featured image sun 1-1 liv

Sunderland 1-1 Liverpool


Cover Report Sunderland 1-1 Liverpool

Salam dan selamat sejahtera. Aku rasa setiap kali aku tak puas hati dengan mana-mana perlawanan aku akan ambil sedikit masa untuk bernafas. Supaya aku tak dipengaruhi oleh perasaan-perasaan negatif terhadap kelab kesayangan aku ni. Kalau sekadar nak marah-marah orang boleh baca di twitter dan FB je. Secara jujurnys bagi aku separuh masa pertama Liverpool main dengan teruk. Separuh masa kedua baru mengawal perlawanan. Ada beberapa pemain yang dibawah tahap sebenar dan ada pemain yang menyerlah. Aku rasa aku dah sentuh mengenai kapten kita sebelum ni. Jadi tak perlu aku ulang lagi. Kalau nak tau apa aku cakap sila geledah ulasan perlawanan sebelum-sebelum ni. Hari ni aku nak cakap pasal…

Glen Johnson

Bagi aku dia lebih teruja nak pergi membantu serangan berbanding nak bertahan. Itu yang aku nampak dalam separuh masa pertama. Sebenarnya dari perlawanan sebelum ni lagi kita dah nampak dia lambat turun ke bawah waktu diserang. Kali ni dia dah di bawah tapi bertahan dengan bersahaja. Tak ada semangat. Mungkin dia rasa itu dah cukup. Dan hasilnya Fletcher dapat jaringkan gol. Banyak perspektif orang untuk gol ni. Ada yang kata Johnson salah. Ada yang kata Reina salah. Aku risau tentang bahagian kiri dan kanan pertahanan Liverpool sebenarnya. Mungkin sebab kedudukan pemain tengah yang terlalu jauh daripada pemain sayap kiri dan pertahanan kiri. Sebab tu sekiranya pemain lawan lepas 2 orang ni, mereka boleh hantar bola ke tengah dengan tenang sebab tiada cabaran atau halangan. Aku juga risau dengan Reina. Tapi semua penjaga gol akan buat kesilapan dan kebetulan kesilapan-kesilapan Reina nak datang dalam musim pemulihan Liverpool.

Tapi dalam separuh masa kedua, Johnson nampak dah seimbang. Mungkin dah kena tegur dengan BR atau mungkin di sendiri rasa bersalah atas gol Sunderland. Dia bertahan dengan baik. Dia menyerang dengan baik. Dia hampir menjaringkan gol tapi sepakan lencongnya selepas memperdayakan 2 orang pemain pertahanan terkena palang. Badi. Ingat dah sudah dah. Gerrard pun sepak kena tiang. Aku yakin masuk dah tapi bola leret dari kapten kesayanagn kita mengenai tiang dan keluar. Badi berulang atau tanda-tanda semakin hampir dapat gol?

Analisis

OPTA

Apa yang aku nampak dalam perlawanan ni Liverpool banyak buang bola tapi rupanya tengok balik statistik Liverpool menguasai perlawanan. Hmm. Tapi aku tak salah tentang buang bola tu sebab Sunderland berjaya curi bola (intercept) sebanyak 15 kali berbanding 8 kali untuk Liverpool! Dari segi hantaran dan serangan Liverpool lebih baik dari Sunderland, tapi dari segi bertahan Sunderland lebih baik dari Liverpool. Liverpool menguasai perlawanan tapi tak dapat 3 mata. Tapi perlahan-lahan aku tengok pemain mula sesuaikan diri dengan sistem BR (tengok statistik OPTA) dan apabila semua lebih berdisiplin dalam sistem ni, Liverpool akan mula menguasai permainan dan menjaringkan gol kemenangan. YNWA.

3 thoughts on “Sunderland 1-1 Liverpool

  1. aku rasa kesilapan memang pada johnson yang bertahan dengan santainya tapi apa kerja keeper lak? harap defand jangan lepas mana mana pemain sayap cross bola? rasanya mustahil seratus peratus boleh halang bola masuk ke kotak penalti….

    untuk seketika aku rasa banyak gak johnson selamatkan keadaan dan liverpool dapat momentom pon selepas dia mengegar palang gol, apa pon pada aku baik tolak dia main sayap nampak sempoi dan terbukti lagi best. sekurang kurangnya ada orang back up diakat bawah

    cuma aku pon tak pasti kalau enrique main ..dia tak buat aksi badut ngan partner dia kat gawang , dah banyak kali aku tgk enrique ngan reina bergurau senda ngan reina kat bawah tu, serammm deh

    musim ni nampaknya mungkin lagi parah kita problem diatas juga dibawah..

    apa pon main dah sempoi….

    • Waktu Reina tengah mamai kena la harap defender main elok..huhu~

      Fullback aku tengok takde backup…kalau lepas memang lepas betul la. Fullback kena sungguh2 bagi winger lawan cross mengarut atau backpass…tapi kalau dah lepas senang2 memang takleh nak cakap ape la.

      Masalah nak bagi Johnson main sayap ni sebab Liverpool pakai 3 forward. Suarez-Borini-Sterling. Siapa nak digantikan dengan Johnson?

      Aku setuju. main dah sempoi. banyak 1 touch football dan boleh kawal bola dalam keadaan sempit dan tertekan. Cuma risky pass kat kawasan lawan tu yang tak berapa berkenan.

  2. as salam..
    pendapat aku permain2 skang dah mula menyerap tekrik BR..itu yg positifnyer🙂
    cuma masih penyudah yg tumpul sket..backup tuk suarez tak ada.(mgkin ada, tapi masih muda mudi..hehe)
    kita tggu nuri, assaidi n striker muda (lupa namanya sori) beraksi…
    sementara menunggu ironman kita (lucas) kembali..huhuhu….
    aku dapat rasakan.lepas ni tiba kebangkitan team kesayangan kita ni🙂
    nak nak bertemu MU nanti…

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s