3 Laman FB wajib tahu untuk peminat Liverpool Malaysia


Salam dan selamat sejahtera. Sebelum ada yang komen mana page kelab peminat semua sambil cuba menghack akaun aku biar aku jelaskan lagi. Ini antara page FB yang korang perlu tahu (dan aku rasa kebanyakan dah tahu) kalau korang nak cari baju atau barang-barang lain yang Liverpool jual. Ini 3 yang aku tau. Kalau korang ada tau banyak lagi boleh kongsi dengan aku. Jadi apa sebenarnya yang diorang offer? Betul ke barang original? Kenapa tak beli online dari Liverpool je? Jom kita tengok apa pilihan yang ada. Owh, sebelum tu..mintak maap la mane yang jenguk blog aku tapi hampa sebab tak ada update. Kemalasan melanda aku sejak kebelakangan ni… heheh. Aku cuba sedaya upaya untuk keluar dari zon ni secepat mungkin. Masalahnya Liverpool sangat perlahan beli pemain. Jadi aku pun perlahan la mengupdate. Mungkin BR nak buat kejutan, umumkan 5 pembelian serentak, buat press conference, semua terkejut dan Liverpool menang liga! OK. Itu angan-angan Mat Jenin. Tapi tak mustahil kan?😉 Balik kepada cerita asal….

Beli dari online store Liverpool

Aku pernah dah beli online. Itupun sebab aku ada membership. Jadi ada diskaun 10 peratus. Tapi yang kurengnya beli direct dari online shop adalah kos penghantaran. Untuk kos penghantaran ke luar Eropah, dia buat caj tetap 15gbp. Dalam ringgit Malaysia kalau convert kat google sekarang adalah RM 74.0691741!!! Mahal kan? Jadi aku hanya beli waktu dia buat penghantaran percuma ke seluruh dunia..heheh…dan masa tu baju adidas away dan ketiga dah diskaun jadi dapat 2 dengan harga RM200+🙂 Jadi kalau korang ada sedara mara yang duduk UK pun leh jadi murah lagi. hantar ke alamat diorang (takpun suruh diorang beli kat kedai) pastu hantar kat korang sebab caj pos sebenarnya tak semahal tu. Cuma LFC dah tetapkan kadar macam tu.

Beli di kedai New Balance

Kalau korang taknak beli dari kedai online korang boleh terus ke kedai New balance yang ada kat Malaysia ni. Korang boleh pegang dan gosok kat muka tengok kain ok ke tak..heheh. Tapi! Harga mahal sikit berbanding pilihan selepas ni. Harga jersi baru yang aku tengok dan sedihnya…aku beli…adalah RM259.00 untuk jersi home lengan pendek. Lengan panjang adalah RM289.00. Aku tau…mahal. Tapi untuk yang dah alang-alang keluar dan suka merayap boleh cari terus kedai NB.

Laman FB New Balance Malaysia

Senarai kedai NB :

Fahrenheit 88 – +60 3 2148 0955
One Utama, Bandar Utama – +60 3 7724 2250
The Gardens Mid Valley, PJ – +60 3 2283 2655
Bukit Bintang Plaza, KL – +60 3 2148 9671
Aeon Jusco Bukit Tinggi, Klang – +60 3 3326 2955
Aeon Jusco Bukit Indah, Johor – +60 7 237 0655

Beli dari 3 laman di atas

Branded Bargain UK, Reds Boutique dan LFC Butik. Zaman sekarang ni dah tak susah. Semua benda boleh buat kat FB. Jadi kalau korang taknak bayar lebih untuk baju ni boleh tengok harga yang diorang offer. Untuk BBUK, korang boleh ke depot diorang di Malaysia untuk tengok dan beli terus produk Liverpool. Dan untuk 2 lagi laman, boleh deal dengan mereka untuk tengok produk sekiranya di kawasan berhampiran mereka dan jenguk laman mereka selalu untuk promosi dan rasanya diorang ada je berjalan or lepak kat D’Stall dengan barang-barang nak dijual. so kena la alert dengan FB diorang. Tapi biasanya semua pos je dan taklah sampai RM75 sekali hantar…heheh. Beruntung rasanya jadi peminat Liverpool kat Malaysia ni. Senang nak beli barang…heheh. Aku pernah beli dari LFC Butik, dalam proses nak beli dari Reds Boutique dan akan join BBUK dalam masa terdekat kalau ada kesempatan😉

Jadi harapnya tak ada lagi soalan macam “Kat mana nak cari baju baru Liverpool eh?” lepas ni ye. Sebagai pengguna, kita ada pilihan. Kita boleh tengok semua pilihan yang ada. Buat perbandingan mengikut situasi kita. Dan buat pilihan yang bijak. Pilihan seseorang tu tak semestinya bagus untuk kita jugak. Jadi Ini antara pilihan yang ada sebagai peminat Liverpool di Malaysia. Kepada semua laman diatas aku ucapkan tahniah. Korang memang best. Aku yang tulis blog syok sendiri pasal Liverpool pun dah rasa best, lagi pulak korang yang buat kerja berkaitan Liverpool kan? Harap korang gunakan kepercayaan peminat pada korang dan teruskan persaingan secara sihat😉

You’ll Never Shop Alone!😉

kemaskini : lupa nak cakap, semua barang mereka adalah dari kedai Liverpool jugak, cuma kos kurang sikit…sebab apa? Lu pikirlah sendiri😉

9 thoughts on “3 Laman FB wajib tahu untuk peminat Liverpool Malaysia

    • senang kan beli dengan diorang….sesuai untuk orang yang maleh keluar bejalan…hehehe….jimat pun jimat…kalau keluar…minyak lagi, makan lagi, beli benda2 yang tak patut lagi…kan..kan…

      • For your info, kbnykn barang specially clothes utk anak2 atau hadiah even kek pun saya order online! Mungkin salah satu punca berat badan taknak turun jugak. Lol!

        Tapi honestly, cemana pun mmg teringin sgt nak gi shopping sendiri kat Anfield🙂

        • huhu…itulah antara masaelahnye kalau beli online…tapi rasenye kalau keluar mesti makan sedap2 punyer…so sama je…heheh…

          Huiii….shopping kat Anfield….tour stadium….tengok match…..round2 bandar……semua dalam list angan2 je setakat nih…huhu~

  1. jangan lupa ada satu kedai penuh dengan tshirt, jersey dan merchandise liverpool iaitu Liverfreaktee Clothings beroperasi di no. 7 bazaar kejiranan usj 7, jalan kewajipan, usj 7, subang jaya. boleh like fb page dorg liverfreaktee. service penghantaran tip top. kebanyakan produk yg dijual adalah ready stock.

    • Tak lupa. Cuma yang ni untuk carik jersey dan barangan rasmi. Maybe nanti akan buat kedai2 yang jual merchandise pulak😉

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s