featured image Young Boys 3-5 Liverpool

Young Boys 3-5 Liverpool. Malam Pesta Muda Mudi.


Salam dan selamat sejahtera. Aku kata dah! Siapa yang kejap tengok kejap tak tengok memang akan terlepas sesuatu yang istimewa. Jadi kalau rasa nak tengok waktu istimewa je sila tengok youtube je la..hahah. Tapi tak rasa la keseronokan waktu tengok secara langsung. Aku yang dah tengok kat tv pon masih lagi nak tengok ulang-ulang sebab memang seronok tengok perlawanan. Ni video yang ada kat FB.

Sepertimana penyokong Liverpool yang lain. Salah satu tarikan untuk perlawanan ni adalah pemain-pemain muda. Beberapa hari sebelum perlawanan lagi BR dah umumkan pada media yang dia akan gunakan pemain muda untuk perlawanan ini. Sesuatu yang jarang aku tengok berlaku di Liverpool. Ramai yang menyambut baik pengumuman ini memandangkan Liverpool akan melayan MU di Anfield pada hari Ahad dan pemain skuad utama pun nampaknya perlu rehat dan fokus supaya perlawanan Ahad nanti dapat dijadikan hadiah bermakna untuk 96 keluarga Hillsborough.

Senarai pemain : Jones, Wisdom, Carra, Coates, Enrique, Sahin, Suso, Hendo, Downing, Assaidi, Pacheco.
Simpanan : Gulacsi, Wilson, Robinson, Shelvey, Sterling, Borini, Yesil

Pemain muda dan tak berapa muda

Aku ada sebut dalam artikel aku Strategi BR : Peluang untuk trio muda Liverpool? dulu yang Sterling, Suso dan Pacheco berkemungkinan mendapat peluang untuk main musim ini dibawah BR dan nampaknya semua seperti yang dijangka. Sterling boleh dikatakan pemain skuad utama dah sekarang. Masih segar dari pengalamannya membantu Suarez menghasilkan gol minggu lepas ketika menentang Sunderland, aku pasti dia juga akan jadi ancaman utama untuk MU Ahad nanti terutamanya apabila semua pemain sibuk jaga Suarez…hehehe.

Suso bermain dengan baik dalam perlawanan ni dan aku rasa tak lama lagi dia akan menjadi seperti Sterling. Akan lebih kerap digunakan. Mungkin lambat sedikit kerana bahagaian tengah ramai pemain berbanding sayap. Tapi kalau tak silap aku, separuh masa kedua dalam perlawanan ni dia bermain di bahagian sayap kanan apabila Shelvey masuk.  Secara ringkasnya, Suso mempunyai kemahiran teknikal yang baik menyebabkan dia selesa dalam mana-mana posisi yang dia main. Dia jarang terperangkap dengan tekanan lawan dan mudah mengawal bola melepasi pemain lawan. Dia ada buat satu larian cantik kedalam kawasan penalti Young Boys tapi hantarannya ketengah tidak disambut sesiapa. Dia juga bijak membaca pergerakan rakan sepasukan sepertimana dia menghantar kepada Borini dalam separuh masa kedua menghasilkan cubaan kearah gol dan sepakan penjuru yang membawa kepada gol Coates.

Pacheco kurang menyerlah dalam perlawanan ni. Kalau nak diikutkan, dia memang ideal untuk bermain dalam sistem BR memandangkan dia dah biasa dengan sistem Speanyol. Tapi apa yang aku nampak, Liverpool tak banyak gunakan dia dan tak bermain mengikut kekuatan dia iaitu bermain dengan hantaran-hantaran pendek dan bertukar hantaran menuju ke gol. Aku musykil siapa yang Downing tuju waktu buat hantaran ke tengah yang menghasilkan gol sendiri tu. Dengan Pacheco sebagai linking man seperti yang aku terangkan dalam artikel Brendan Rodgers = Pep Guardiola + Jose Mourinho?, aku hairan kenapa masih ada hantaran lintang dan tinggi. Bak kata pepatah, Carroll dah tak ada bola masih lagi tinggi..heheh

Andre Wisdom merupakan seorang lagi pemain muda yang mendapat peluang kali ni. Dia merupakan pemain pertahanan tengah tapi dia juga boleh bermain di bahagian kanan. Bagi aku, dia nampak mantap. Hantaran yang kemas setiap kali dapat bola. Membuat beberapa helah ketika menerima bola tapi bukan yang keterlaluan dan semuanya dibuat dengan berhati-hati kerana bahagian sebelah tepi  merupakan posisi bahaya untuk melepaskan bola. Dia juga berjaya mendapatkan gol pertamanya dalam perlawanan ini. Dia melompat tinggi dan menanduk masuk bola dari sepakan penjuru pada minit ke 40.

Assaidi membuat penampilan pertamanya sejak berpindah ke Liverpool dan bagi aku dia tidak mengecewakan. Rupa-rupanya sebelum ni dia mengalami sedikit kecederaan menyebabkan dia tak dapat bermain lebih awal dengan Liverpool. Apa yang aku nampak, dia pandai menipu pemain pertahanan lawan. Sebelum dia terima bola lagi dia dah tahu apa yang dia nak buat. Nak pusing. Nak tolak. Semua dah ada dalam kepala. Aku teruja sebenarnya ada pemain Liverpool macam ni. Dah lama kita tak ada pemain sayap yang menarik sejak…err…siapa ye pemain sayap Liverpool yang menarik?😉 Dalam perlawanan ni dia ada buat beberapa larian menarik. Dia ada bawa bola kedalam kawasan Young Boys dan merembat tinggi dan ada sekali dia mengejar bola Brad Jones untuk serangan pantas namun hantarannya ke tengah dihalang. Aku teringin nak tengok dia buat lebih lagi dalam BPL nanti. Bayangkan Sterling kiri, Assaidi kanan dan Suarez tengah. Pergh! menangis pertahanan wa cakap sama lu.

Aku rasa semua orang tahu dalam perlawanan ni Shelvey buat penampilan terbaik dia. Dia masuk menggantikan Assaidi dan menjaringkan gol keempat dan kelima Liverpool. Ramai yang dah mula menyamakan dia dengan Gerrard dan harapnya dia terus bermain dengan baik supaya waktu Gerrard bersara nanti aku taklah sedih sangat (boleh ke?) Musim ni aku nampak dia paling menyerlah selain daripada Allen. Sebab dia lebih kepada pemain menyerang. Nampak hidup bila dia ada. Dia selalu nak gerak ke depan untuk menyerang. Sebab tu BR bawa dia masuk. Dan memang berhasil caturan BR. Aku rasa bahagian tengah Liverpool sekarang sepatutnya ada Allen, Shelvey dan seorang lagi perlu pilih antara Gerrard, Hendo, Sahin dan Suso. Macam tak percaya dia baru 20 tahun dan Liverpool beli dia dulu dengan harga lebih kurang 2 juta pound sahaja!

Kalau dah sebut Shelvey memang tak sah kalau tak sebut Hendo sekali. Shelvey pun berterima kasih kat Hendo sebab tolong dia jaringkan 2 gol. Bagi aku Hendo memang terbaik dalam perlawanan ni. Cuma orang kurang nampak sebab dia tak jaringkan gol je. Dari awal lagi dia banyak tolong pertahanan untuk tekan pemain lawan sebelum mereka sampai kawasan pertahanan. Dia ada persamaan dengan Allen. Cuma Allen lebih baik dari segi teknikal dan dia pula ada sedikit kelebihan fizikal. Dia boleh menghantar bola dekat dan jauh. Main dengan satu sentuhan (gol Shelvey yang pertama). dan dia ada pandangan yang jauh (kalau tak takkan pernah jadi kapten England B-21 kan?)

Negatif

Dalam bersuka-suka ada juga yang membuat aku kecewa. Antaranya Downing. Walaupun dia hasilkan gol pertama tapi bagi aku dia banyak sangat lepaskan bola dengan mudah. Tak fokus bila buat hantaran. Enrique pun sama. Banyak lepas bola. Kedudukan dia waktu bolos gol juga perlu dipersoalkan. Kalau tengok balik memang kemana-mana tah dia duduk. Brad Jones perlu berkomunikasi lebih sikit. Kalau nak ambil bola ambil terus. Perlu buat keputusan dengan tegas. Ragu-ragu hanya mendatangkan keburukan. Hmm…nampaknya itu je yang aku nampak negatif dalam perlawanan ni. Yang menarik panjang berjela kan?😉

Sekian dulu dari aku. Tak sabar tunggu perlawanan Ahad ni. YNWA.

2 thoughts on “Young Boys 3-5 Liverpool. Malam Pesta Muda Mudi.

    • Tu la…awal2 tu terer je. Lama2 jadi pelik lak. Selesa sangat kot. Tak ada pencabar. Last2 BR suruh bagi Johnson je belah kiri…huhu~ Amekaw! Kalau tak improve main reserve je pasni. Silap2 EURO/cup budak2 dapat main bukan dia…heheh

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s