featured-image-wba-3-0-liverpool

WBA 3-0 Liverpool


Salam dan selamat sejahtera. Lama jugak masa yang aku ambil untuk tenangkan perasaan lepas tengok perlawanan ni. Aku ambil masa supaya apa yang aku tulis dalam blog ni tak terlalu terikut-ikut dengan perasaan. Maklumlah kalau tulis ikut perasaan, orang pun tak lalu nak baca. Siapa nak baca entri merungut sampai satu muka kan?

Sepanjang aku berblog ni banyak pahit manis kenangan dengan Liverpool. Daripada keseronokan tengok Liverpool julang Piala Liga sampailah keseronokan tengok Suarez mengucar-ngacirkan pertahanan lawan. Tapi aku akui, kebelakangan ni lebih banyak yang pahit memandangkan Liverpool masih dalam proses pemulihan. Kepada yang baru-baru lagi menyokong Liverpool, aku ucapkan selamat datang. Inilah dunia penyokong Liverpool yang sebenar. Semakin jatuh Liverpool semakin kuat sorakan. Bukan sebaliknya. Dan aku nak ingatkan, dalam kumpulan penyokong setiap pasukan akan ada sekumpulan yang kurang sopan dan suka buat provokasi. Nasihat aku. Jadilah penyokong yang lebih baik daripada mereka. Okay?

Aku akui yang harapan aku untuk perlawanan ini adalah Liverpool menang 3-0. Kelakar kan? Siapa sangka yang Liverpool akan kalah teruk? Pada awalnya kedua-dua pasukan lambat panas. Dua-dua main terlalu berhati-hati. Bila dah lama sikit baru nampak Liverpool mengawal permainan. Nampak hantaran kemas dalam cubaan mencari ruang kosong. Suarez seperti biasa, nampak mudah menipu pemain lawan dengan gerakan liciknya. Namun, seperti cerita musim lepas, banyak peluang yang tidak disudahkan dengan baik.

Selain daripada Suarez, tak ramai yang menyerlah. Pemain WBA bertahan dengan baik. Lebih-lebih lagi dengan kombinasi pemain pertahanan yang besar dan kuat. Aku memang dari dulu menyampah dengan Olsson. Dia kuat dan pandai mengaburi mata pengadil kalau nak buat kekasaran. Ridgewell pun sama. Jangan terpedaya dengan rambut yang disisir rapi tu. Dia pun pemain pertahanan yang penuh muslihat. Dalam perlawanan ni aku pelik kenapa diorang tak dapat kad kuning walaupun berkali-kali jatuhkan Suarez sebelum dia masuk ke kotak penalti.

Borini dan Downing nampak tenggelam. Hasil pertahanan yang ketat oleh pemain WBA. Tak sama langsung macam lawan FC Gomel haritu.  Tak ada ruang untuk mereka bergerak. Dan dari pengamatan aku, masih ada banyak hantaran yang terlalu jauh, dan terlalu berisiko dalam perlawanan ni. Hasilnya? Bola sangkut dan dapat kepada pemain lawan. Liverpool bolos gol pertama hasil voli lawa Gera dari luar kotak penalti. Rembatan yang digambarkan sebagai ‘tak boleh diselamatkan’ oleh pengulas. Allen mungkin nampak tenggelam tapi bagi aku di main dengan kemas. Kalau tak, lagi teruk rasanya bahagian tengah Liverpool.

Kelalaian Liverpool dalam membuat hantaran akhirnya dihukum apabila bola yang dihantar Gerrard dipintas dan dihantar jauh keatas untuk Shane Long dalam satu gerakan pantas. Waktu tengok Skrtel tergelincir aku dah pasrah. Hanya tinggal Agger dan Reina untuk mematahkan serangan ni. Akhirnya, Agger menghampiri Long dan dengan satu sentuhan lembut dibelakang Long, dia terjatuh bagai dilanggar kereta. Bagi aku itu satu penalti yang terlalu mudah diberikan. Aku yakin sekiranya Suarez berada di tempat Long dia akan dikenakan kad kuning kerana menjatuhkan badan. Misi Liverpool mencari gol bertambah sukar apabila Agger dibuang padang.

Korang main FIFA atau PES tak? Pernah tak ada perlawanan yang korang rasa main bersungguh macamana pun, kalau nak kalah tu macam-macam jadi kat korang? Sama lah dengan perlawanan ni. Satu perlawanan 2 kali penalti? Sorang pertahanan kena kad merah. Penyerang tanduk depan gol tak masuk. Tolak bola muntah depan gol tak masuk. Pemain gantian masuk lepas tu cedera dan ganti orang lain. Apa lagi? Memang bukan rezeki la nak menang perlawanan ni. Penalti pertama tak masuk sebab Long berlagak sangat agaknya. Tapi dia jugak la yang dapatkan penalti kedua untuk WBA. Kali ni Odemwingie merembat kuat untuk gol kedua WBA.

Shane Long memang masalah. Dia buat apa yang BR nak daripada penyerangnya. Dia sentiasa berlari untuk menekan pemain pertahanan Liverpool. Sampai Skrtel terbentes dia dalam kotak penalti. Waktu Lukaku masuk aku dah risau. Sebab yang akan menjaga dia nanti Jamie Carragher yang masuk bagi mengisi ruang Agger tadi. Dan kerisauan aku terbukti berasas apabila dia dengan mudah melepasi Carra dengan teknik menerima bola sambil berpusing sampai tergolek Carra dibuatnya. Dia terlalu kuat. Nasib baik Morrison mensia-siakan peluang mudah tu. Kalau tak, well…cuma lagi awal je la WBA jaring gol ketiga.

Gol ke-3 terhasil apabila sepakan sudut yang gagal dipertahankan dengan sempurna. Ridgwell melambung bola ketengah dan Lukaku dengan mudah melompat tinggi untuk menanduk masuk bola tersebut. 3-0 WBA. Waktu ulang tayang boleh nampak kepenatan dan kelesuan semua pemain Liverpool waktu bola dilambung ke tengah. Tak apalah. Lepas perlawanan aku cuba cari alasan nak sedapkan hati..

  • Tahap kecergasan pemain masih belum memuncak dan tak sekata dengan pemain yang balik berlatih pada waktu berlainan. Lucas juga masih belum cergas.
  • Ini perlawanan pertama BR dalam BPL bersama Liverpool. Kekalahan ini mungkin akan menjadi panduan untuk BR membuat perubahan. Dia sendiri kata kita perlu bersedia untuk kekalahan seperti ini lagi kerana dia sedang membuat perubahan dalam pasukan.
  • Ada harapan pemilik Liverpool bagi duit suruh beli penyerang atau pemain hebat yang lain sebelum tutup tingkap perpindahan nanti
  • Ini perlawanan di tempat lawan
  • Statistik sebenarnya menunjukkan Liverpool tak la teruk sangat. Cuma nasib tak menyebelahi. Serius. Kalau korang tengok statistik, memang tak sangka keputusan memihak kepada WBA.

Hmm..panjang sangat dah kot. Siapa nak baca ni? Sekarang ni aku jadi lagi tak sabar nak tengok perlawanan Liverpool yang seterusnya sebab aku tahu satu hari nanti aku akan tengok perlawanan Liverpool yang hebat. Jadi aku akan teruskan menonton. Sepertimana aku teruskan menonton waktu Piala FA Owen, Piala UEFA yang macam penalti dan juga Istanbul dulu…aku tak berhenti dulu, dan aku tak akan berhenti sekarang. Aku harap korang pun mcamtu. YNWA.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa ni. Hanya dengan sokongan semua orang la aku bersemangat nak teruskan blog ini. Terima kasih banyak-banyak.

4 thoughts on “WBA 3-0 Liverpool

    • Terima kasih Hasif…bab promo tu yang fail tu…maybe lepas ni nak concentrate on promotion…setakat ni takde buat ape2 selain post kat FB je…

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s