Dilema Agger


Salam dan selamat sejahtera. Sejak kebelakangan ni kita sering dijaja dengan cerita Daniel Agger yang akan dijual. Manchester City dan Barcelona adalah antara nama yang disebut-sebut sebagai destinasi seterusnya untuk Agger. Jadi apa kata kita kupas isu ni dan cuba cari rasionalnya.

Pembuat keputusan

Daniel Agger – Dia mungkin yang paling tak berkuasa sekali untuk buat keputusan.Ya, memang dia boleh tolak kontrak yang ditawarkan kepada dia dan kekal di Liverpool. Tapi dari segi mentalnya aku tak rasa itu adil untuk Agger. Dia memang seorang yang sangat kuat kalau Liverpool terima tawaran untuknya tapi dia yang menolak kontrak dari kelab yang membida. Agger menegaskan yang dia akan melanjutkan kontrak sekiranya Liverpool menawarkan kontrak yang bersesuaian dengannya. Sekiranya dia dijual, dia lebih rela ke kelab dari liga lain selain daripada Liga Inggeris. Dia tidak mahu memakai jersi kelab Liga Inggeris selain daripada Liverpool.

Brendan Rodgers – Sebagai seorang pengurus, dia mempunyai kuasa yang agak besar untuk menentukan nasib seseorang pemain. Lebih-lebih lagi selepas dia menghantar dokumentasi perancangannya untuk Liverpool kepada pemilik, John Henry. Daniel Agger menepati kriteria seorang pemain pertahanan tengah yang mempunyai kemahiran hantaran yang bagus. Kepada yang terlepas untuk membaca ulasan tentang taktikal BR boleh ke artikel Brendan Rodgers = Pep Guardiola + Jose Mourinho. Jadi segalanya nampak baik dari posisi BR.

Pemilik Liverpool – Sepertimana yang kita tahu, John Henry seorang ahli perniagaan dan dia suka bergantung kepada statistik dan percaya kepada nilai jual semula pemain. Sebagai pemilik dia mempunyai kuasa besar untuk menentukan arah tuju kelab. Walaupun BR dikatakan akan memilih sendiri pemainnya, aku risau JH akan membuat keputusan sendiri untuk isu Agger ini. Kenapa aku cakap macam tu? Dua sebab, artikel dari liverpool-kop dan artikel dari eplindex.

Sinopsis artikel

Mengikut statistik yang disediakan oleh liverpool-kop, Agger menghabiskan 43% masanya di Liverpool dalam keadaan cedera.Ini adalah sesuatu yang merisaukan. Bagi kebanyakan penyokong Liverpool, nombor ini dengan mudah dilupakan dengan persembahan Agger yang mantap di bahagian pertahanan bersama Skrtel. Tapi bagi pemilik Liverpool yang berotak bisnes dan jarang-jarang tunduk kepada nilai sentimental, sekiranya ada tawaran setinggi 27-30 juta pound untuk Agger yang dibeli pada harga 5.8 juta pound dahulu, aku pasti mata mereka akan bertukar kepada lambang duit.

Agger akan menyambut harijadinya yang ke-28 pada 12 Disember nanti. Jadi dia adalah pemain yang matang untuk dijual mengikut falsafah JH. Selepas ini dia tak mungkin lagi mencapai nilai yang setinggi itu. Ditambah pula dengan statistik kecederaan yang aku sebutkan tadi. Ada yang mendebatkan yang Agger lebih hebat berbanding Skrtel. Jadi adalah tak logik Liverpool mahu menjualnya. Di sinilah artikel kedua dari eplindex merisaukan aku.

Mengikut artikel itu, Agger sebenarnya tidak sehebat yang dirasakan. Korang boleh semak sendiri nombor-nombor yang dipaparkan dalam artikel tu sebab mata aku dah berpinar ditambah lak dengan rasa tak puashati. Jadi secara ringkasnya, artikel itu membuktikan yang Agger sebenarnya lebih kepada battling defender (hebat dari segi pertempuran?) berbanding ball playing defender (seperti yang aku sangkakan) . Jadi Skrtel lebih hebat dan lebih dekat dengan kriteria pemain pertahanan yang mampu menghantar bola dengan baik (Pemain pertahanan yang kuat lebih mudah dicari).

Pemain hampir 28 tahun, dibeli pada harga 5.8 Juta pound, menghabiskan 43% masa dalam keadaan cedera.

Sekiranya tawaran 30 Juta diterima. Jual atau tolak?

Dari segi perniagaan : JUAL

Itu dari segi perniagaan. Dari sudut bolasepak pula, aku tak setuju dia dijual. Pertama sekali, sejak bila Liverpool menjadi kelab yang menjual pemain? Kita bukan kelab pembekal pemain. Dan aku sangat gembira sekiranya Liverpool kekal begitu. Kita membeli dan membangunkan pemain untuk membantu kelab mencapai kejayaan. Agger masih dalam kontrak sehingga 2014 dan sekiranya Liverpool tak mahu melanjutkan kontraknya pun, aku rasa kita patut gunakan dia sampai habis masanya di Liverpool.

Aku tak pernah lagi nampak kesetiaan seperti yang ditunjukkan Agger dalam pemain lain. Dia sendiri menegaskan, sekiranya dia tidak gembira di Liverpool, dia tak akan kekal sehingga 6 tahun. Dia juga mahu ke kelab luar Liga Perdana Inggeris sekiranya dijual. Dan perlu aku ingatkan waktu dia patah tulang rusuk sebab nak keluarkan bola dari masuk gol Liverpool? Agger-Skrtel aku rasa antara pasangan pertahanan tengah paling mantap bagi musim yang akan datang ini dan dengan kelembapan Liverpool dalam mencari pemain baru akan meninggalkan Liverpool dengan kurang seorang pemain pertahanan tengah dan aku tak rasa itu situasi yang pemilik Liverpool mahukan musim ini.

Kenapa perlu jual seorang pemain yang komited dan hebat sedangkan Liverpool bukan dalam keadaan yang memerlukan wang? Kita sering dikhabarkan yang Liverpool berada dalam keadaan kewangan yang sihat dan tak perlu menjual pemain untuk membeli pemain. Jadi idea menjual Agger selewat ini tanpa ada sebarang tanda pembelian pengganti yang lebih hebat pada musim yang dijangkakan akan menjadi titik tolak kebangkitan Liverpool adalah tidak masuk akal bagi aku. Tidak perlu membaiki sesuatu yang tidak rosak. FSG perlu berfikir dengan jelas tentang ini. Mencari seorang pemain yang mahu bermain untuk kelab yang ‘bermasalah’ seperti Liverpool sekarang lebih susah daripada mencari keuntungan beberapa juta.

Dari segi bola sepak : SIMPAN

Tapi persoalannya yang mana yang korang pilih? Jual atau simpan? Kesetiaan atau Keuntungan? Bola sepak atau perniagaan? Tinggalkan komen anda di bawah.

YNWA

p/s : Payah gila nak kawal emosi waktu tulis artikel ni..huhu~

4 thoughts on “Dilema Agger

    • Dah jadi king dah sekarang..hahah…kalau pak arab beli memang bahagia la duit melimpah ruah…huhu..stadium kompem dah siap…

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s