Khabar Angin Perpindahan Pemain Liverpool 2012 – Episod 2


Teruskan membaca untuk video dan pendapat.

Salam dan selamat sejahtera. Dalam Episod 1 kita dah tengok 5 orang pemain yang dikaitkan dengan Liverpool. Apa yang menarik tentang khabar angin adalah kita boleh berimaginasi tentang kehebatan pemain itu di Liverpool musim depan. Harapan aku dalam tingkap perpindahan kali ni adalah BR bawa masuk sejumlah pemain supaya Liverpool mempunyai bilangan pemain yang sihat untuk berjuang merebut semua piala musim depan😉

Benedikt Howedes

Howedes merupakan seorang pemain pertahanan yang kini diintai oleh kelab-kelab gergasi. Dia boleh bermain diposisi kanan walaupun dia lebih menyerlah sebagai pemain pertahanan tengah. Dia merupakan produk akademi Shalke 04 dan kini BR dikatakan ingin mendapatkannya untuk menambahkan pemain pertahanan yang ada di Liverpool. Jenis pemain pertahanan yang dicari BR adalah pemain yang selesa membawa bola dan boleh memulakan serangan dari bawah. Buat masa ini pemain pertahanan di Liverpool adalah  seperti di bawah dan sekiranya Howedes ke Liverpool, BR akan mempunyai bilangan pemain pertahanan yang selesa untuk melalui semua kejohanan musim hadapan,

Kanan : Johnson, Kelly, Flanagan
Kiri : Enrique, Robinson
Tengah : Agger, Skrtel, Carra, Coates, Wilson

Bagi aku Howedes tak perlu risau tentang persaingan sebab Agger selalu cedera dan Carra mungkin jadi pemain piala dan pemain gantian bermula musim depan. Jadi peluang untuk mana-mana pemain pertahanan baru untuk terus masuk kedalam kesebelasan utama Liverpool adalah cerah. Apa yang aku tak nak tengok adalah seorang pemain pertahanan baru masuk dan Skrtel/Agger dijual. Sebab inilah masalah yang selalu timbul di Liverpool.

Sumber : talksport | caughtoffside

Milos Krasic

Memandangkan Kuyt dah tinggalkan Liverpool dan ada khabar mengatakan Maxi pun akan dijual, maka BR akan memerlukan beberapa pemain sayap. Memandangkan tiada siapa tahu formasi dan strategi yang akan digunakan BR, aku anggap sahaja dia gunakan formasi biasa, 442. Mengikut formasi ini, Liverpool hanya ada beberapa pemain sayap iaitu :

Pemain sayap : Downing, Maxi, Cole, Sterling, Bellamy?

Aku tak letak Hendo sebab dia bukan pemain sayap dan dia tak menyerlah disitu. Dengan hanya 5 orang pemain sayap untuk posisi kanan dan kiri, Liverpool berisiko menggunakan pemain posisi lain untuk posisi ini memandangkan tahap kecergasan Bellamy dan Maxi tidak menentu sekiranya dilihat pada musim lepas. Krasic pernah digelar Nedved baru sewaktu dia bermain dengan baik tapi kemudian dia semakin tenggelam. Dengan harga 6 juta pound yang dilaporkan, aku rasa dia berbaloi dijadikan sasaran. Aku lemah betul baca komen, “dia tak banyak jaringkan gol”, “dia tak banyak hasilkan gol”.

Semua orang perlu keluar daripada kepompong “Kalau pemain tak pernah jaring/hasil gol banyak, dia tak cukup bagus untuk Liverpool” dan “pemain murah mesti tak bagus” sebab aku lagi rela tengok dia jaring gol banyak waktu kat Liverpool berbanding kelab-kelab sebelum tu dan tengok je lah Demba Ba dan Papisse Cisse.

Sumber : live4liverpool | dailymail | mirror

Mohamed Diame

 

Aku tau ramai yang akan kerut dahi bila baca nama ni. Tapi secara realitinya, selepas Lucas, tiada siapa yang boleh memegang bahagian tengah. Spearing sangat tak konsisten. Sekejap ok. Sekejap tak. Liverpool pernah main tanpa pemain tengah bertahan tapi terlalu berisiko bagi aku. Pemain Liverpool dalam posisi ini sekarang :

Pemain tengah bertahan : Lucas, Spearing

Diame boleh didapatkan dengan percuma memandangkan kontraknya telah tamat dan dia tidak mendapat kontrak baru. Jadi,  Liverpool boleh salurkan duit untuk pemain di posisi kritikal seperti bahagian serangan. Mengikut beberapa laporan, Manchester United juga mahu mendapatkannya sebelum menarik diri apabila mengetahui masalah jantung Diame. Khabarnya Wigan mempunyai mesin defrib (sila google : aku taktau Bahasa Melayunya apa) sekiranya ada masalah dengan Diame.

Sumber : caughtoffside | skysports | thisisfutbol

Adam Johnson

Hmm…Adam Johnson? Aku tak tau berapa agaknya harga yang Liverpool perlu bayar untuk dia ni memandangkan dia pemain “tempatan”. Dan aku juga takut dia menjadi mangsa keadaan macam Downing. Apapun, kalau dia betul-betul sampai di Liverpool, aku tak kisah dan mungkin sedikit teruja sebab selama lawan Man City sebelum ni, dia antara pemain yang aku paling risau. Dia boleh menggelecek dengan baik, merembat dan menghantar bola. Walaupun nampak sama macam kualiti Downing tapi apa yang aku nampak adalah pemain yang berlainan secara keseluruhannya. Yang menjadi tanda tanya sekarang adalah harga, dan kesanggupan Man City menjual pemain kepada Liverpool.

Ada penyokong Liverpool yang menekankan tentang kemalasan Johnson mengejar balik bola sewaktu bertahan. Tapi aku pasti, andainya dia masuk Liverpool, BR akan membimbing dia ke jalan yang betul sebab itu cara yang BR suka main.

Sumber : bleacherreport | caughtoffside

Daniel Agger dan Alberto Aquilani

Dalam sibuk-sibuk kejar pemain baru, ada beberapa khabar angin yang menggembirakan untuk kita. Pertama sekali, Daniel Agger dah bagi hint untuk kontrak baru. Aquilani pula khabarnya akan berjumpa dengan BR untuk mengetahui nasibnya di Liverpool. Pada pendapat aku, Aquilani seorang penghantar bola yang baik dan dia seorang yang kreatif. Jadi sebenarnya tak ada masalah untuk BR bagi peluang dia habiskan kontrak dia di Liverpool. Tak sabar tunggu musim baru! YNWA.

Sumber Agger : mirror
Sumber Aquilani : anfieldred


Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s