Tingkap perpindahan ditutup : Dilema Liverpool


Salam dan selamat sejahtera. Tingkap perpindahan telah pun tertutup rapat. Ramai yang tidur semalam dengan harapan bangun pagi ini akan ada berita gembira. Dengan nama-nama seperti Damiao, Huntelaar, Sturridge dan Dempsey dikaitkan dengan Liverpool, aku yakin seorang akan berada di Melwood untuk menandatangani kontrak, mengambil gambar sekitar dan membuat sidang media bersama BR. Aku silap. Semuanya tak berjalan seperti yang aku harapkan. Sebaik sahaja aku buka browser, aku terus ke laman rasmi Liverpool Football Club. Melilau mata aku mencari berita. Tak ada! Takkanlah? Aku ke newsnow. Dempsey ke Spurs! Tiada pembelian baru untuk Liverpool! Aku terkesima. Tak percaya apa yang aku baca. Dengan semua yang BR cakap dalam sidang media aku menjangkakan akan ada sekurang-kurangnya seorang pemain baru hari ini. Tambah menyedihkan, Spurs beli Dempsey dengan harga 6 juta pound sahaja! Dan ada yang mengatakan Fulham menolak tawaran Liverpool kerana mengharapkan lebih daripada itu. What the?! Ini mesti sebab tak puashati sebab Dempsey kata nak pergi Liverpool hari tu.

Kenapa ramai yang kecewa

Pemilik tak banyak duit – Membaca komen-komen di FB membuatkan aku pun sedih. Sebab dari awal lagi aku dah dengar ayat “Liverpool tak perlu jual pemain untuk beli pemain”, “Liverpool perlu skuad yang besar untuk 4 kejohanan”, “Kewangan Liverpool dalam keadaan baik” tapi bila sampai hujung-hujung ni jadi “Liverpool perlu jual pemain untuk beli pemain”. Mungkin awal-awal dulu Liverpool tak perlu jual pemain. Memang ada duit untuk tambah pemain. Tapi lepas beli 4 orang dan pinjam seorang pemain, duit dah habis. Jadi perlu jual pemain untuk beli lagi. Tapi yang merisaukan adalah Liverpool suka menjual pemain dengan murah dan beli dengan harga tinggi. Aku rasa itu sebab utama kenapa tak cukup duit untuk beli pemain ganti apa lagi untuk beli pemain tambahan. Satu lagi kita kena sedar, pemilik kita bukan Pak Arab…huhu

Perancangan tak bagus? – Penjualan Adam dan pemergian Carroll dan Spearing sebagai pemain pinjaman memberi harapan kepada aku yang Liverpool akan bawa masuk pemain. Tapi sudahnya tak ada. Macam mana Liverpool boleh bagi Carroll pergi sedangkan tak ada lagi pengganti? kenapa tak hold dulu perjanjian tu sampai dapat pengganti? banyak je kelab yang aku dengar buat macam tu. Sekarang Liverpool kurang penyerang sedangkan awal dulu kata perlu pemain yang ramai untuk musim ni. Memang ramai yang kata Andy Carroll tak sesuai dengan taktik BR tapi dia lagi bagus daripada tak ada penyerang. Lagipun setiap kelab ada plan B untuk taktikal. Jadi Carroll perlu untuk ubah taktik. Aku tak tau nak terangkan macamana perasaan aku sekarang. Apa yang boleh buat aku dan rasanya orang lain sekali bertenang dan lupakan semua ni adalah sekiranya BR bagi pemain muda main. Cuba tengok skuad sekarang…

Pemain Pasukan Utama Liverpool

Penjaga gol – Reina, Doni, Jones, Gulacsi
Bek kanan – Johnson, Kelly, Flanagan
Bek kiri – Enrique, Robinson
Bek tengah – Agger, Skrtel, Coates, Carra, Wilson
Tengah – Gerrard, Lucas, Hendo, Shelvey, Sahin, Allen
Sayap – Downing, Assaidi, Sterling, Joe Cole
Penyerang – Suarez, Borini, Morgan

Sangatlah sikit pemain Liverpool. Aku masukkan pemain muda yang dah main untuk Liverpool dalam pasukan utama tak kira la musim bila. Cuba bayangkan Suarez cedera. Lepastu Borini pun cedera. Menakutkan kan? bahagian tengah dah ok. Penyerang dan pertahanan sangat la sikit. Liverpool ada 4 kejohanan untuk diharungi : BPL, Liga Europa, Piala FA dan Piala Liga. Janganlah ada pemain yang cedera sebelum tingkap perpindahan bulan 1 nanti. Tapi sebelum sampai tingkap perpindahan januari yang tak tentu lagi Liverpool ada duit untuk beli tu, siapa yang nak main kalau pemain utama cedera?

Pemain muda

Dengan bilangan pemain dalam pasukan Liverpool yang senipis kerta tisu di restoran yang kedekut, aku rasa sekarang BR wajib bagi Yesil, Morgan, Suso dan Pacheco main. Ye, aku bukan pengurus dan BR lebih tau dari aku tapi secara logiknya itulah cara nak tambah pemain tanpa keluarkan duit lagi (dah tak boleh dah pun). BR pun dah cakap nak bagi peluang pemain muda main. Pacheco dah tak jadi jual jadi aku rasa ini masa terbaik bagi dia main. Aku dah ceritakan dalam entri Peluang untuk trio muda dulu. Sterling aku rasa tak payah risau sebab dia memang akan main musim ni. Pemain sayap tak ramai dan dia dah pun buktikan dia boleh main lawan pertahanan yang besar macam Toure. Morgan perlu beberapa perlawanan lagi. Dia belum jumpa kaki kata orang putih. Cuma Suso dan Pacheco belum dicuba.

Aku rasa dah patut mula dah cuba pemain muda di akhir perlawanan. Maksud aku untuk pemain yang tak pernah dicuba. Sterling, Morgan dan Coates dah boleh mula main lama sikit atau perlawanan penuh dah. Pemain posisi lain patut dah mula jugak supaya bila ada pemain cedera nanti tak la diorang baru main kali pertama terutamanya Coady, Wisdom, Hope dan lain-lain yang main untuk pasukan simpanan dan skuad muda. Apapun, selamat berjaya kepada BR musim ni. Dia seorang yang bijak dan banyak pengalaman sebagai jurulatih jadi dia tau apa nak buat dengan skuad yang ada. IBRWT. YNWA.

8 thoughts on “Tingkap perpindahan ditutup : Dilema Liverpool

  1. xpe bro….aku pun harapkan salah seorang penyerang akan masuk tetapi kecewa….tapi nasib midfield ramai gak boleh di letakkan sebagai penyerang kiri dan kanan jika bermain 4-3-3….harap kalau lawan team yang kurang baik….gunakan 4-5-1 untuk biasakan formasi tersebut……dan sudah pasti simpanan akan di penuhi oleh pemain muda.lagi pun tengok pada gaya BR,dia lebih suka gunakan pemain muda macamana dia boleh gunakan sterling dan morgan….bro copy image kat atas ye..nak letak kat blog..hehehhe….

    • haih..tula…jangan jadi macam musim lepas dahla…chances banyak..gol takdak…pemain muda wajib dah guna kalau camni gayanya.

      Sila2…

    • Sama2..boleh2..ada masa nanti aku jelajah semua isi blog tu eh..sama2 la kita belajar..blog ni pun tak sampai setahun lagi pun..hahah..

    • Terima kasih je lah. Aku terkejut ko cakap macamtu sebab sebagai “penyokong” Arsenal, musim lepas awal2 tu Arsenal teruk jugak. Ke memang ko tukar team lain lepas tu tengok Arsenal dah ok ko tukar balik? That’s the difference bro…We’ll Never Walk Alone😉

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s