featured-image-heart-0-1-Liverpool

Hearts 0-1 Liverpool


Salam dan selamat sejahtera. Apa khabar korang semua harini? Masih bercuti atau dah balik ke meja untuk bekerja? Liverpool berkunjung ke Scotland kali ini untuk bertemu Hearts dan kepada yang terlepas, aku cerita serba sikit apa yang aku nampak dalam perlawanan ni.

Separuh Masa Pertama

Sebelum perlawanan bermula, banyak tajuk berkenaan BR yang tak akan memandang mudah pasukan Heart ini. Dan aku lega kerana Liverpool tak buat macam tu. Sebab Heart bermain dengan baik dalam separuh masa pertama. Dah la pakai baju putih. Serius aku tengok macam Swansea main. Hantaran diorang sangat kemas. Sentiasa ada pemain yang menunggu untuk menerima bola. Mereka sentiasa bergerak dan mempunyai sentuhan yang kemas. Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak gerakan mereka hanya ada beberapa cubaan berbahaya ke arah gol Reina. Paling hampir apabila Reina menahan bola sampai terlanggar tiang.

Liverpool agak goyah. Sebabnya adalah kerana Heart merapati pemain yang membawa bola dengan ceat. Jadi pemain yang menerima bola perlu tahan bola dengan kemas. Masih banyak hantaran jauh yang tinggi dari bahagian pertahanan. Sesuatu yang tak berapa sedap nak tengok terutamanya apabila bola tu sangkut kat kaki pemain lawan. Pemain yang aling menyerlah adalah Sterling. Walaupun pada awalnya dia nampak mudah ditolak dia makin lama makin selesa dan beberapa kali berjaya lepas pemain pertahanan lawan. Dia juga tak lupa dengan tugas bertahan. Dia rajin mengejar balik pemain yang membawa bola. Dia juga ada membuat beberapa percubaan dari jarak jauh yang memaksa penjaga gol menepis bola keluar. Peluang terbaik Liverpool adalah apabila Sterling memcut laju dan memintas hantaran tinggi pemain lawan dan membawa bola kearah gol bersama Borini dan seorang pemain pertahanan. Dia dengan baiknya menolak bola untuk Borini yang mensia-siakan peluang keemasan itu apabila tolakannya terkena tiang.

Shelvey dan Henderson bermain dengan baik. Sebab diorang ada sentuhan yang baik dan bijak mencari ruang untuk membuat hantaran. Oh lupa! Sebelum tu Borini ada terlepas peluang untuk jaringkan gol apabila Henderson menghantar bola lencong yang cantik sampai ke kakinya tapi tolakannya tersasar. Carragher masih nampak rapuh. Kelly kuat macam biasa. Cuma gerakan menyerangnya kurang kali ni.

Separuh Masa kedua

Heart tak buang masa. Terus serang Liverpool bertubi-tubi. Tapi tak ada apa yang merisaukan. Sterling masih menjadi ancaman utama kepada Heart. Dia berjaya menggelecek pemain Heart sebelum bola ditahan keluar dan dia kemudiannya bertukar hantaran dengan Borini sebelum dijatuhkan dalam kotak penalti. Ya. Itu yang aku nampak. Pengadil yang tak nampak. Charlie Adam nampak idup dalam perlawanan ni. Aku tau. Mesti ramai yang pellik. Apa yang aku nampak, dia mula nampak macam Adam waktu kat Blackpool dulu. Boleh melepasi beberapa pemain lawan sebelum melepaskan rembatan.

Apa yang buat aku bengang bila pemain Heart sorang ni berlakon kena tolak muka walaupun ulang tayang terang-terang tunjuk tak kena muka. Senang sangat nak tipu pengadil sekarang ni. Downing masuk pada minit ke-60 menggantikan Robinson. 7 minit kemudian, Joe Allen masuk menggantikan Spearing. Tak banyak yang menarik berlaku. Hanya rembatan lemah Adam yang mudah ditangkap penjaga gol dan serangan Heart yang berakhir dengan sepakan sudut. Tak lebih dari tu.

Tapi saat-saat aku menerima seadanya keputusan seri, Kelly meluru dari sebelah kanan dengan ruang seluas-luasnya. Dia menghantar bola ketengah dengan laju, dan rendah. Bola melepasi 2,3 pemain lawan sebelum sampai ke kaki Borini yang kali ni tak mensia-siakan peluang yang terhidang. 1-0 Liverpool! Apa yang aku suka adalah Liverpool tak nampak macam nak bertahan sampai habis. Sebab aku rasa itu lagi mengundang bahaya. Liverpool terus menyerang dan kebanyakan serangan bermula dengan Sterling. Heart mendapat peluang keemasan pada minit ke 88 apabila dalam kelam kabut bola dapat pada kaki pemain mereka di dalam kotak penalti namun dia menyepak perlahan dan diselamatkan Reina.

Heart menggandakan serangan mereka di saat-saat akhir dan nyaris mendapat gol penyamaan apabila rembatan salah seorang pemain mereka dari sudut yang agak sempit diselamatkan Reina. Kecut perut aku dibuatnya! Liverpool membuat pertukaran akhir pada minit ke 91 dengan memasukkan Adam Morgan menggantikan Fabio Borini. Shelvey buat kelakar bagi lepas bola tengah padang. Nasib baik rembatan pemain Heart tu tinggi. Reina dah menjerit sekuat hati depan gol sebab lepas bola senang sangat. Akhirnya pengadil meniup wisel penamat dan aku baru sedar yang Webster jaringkan gol sendiri dan bukan Borini. Ah..tak kisahlah…yang penting menang ye dak? Sekian dulu dari aku. YNWA.

Untuk analisis mendalam sila baca artikel INI

2 thoughts on “Hearts 0-1 Liverpool

    • tu la…aku beriya celebrate gol Borini…sampai tak perasan dia tulis own goal mula-mula…dah sudah baru perasan…huhu…die wajib skor lawan kat Anfield nanti..hutang 2 gol :-p

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s