featured image LIVERPOOL 3-0 FC GOMEL

Liverpool 3-0 FC Gomel


Salam dan selamat sejahtera. Lama dah tak mengemaskini blog. Mood selalu hilang bila tak sihat. Kadang-kadang rasa macam nak berenti menulis pun ada jugak. Tapi lepas perlawanan ni tiba-tiba datang balik semangat nak teruskan blog ni. Memandangkan banyak kejadian yang dah terlepas aku akan masukkan semua sekali dalam entri kali ni.

Perlawanan persahabatan

Apa yang aku nampak +ve dan -ve

  • Liverpool bukan main tiki-taka
  • Masih banyak hantaran jauh (dan banyak yang sangkut)
  • Masih belum menyerang seperti Liverpool sebenar
  • Masih mudah bolos akibat serangan kilat

Apa yang aku harap

  • BR masih belum terap sepenuhnya tikit-taka / dia akan guna taktik unik untuk Liverpool nanti sebab tu waktu ni nampak bersepah lagi
  • BR mahu tingkatkan kemahiran menghantar bola dahulu sebelum yang lain sebab tu nampak kucar kacir
  • BR bawa masuk pemain lagi sebab kalau tengok prestasi pemain simpanan ni masih belum boleh galas tugas ganti pemain utama untuk jangka panjang
  • Liverpool akan nampak lebih mantap dengan skuad utama

Keputusan perlawanan persahabatan di USA

  • Toronto 1-1 Liverpool (Adam Morgan)
  • Roma 2-1 Liverpool (Charlie Adam)
  • Tottenham 0-0 Liverpool

FC Gomel 0-1 Liverpool

Waktu perlawanan ni aku dah risau sebenarnya. Liverpool guna skuad yang agak kuat tapi Gomel mendominasi serangan dan Liverpool selalunya duduk dalam kawasan sendiri je. Tak ada gerakan-gerakan menarik. Gol tunggal hasil rembatan Downing je jadi pengubat untuk perlawanan yang bagi aku agak hambar ni. Tapi mungkin aku letak harapan tinggi sangat kot? Lagipun ini main kat tempat lawan. aku memang menyedapkan hati sendiri waktu ni. Sambil hari-hari dok mengharap ada pemain baru masuk.

Liverpool 3-0 FC Gomel

Ngilu2~ (Gambar dari metro.co.uk)

Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Borini, Suarez dan Gerrard dalam satu skuad. memang terliur tengok skuad Liverpool dalam perlawanan ni. Atas kertas memang sangat kuat. Reina sebagai penjaga gol. Walaupun musim lepas agak hambar tapi satu skuad perlu dipersalahkan untuk musim lepas. Bukan Reina sorang. Johnson, Skrtel, Agger, Enrique dibahagian pertahanan. Fuh! Memang mengancam. Kalau tak takkan Money City ngan Barca berebut ye dak? Bahagian tengah lak Lucas, Gerrard dan Shelvey. Memang ramai yang tengah tunggu Lucas dan Gerrard kembali ke tengah padang sama-sama. Suarez, Borini dan Downing lak di bahagian atas. Kepada yang tak tengok perlawanan ni, atas kertas memang nampak kuat skuad ni..tapi…atas padang..super duper kuat!!!! Heheh..over di situ. Tapi itu la pandangan aku bila tengok perlawanan semalam. Walaupun orang kata lawan pasukan lemah je pun. Aku tetap percaya Liverpool boleh buat yang sama waktu BPL nanti.

Bolasepak kembali ke Anfield!! Alangkah seronoknya jadi insan yang berpeluang tengok perlawanan semalam. Tengok Suarez gelecek pemain lawan sampai terduduk-duduk. Tengok Gerrard lari membelah pertahanan dan tengok Borini jarigkan gol pertama. memang pueh ati la kalau tengok depan mata. Tapi tengok kat astro pun ok je. Cuma yang kurengnya tak ada kat HD. Kembang je gambo aku tengok. Jadilah kan..Secara umumnya semua pemain bermain dengan baik. Sebab…? Ingat tak apa BR pernah cakap pasal menekan pemain lawan dengan tinggi (kedudukan padang)? Semua pemain perlu terlibat untuk ini. Kalau tak memang kantoi. OK. Takde la dia cakap macam tu. Tapi itulah isinya. Jadi semua pemain nampak mantap. Termasuk Downing. Walaupun dia nampak senyap dalam perlawanan semalam. Kalau tengok balik, dia sebenarnya sentiasa menjadi ancaman. Cuma kurang digunakan. Dia sering di posisi yang berbahaya. Mungkin Liverpool bahagikan serangan kepada 2 bahagian. Sebelah Downing untuk cross-cross dan sebelah Suarez untuk main lari-lari masuk kotak penalti. Mungkin la kan…

Passing Liverpool memang kemaih dalam perlawanan ni. Percubaan pun banyak. Pergerakan memang mengancam. Bersilang-silang. Kalau aku jadi pemain pertahanan Gomel semalam memang menangis aku kat tengah padang tu. Oh ya. Kepada yang masih nak cakap “alaa…FC Gomel je pun”. Ingat balik. Musim lepas bila Liverpool menang penalti dengan Cardiff orang kata itupun payah. Tapi bila menang dengan Gomel ni nak cakap macam ni lak? Memang sampai bila la tak habis kan? Jadi jangan layan pendengki-pendengki di luar sana. baik layan video perlawanan penuh dalam HD sebab memang terbaik perlawanan ni. Tak rugi bersusah payah download. Aku rasa takat ni je dulu. Eh..lupa. Borini jaring gol pertama dia untuk Liverpool di Anfield. Gerrard jaringkan gol ke 150 dia. Glen Johnson jaringkan gol voli yang ohsem! YNWA.

Liverpool akan bertemu Hearts secara kalah mati lepas ni sebelum ke peringkat kumpulan. Tarikh adalah 24 dan 31 Ogos.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s