featured image LIVERPOOL 3-1 Leverkusen

Liverpool 3-1 Leverkusen


Imej diambil daripada Laman Rasmi Liverpool FC

Salam dan selamat sejahtera. Liverpool mengucapkan selamat tinggal kepada perlawanan pramusim dengan bergaya selepas mengalahkan Bayer Leverkusen 3-1. Tumpuan penonton tak lain tak bukan kepada pengurus Leverkusen, Sami Hyypia. Sangat seronok tengok Reina peluk Hyypia waktu dalam terowong sebelum keluar ke padang dan waktu Hyypia salam pemain Liverpool lepas perlawanan walaupun Astro tunjuk sikit je lepas tu terus potong. Huhu… Joe Allen tidak diturunkan kerana mengikut kata pengulas, dokumentasi tidak sempat disiapkan bagi melayakkan Allen bermain dalam perlawanan ini. Tapi tak apa. Sebab Sterling main🙂

Brendan rodgers dan Sami Hyypia (Imej dari Laman Rasmi Liverpool FC)

Liverpool : Reina, Kelly, Enrique, Carragher, Coates, Lucas, Shelvey, Gerrard, Downing, Sterling, Suarez. Subs: Jones, Henderson, Carroll, Adam, Robinson, Spearing.

Seperti yang dijangka, Liverpool menguasai permainan. Liverpool dibawah kendalian BR mengamalkan konsep tekan pemain lawan sampai dapat bola dan pegang bola elok-elok. Liverpool tak akan biar pemain lawan pegang bola dengan lama. Pemain ditekan dari bahagian atas lagi. Raheem Sterling antara nama pemain muda yang disebut-sebut untuk menyertai pasukan utama musim ini. Dia sering menjaringkan gol sewaktu bermain untuk Pasukan Muda Liverpool. Tapi malam ini dia menjaringkan gol yang cantik menentang salah satu kelab terbaik Jerman. Enrique melorongkan bola kearah ruang kosong di belakang pemain pertahanan dan Sterling dengan pantas mengejar dan berjaya melepaskan diri daripada beberapa pemain dan kemudian terus melepaskan rembatan lencong melepasi penjaga gol. 1-0! Dan perlawanan baru dalam minit ketiga!

Pada minit ke 27 Liverpool melancarkan serangan kilat selepas serangan Leverkusen daripada sepakan sudut berjaya dipatahkan. Downing menghantar bola kepada Suarez. Anfield semakin riuh! Dan Suarez kemudiannya dijatuhkan di luar kotak penalti. Gerrard menolak bola untuk Downing. Downing merembat! Oh..tak! Dia melorongkan bola kepada Suarez di dalam kotak penalti! Suarez berpusing-pusing. Pertahanan menolak bola. Lucas! Mudah dia menolak masuk. 2-0 Liverpool! Wow! Aku rasa dah berzaman aku tak tengok Liverpool guna sepakan percuma dengan kreatif! Harap-harap ini antara perubahan musim ni sebab aku sangat suka apa yang aku tengok ni.

Separuh masa kedua Hendo, Carroll, Adam, Spearing dan Spearing masuk menggantikan Suarez, Gerrard, Downing, Lucas dan Enrique. Perlawanan berubah. mungkin untuk menyesuaikan dengan kehadiran pemain-pemain yang baru masuk. Aku tengok ramai yang bersorak bila Carroll dapat bola. Ramai rupanya yang nak dia kekal di Liverpool. Bagi aku memang dia banyak lepas bola. Tapi dia penyerang. Kalau bagi bola tinggi memang peluang untuk dapat bukan 100% macam bola leret yang dihantar tepat ke kaki. Tapi yang pasti, Carroll bermain bersungguh-sungguh. Kalau terlepas bola mesti dia kejar balik sampai dapat. Dan pada minit ke 64 satu pergerakan menarik berlaku diluar kotak penalti Leverkusen apabila Adam melakukan hantaran kepada Carroll dengan satu sentuhan yang menarik. Carroll kemudiannya mengacah pemain pertahanan sebelum berpusing dan melepaskan rembatan kencang menggunakan kaki kirinya. Penjaga gol menahan tapi bola terlalu kuat. 3-0 Liverpool!

Secara umumnya Liverpool mengawal permainan.Tapi ada juga sesekali leverkusen berjaya melepasi pertahanan Liverpool namun tiada penyudah berbahaya menyebabkan Liverpool selamat. Namun pada minit ke 75 Leverkusen berjaya mendapatkan gol saguhati apabila Sam melepaskan rembatan cantik menewaskan Pepe Reina. Bagi aku Carra terlalu mudah lepaskan Sam untuk merembat tapi tak apa. Tengah menang 3-0 kan? Heheh. Lain kali jangan buat lagi ye Carra😉 Sterling memangbagi persembahan yang baik dalam perlawanan ni. Beberapa kali jugak la dia gelecek lepas pertahanan. Bagi aku apa yang menakjubkan adalah kekuatan dia untuk belepasi pemain lawan. Walaupun badan dia kecik dia berjaya menggunakan kekuatannya untuk melepasi pertahaan sepertimana yang boleh kita lihat waktu gol pertama. Harap BR terus teruja untuk gunakan Sterling dalam BPL nanti. Sekian dulu dari aku. Minggu depan kita ucapkan Selamat Datang BPL! YNWA.

Pesanan penaja : Jangan lupa untuk singgah di page baru di bawah menu 2012 ye😉

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s