featured image liv 1-2 mu

Liverpool 1-2 MU.


Salam dan selamat sejahtera. Tak boleh tidur pulak pagi-pagi buta ni. Separuh sebab perlawanan tadi dan separuh lagi sebab teguk nescafe sebelum tidur..huhu~ Perlawanan ni aku rasa takkan aku lupa atas beberapa sebab. Salah satunya adalah sebelum perlawanan ni ada penghormatan untuk 96 mangsa Tragedi Hillsborough. Kedua-dua pasukan pakai jaket dengan nombor 96 di belakang. Banyak lagi sebenarnya yang diorang buat dalam sesi penghormatan ni tapi Astro ni tunjuk sikit je. Hampeh betul. Evra dan Suarez bersalam. Tapi Evra masih dengan muka berlagak dia. Sebelum sepak mula penyokong ramai-ramai nyanyi YNWA tapi ada jugak suara-suara sumbang yang mengacau.

Liverpool ambil masa sikit sebelum dapat mengawal permainan. Lepas dah kawal tu MU terus tak boleh buat apa. Semua main dengan baik. Stevie G yang sebelum ni kurang menyerlah pun dah kembali ke prestasi asal. Ini perlawanan yang istimewa untuk dia. Bukan sahaja sebab dia memang benci MU dan suka jaringkan gol lawan diorang ni. Tapi juga sebab John Paul. Sepupunya yang terkorban waktu Tragedi Hillsborough dulu. Nampak dia main bersungguh-sungguh dan daripada cara dia meraikan gol boleh nampak kepuasan dia waktu tu. Kebenaran telah terbongkar. Gol untuk John Paul. Sayangnya dia tak dapat hadiahkan kemenangan untuk John Paul dan yang lain. Bukan salah dia atau pemain-pemain lain. Bukan salah Brendan Rodgers atau staf-stafnya. Bagi aku pengadil yang membunuh perlawanan ni.

Terjahan 2 kaki, kelahiran pengganti Steven Gerrard?

Kepada yang terlepas perlawanan ni, Shelvey telah diperintahkan keluar padang apabila dia dikatakan membuat terjahan menggunakan kedua-dua belah kaki. Keputusan berat sebelah daripada pengadil. Kepada penyokong kelab lain yang nak cakap, “Alah, balik-balik salahkan pengadil!” baca dulu apa aku nak cakap. Kalau korang tengok balik ulangtayang, jelas kedua-dua pemain membuat terjahan pada masa yang sama (50-50) dan mereka menggunakan kedua-dua belah kaki untuk membuat terjahan. Bezanya? Evans berguling-guling macam budak mintak mainan tak dapat dan Shelvey terus bangun untuk kejar bola. Kalau nak ikutkan, Shelvey terjah guna sebelah kaki je. Sebelah lagi jauh daripada Evans pun. Evans pulak memang terang-terang guna 2 kaki untuk terjah bola. Kaki kir dia siap menghala ke bawah lagi. Evans punya kaki dua-dua menghala ke kaki Shelvey. Dan jangan percaya bulat-bulat apa orang tua Ferguson tu cakap sebab Shelvey dapat sentuh bola. Kalau betul keputusan tu untuk menghukum terjahan berbahaya, mereka berdua patut diberikan kad merah. Bukan Shelvey sorang je.

kad merah shelvey

Ni Amy Stevie G share kat FB…siapa tackle 2 kaki? Cuba bagitau aku…

Makin lama makin mirip Stevie G si Shelvey ni. Terjahan keras, kad merah, boleh jaring gol…semua katakunci dalam kamus hidup Steven Gerrard. Aku tak kata aku teruja sebab ada pemain keras kepala, panas baran dan suka buat terjahan keras. Aku lebih kepada teruja sebab ada pemain dalam acuan SG8 dan memandangkan SG8 masih lagi di Liverpool, dia boleh bimbing JS33 untuk jadi lebih baik daripada dia. Benda macam disiplin boleh diajar, tapi keberanian dan semangat tu diri sendiri je boleh hasilkan😉

p/s : Umur Shelvey baru 20 tahun!!!!

Suarez dan penalti

Sekali pengadil dah cop kau sebagai penyelam..eh? Penjatuh badan? perebah badan? Palokan tambahan? Arghh! Diver la senang. Sekali pengadil dah cop sebagai diver sampai sudah la tak akan dapat penalti. Melainkan terjahan tu jelas macam muka kat kaki/tarik seluar sampai londeh. Kalau tak jangan harap! Berbeza dengan MU. Valencia yang berlakon macam tu pun boleh dapat penalti. Sangat sakit hati waktu ni. Lagi-lagi jadi gol kemenangan. Sebelum ni pun diorang ada berlakon jugak. Perlawanan mana tah. Beriya kata nak banteras benda-benda ni. Habuk pun tarak. Suarez dah tau benda ni kena buat sesuatu. Samada berusaha untuk tak jatuh atau berlakon dahsyat lagi..muahahah! Ok. Aku gurau. Berat sebelah kepada MU sangat jelas. Penyokong MU sendiri pun ada yang mengaku. Cuma segelitir je yang buat-buat tak nampak dan cakap penyokong Liverpool selalu nak salahkan pengadil je. Dah memang salah pengadil nak salahkan siapa lagi?

Suso dan Allen

Suso masuk menggantikan Borini untuk separuh masa kedua. Borini bengkak buku lali katanya. Aku rasa BR pun dah mula suka kat mamat ni sebab dia main dengan baik dalam perlawanan sebelum ni. Waktu dia main aku tengok dah macam ada 2 orang Joe Allen dah…huhu~ Dua-dua mempunyai kemahiran teknikal yang baik. Apa yang aku dapat ingat balik adalah kemahiran Suso menggunakan badan untuk melindung bola daripada lawan dan kemahiran membuat hantaran membelah bumi. Ok. itu over. Tapi dia memang suka buat hantaran macam tu. Dia pandai baca larian penyerang. Allen pulak dalam perlawanan ni ada naik untuk bantu serangan dan makin nampak la samanya dia dengan Suso. Dia pun ada buat hantaran macam Suso buat. Memang terbaik la kalau Suso dengan Allen bahagian tengah. Tapi kena ada seorang pemain jadi pemain tengah bertahan macam Lucas supaya diaorang boleh naik bantu serangan. Hasil gerakan cantik Suso la SG8 dapat jaringkan gol untuk Liverpool.

Liverpool dan nasib malang

Bagi aku Liverpool dah buat yang terbaik. Aku tau dah biasa dengar ayat ni tapi memang betul. Sebelum Shelvey keluar, MU jarang pegang bola. Liverpool mengawal permainan. Dan yang paling bestnya, walaupun dah tinggal sepuluh orang, Liverpool masih boleh kawal permainan. Dan masih menyerang walaupun nampak lebih berhati-hati. Pendekatan yang baik oleh BR. Keutamaan BR adalah untuk ubah cara Liverpool main. Balik ke cara Liverpool. Dan kemenagan akan menyusul. Swansea sampai ketahap sekarang pun bukan satu dua musim. Barcelona tak payah cakap la. Jadi kita nikmati la permainan yang baik dan penampilan pemain-pemain muda yang menarik setiap kali Liverpool diatas padang. Macam aku cakap dulu, kalau rasa dah tak berbaloi nak tengok perlawanan Liverpool, tak payah tengok. Bukan wajib pun. Kawan kutuk? Tak mati pun.

Pesanan Khas

Aku dah berkali-kali cakap. Banyak jenis penyokong bola sepak kat dunia ni. Aku harap pembaca-pembaca blog aku ni jadi antara yang terbaik. Bukan kat Malaysia je masalah ni. Kat England pun sama. kalau tak tak akan ada penyokong Liverpool yang ejek penyokong MU berkenaan Munich dan penyokong MU yang mengatakan 96 tak cukup. Kesimpulannya, penyokong macam ni ada di mana-mana. Kalau rasa tergolong dalam kumpulan tu masih belum terlambat untuk berubah. Tapi kalau rasa seronok mencaci orang lain dengan ayat-ayat kesat, memang aku takleh nak buat apa pun. Nasihat je yang boleh.

Kenapa aku lambat publish ulasan ni?

Memang aku kata aku tulis ulasan ni sebab tak dapat tidur hari tu. Tapi kalau korang nak tau. Waktu aku tengah ralit menulis ni aku bau sesuatu. Aku rasa tak ada apa pun. Tapi bila dah pagi-pagi macam tu mula kepala nak main-mainkan kita. Terbayang la semua benda yang menyeramkan dan meremang la bulu roma aku. Aku tak tunggu lama dah. Tak sempat tutup komputer pun. Tutup monitor je. Terus pegi tidur..huhu~ Bila dah tangguh kerja mulalah rasa malas dan berat sangat nak siapkan kerja…heheh…

YNWA

6 thoughts on “Liverpool 1-2 MU.

  1. ha sapa lah MU tanpa refree

    aku pon belum dapat update blog pasal kerja berlambak2 nak kene buat…. kalau aku update gak takut boncai mcm MU main bola lawan liverpool tempoh hari…main boncai tapi menang hampeh heheheh!

    • Selagi tak remove ayat “kelab Liverpool yang Bangang abadi” dalam entri “Kepada true Kopites: Justice for 96” aku tak singgah dah kot. Tajuk entri dia dah bagus..tapi ayat tu yang buat rosak. Dalam post2 lain nak menganjing ke ape aku tak kisah sangat pun. Dalam post pasal Hillsborough? Come on la.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s