Pembelian ketiga Brendan Rodgers?


Gambar Oussama Assaidi Pemain Baru Liverpool

Salam dan selamat sejahtera. Kenapa ada tanda soal kat tajuk entri ni? Sebab aku tengah terpinga-pinga lagi. Setakat 1.30 pagi tadi masih tak ada apa-apa khabar angin apatah lagi berita tentang pemain ini. Kalau adapun aku pasti ramai yang akan menolak khabar angin ini dengan mudah. Yela, aku rasa tak ramai yang kenal dengan Oussama Assaidi sebelum ni. Hmm…sebagai menepati janji aku untuk membuat berita susulan setiap kali keluar berita rasmi, aku akan cuba sedaya upaya mengorek dan mengumpul segala maklumat yang aku boleh dapatkan.

Berita Rasmi

Biasanya pertama sekali aku semak di Laman Rasmi Liverpool FC. Okay, ada. Lepas tu aku pastikan berita tu dibahagian berita lFC dan bukan di bahagian media watch. Okay. Sah. Aku jadi heran kejap. Tak pernah rasanya Liverpool keluarkan berita separuh-separuh macam ni. Mengikut berita LFC, mereka sudah mencapai kata sepakat tentang harga perpindahan Oussama yang  dikatakan lebih kurang 3 Juta Pound (bukan sumber rasmi) Gila murah!? Jualan Rayakah? Dia dikhabarkan akan melalui pemeriksaan kesihatan hari ini dan sekiranya semua selesai harini dia boleh terus bermain untuk Liverpool menentang WBA esok.

Gambar dari Laman Rasmi FC Heerenveen

Aku juga dah semak di Laman Web Rasmi FC Heerenveen dan mereka juga telah mengesahkan berita ini.

Sumber : Laman Rasmi Liverpool FC | Laman Rasmi FC Heerenveen

Siapa Oussama Assaidi?

Dia dilahirkan pada 15 Ogos 1988 di Beni-Boughafar, Morocco. Mempunyai ketinggian 1.78 meter dan biasanya bermain di posisi sayap kiri dan kanan. Melalui pemerhatian,dia mampu menggunakan kedua-dua belah kaki dengan baik. Walaupun dia mempunyai pilihan untuk bermain dengan Belanda atau Morocco, dia memilih Morocco walaupun pada peringkat muda dia bermain untuk pasukan Belanda. Kelabnya sebelum ini adalah Heerenveen dimana dia membuat sebanyak 86 penampilan, 20 gol dan membantu menghasilkan 24 lagi gol untuk pasukannya.

Dari apa yang aku tengok, gaya permainannya lebih kurang dengan Suarez. Suka menggelecek lawan dengan cara yang kadang-kadang sukar dijangka oleh pertahanan. Satu saat dia berdiri tegak dan dalam sekelip mata dia boleh menolak bola melepasi pemain lawan dan merembat kearah gol. Oh, itu antara yang menarik. Dia jenis yang suka membuat percubaan selepas menggelecek. Ingat tak kita selalu kecewa tengok Suarez waktu awal-awal dulu sebab terlalu banyak gelecek dan kurang cubaan? Assaidi ni nampak seperti kembar Suarez dan aku selalu kata kalau ada lagi seorang Suarez memang pemain pertahanan lawan boleh nangis la nak jaga. Dan sekarang mungkin akan jadi kenyataan.

Dengan syarat dia dapat menyesuaikan diri dengan baik berbanding rakan senegaranya Maruone Chamakh yang tak berapa nak menjadi. Ada 2 kemungkinan. Pertama, dia jadi macam Suarez dulu yang mencuba terlalu kuat untuk melepasi lawan dan kemudiannya terlepas peluang jaringkan gol atau dia terus menjadi Suarez yang sekarang. Lebih bijak, dan tahu bila untuk mencuba dan bila untuk menghantar kepada rakan yang lain. Walaubagaimanapun, setiap pemain perlukan masa dan dengan harga yang dilaporkan, tak ramai yang akan mengeluh atau kecewa sekiranya dia tidak menyerlah di Liverpool. Semuanya tentang harapan dan jangkaan.

Video

Aku tau ramai yang nak tengok video je sebab nak tengok hebat ke tak mamat ni. Jangan risau. Aku cuba kumpulkan semua video yang dah ada dikongsi di FB dan lain-lain laman web supaya senang korang nak tengok.

Aku tau banyak yang ada skill atau gol yang sama, tapi ada yang lain dalam setiap video tu jadi selamat menonton. Kalau tak cukup nanti kita tengok dia main kat BPL lak.

Kesimpulan

Macamana dengan Sahin dan Tello? Ada yang mengatakan Liverpool tak dapat Tello sebab itu BR beli Assaidi. Liverpool kehilangan Kuyt, Maxi dan Bellamy jadi tinggal Cole, Downing dan Sterling sahaja di bahagian sayap. Dengan adanya Assaidi barulah BR boleh tarik nafas lega sedikit. Dan khabarnya Arsenal sekarang tengah sibuk memujuk Sahin menyertai mereka. Tapi aku tak risau sangat sebab ikut gaya Assaidi dibeli, BR memang ada perancangan rapi dan perancangan untuk kecemasan andainya dia tak dapat pemain yang diingini.

Aku sangat kagum dengan cara perpindahan ini dilakukan. Aku rasa tak ada sesiapa pun yang laporkan khabar angin ni sebelum ni.Tau-tau dah umum secara rasmi. Adakah ini backup plan atau plan sebenar BR? Mana tahu, untuk pastikan harga tak melambung tinggi. Sebab boleh tahan juga Assaidi ni. Ini membuatkan aku teruja nak tunggu musim baru bermula.

Papan “This is Anfield” asal dari tahun 1974 kembali, Jaring merah kembali ke Anfield, Gaya permainan cara Liverpool kembali dan kini pembelian pemain juga dilakukan dengan cara Liverpool. Tiada sebab untuk kita semua tak teruja musim ini😉

YNWA.

P/s : Aku akan kemaskini ruang ini sekiranya ada berita baru dari Laman Rasmi Liverpool FC

KEMASKINI : LFC TELAH MENGESAHKAN OUSSAMA ASSAIDI SEBAGAI PEMAIN TERBARU MENYERTAI LFC DAN AKAN MEMAKAI JERSI NOMBOR 11.

Suka betul BR dapat pemain baru…harap ada lagi sorang dua nanti (Klik gambar untuk ke galeri gambar di Laman Rasmi LFC)

Sumber : transfrmarkt | player-profiles

Berita Rasmi : LFC complete Assaidi transfer

8 thoughts on “Pembelian ketiga Brendan Rodgers?

  1. dah tengok video mamat ni…best dye main….apepon suka blog bro…terbaik…info agak lengkap pasal lfc…n kalau rasa x keberatan….sy di sini ingin ambil sdikit info lfc utk bubuh kat blog sy(baru nak berBLOG)….apepon YNWA

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s