tak sesuai dengan taktik BR tu betul? Adakah BR akan terus gunakan pemain muda? Adakah dia akan memilih pemain yang menyerlah berbanding senioriti? Banyak persoalan dalam kepala aku. Sampai pening aku fikir. BR je ada jawapannya. Kita sebagai penyokong? Tengok dan nikmati sahaja😉

Pengadil yang tak konsisten

Sebelum aku lupa, aku nak sebut jugak pasal pengadil. Punyalah tak konsisten. Mulumbu buat terjahan keras keatas Hendo tak dapat kad. Hanya amaran. Wisdom yang dapat bola diberi kad kuning. Nak lagi sedap cerita,beberapa minit lepas Mulumbu dapat amaran tu dia kena kad sebab tolak Sahin masa berebut bola di udara. Sepatutnya itu kad kuning kedua!!! Takkan sebab Hendo tak berlakon guling-guling pengadil taknak bagi kad? Tak perlu kot sampai macam tu.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s