Disebalik Jaring Merah


Salam dan selamat sejahtera. Sewaktu Fabio Borini menjaringkan gol pertamanya untuk Liverpool di Anfield, dia menjadi pemain pertama meletakkan bola dibelakang jaring merah Anfield yang baru diperkenalkan semula.

Kali terakhir jaring merah ini dilihat di L4 adalah pada pertengahan 90-an. Jaring merah ini diperkenalkan semula atas arahan Brendan Rodgers dengan cara yang sama papan asal “This is Anfield” dari tahun 1974 dipasang semula di terowong Anfield sebulan lalu.

Kurator muzium LFC, Stephen Done menjelaskan ” Brendan dan keluarganya diberikan lawatan pertama ke Anfield sehari selepas dia dilantik menjadi pengurus Liverpool. Di penghujung lawatan, kami berdiri di Kop dan Brendan berkata yang dia selalu ingat gol di Anfield mempunyai jaring berwarna merah. Tahun 1980-an merupakan tahun yang penting dalam perkembangannya. Dia baru mula menonton bola sepak dan bermain bola sepak. Dan dia cukup ingat jaring berwarna merah itu. Dia mencadangkan supaya ia dipasang kembali”

“Kevin O’Shea (dari Muzium LFC) berkata dan saya setuju, Ia tak akan memenangi perlawanan tapi jika ianya memberikan kita sedikit kelebihan kecil dengan membuatkan penonton dan pasukan berasa lebih hebat, mengapa tidak?

John Brodie, jurutera awam Liverpool, mencipta jaring gol pada 1889 dan sejak itu, semua jaring mesti berwarna gelap, dan itulah yang dilihat di Anfield sehinggalah mereka mengubahnya kepada warna merah dalam tahun 1960-an. Gambar yang diambil ketika bertemu bakal juara liga, Manchester City (di bawah) menunjukkan jaring merah telah dipasang seawal 1968.

Imej diambil dari Laman Rasmi Liverpool FC

Musim 1994-95 merupakan tahun terakhir penyokong Liverpool melihat jaring merah Anfield sehinggalah mereka kembali untuk pertembungan dengan FC Gomel minggu lepas. Tapi kenapa jaring itu ‘hilang’ dahulu?

Stephen menjelaskan : “Jaring itu diganti kerana ada pemain Roy Evans mengatakan mereka tidak nampak gol dengan jaring merah itu dengan berlatarbelakangkan Kop jadi mereka menukarnya.

“Mereka mungkin ada alasan di situ tapi ini tak pernah menjadi masalah untuk Rush, Barnes, Aldridge dan apatah lagi Roger Hunt!”

Diterjemah dari artikel asal di Laman Rasmi Liverpool FC. Sila lawati untuk lebih banyak gambar menarik. YNWA.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s