Pengurus terbaik Liverpool


Baca selanjutnya untuk video.

Salam dan selamat sejahtera. Harini aku tergerak nak buat artikel mengenai Bill Shankly, pengurus terbaik Liverpool. Sebabnya aku terjumpa video yang sangat menarik. Sebelum aku tengok video ni aku hanya baca dan baca dan baca mengenai Bill Shankly. Mula-mula sekali aku tengok pencapaian je. Huh? Kenapa dia pengurus terbaik Liverpool? Bob Paisley lagi banyak menang piala. Rujuk sini. Lepas aku baca lagi, baru aku tahu rupa-rupanya dia yang menjadi pencetus kepada kejayaan Liverpool selepas itu. Dia adalah bapa bolasepak moden Liverpool.Untuk tahu lebih lanjut boleh baca perincian apa yang dia buat di Liverpool. Aku nak cerita pasal video bawah ni😛

Dan sebelum aku tengok video ni aku tak tahu pengaruh dia sangat kuat kepada penduduk Liverpool. Nak menangis kot aku tengok video ni. Lagi-lagi bila aku tengok bahagian hujung-hujung tu. Jadi sebelum tengok sila sediakan tisu ye untuk yang dalam hati ada taman tema air macam aku😉

Banyak sebenarnya kisah-kisah menarik dia. Sebab dia seorang yang suka buat kelakar. Sebab tu dalam video tu sampai tergelak-gelak orang cerita pasal dia. Contohnya cerita dia ‘tipu’ Ray Clemence untuk masuk Liverpool. Dia kata penjaga gol waktu tu, Tommy Lawrence dah tua dan nak tamat tempoh dah, kalau dia masuk Liverpool dia terus jadi penjaga gol utama. Tapi Clemence kata waktu sampai kat Melwood, Lawrence masih hebat dan dia terpaksa tunggu 2 tahun setengah lagi untuk main!

Ok, satu je lagi, yang lain korang kena baca sendiri. Waktu musim 1973-1974, dalam perlawanan kedua terakhir, Liverpool seri dengan West Ham 2-2. Yang kelakarnya, Liverpool tengah kalah 1-2 dan Shankly agaknya dah tak berharap dah dapat gol memandangkan tinggal beberapa minit je sebelum tamat perlawanan, terus berjalan menuju ke bilik persalinan. Dia dengar penonton bersorak tapi dia jangka sebab pengadil tiup wisel penamat. Dalam bilik persalinan dia dah menunggu dengan muka marah. Sambil pemain masuk dengan tersengih-sengih buat dia makin panas. Kemudian dia terus cakap “Kamu tak sepatutnya kalah dengan pasukan macam ni…” Kemudian ada orang tegur. Lagi dia marah. “Bill, kita seri tadi. Keegan jaring gol saat akhir”. Muka Bill Shankly semerah tali leher yang dipakai kata Phil Thompson. Dia terus cakap “Keputusan yang bagus lads! Kamu berhak mendapatnya”. Satu bilik tergelak.

Sekarang kita dah ada pengurus baru. Untuk samakan atau berharap sekalipun dia menjadi sehebat Shankly adalah sesuatu yang terlalu tinggi. Tapi banyak persamaan yang ada antara mereka. Salah satunya, Cara menggunakan penjaga gol sebagai stopper. Clemence (ke Lawrence?) dulu menggeletar lutut main luar kawasan penalti. Sampai penyokong jerit. “Balik ke garisan!” Tapi itu cara yang ditekankan oleh Shankly. Sebab tu dia digelar bapa bola sepak moden. Waktu tu tak ada siapa main macam tu. Untuk lebih banyak artikel mengenai Bill Shankly sila ke lfchistory.net.

YNWA

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s