Khabar Angin Perpindahan Pemain Liverpool 2012 – Episod 1


Teruskan membaca untuk video dan pendapat.

Salam dan sejahtera. Minta maaf sebab lama dah tak kemaskini blog. Semenjak dua menjak ni hidup tak tentu arah dengan pindah rumah, pindah pejabat dan macam-macam hal peribadi yang lain. Lagipun semua tengah demam EURO kan? Tak apa kot. Jadi dalam sibuk-sibuk EURO ni apa cerita tentang Liverpool? Aku banyak dengar nama-nama yang dikaitkan dengan Liverpool tapi ini antara yang aku rasa menarik.

Fabio Borini

Fabio Borini merupakan pemain yang dikenali Brendan Rodgers sejak menjadi jurulatih skuad muda di Chelsea dulu. Kemudian dia pinjam Borini sewaktu di Swansea dan Borini membantu Swansea ke Liga Perdana dengan menjaringkan 6 gol dalam 12 perlawanan. Dia juga boleh mengambil sepakan percuma. Dia berumur 21 tahun tahun ini. Mengikut beberapa laporan, PSG juga berminat untuk mendapatkannya. Bagi aku kalau PSG dah masuk perlumbaan dapatkan pemain, Liverpool boleh lupakan je lah. Banyak lagi pemain lain. Tapi andai kata Liverpool beli dia, aku tak kisah sebab BR kenal dan dah ada pengalaman menguruskan dia dan apa yang Liverpool tak perlu sekarang adalah pemain yang perlu menyesuaikan diri dan ambil satu dua musim lagi.

Sumber : thisisanfield | caughtoffside

Daniel Sturridge

Daniel Sturridge katanya dalam dilema apabila RDM lebih suka gunakan pemain lain daripada dia sehingga menyebabkan dia terlepas peluang untuk menyertai pasukan England di EURO. Bagi aku dia seorang pemain yang tamak (setakat yang aku pernah tengok dia main kat Chelsea). Sikap tamak dalam seorang pemain menyerang kadang-kadang bagus dan kadang-kadang tak berapa bagus. Tapi andainya dia sampai di Liverpool aku pasti dia akan mendapat faedah yang besar berada di bawah bimbingan BR. Cuma masalahnya adalah harga. Dia pemain muda yang sedang meningkat dan pemain dari England selalu dijual dengan mahal. Kalau dapat bawah 10 juta memang hebat la siapa yang tawar-menawar tu.

Sumber : givemefootball | dailystar

Raul Garcia

Ada sumber yang mengatakan, walaupun Liverpool khabarnya merisik-risik bekas pemain mereka seperti Alonso dan Mascherano, Liverpool sebenarnya berminat dengan Garcia. Dia seorang pemain tengah menyerang dan boleh menjaringkan gol. Cubaan aku untuk mencari video dia gagal dan aku hanya dapat video dia menjaringkan gol ni. Kalau korang jumpa video lain baguslah. Maksudnya skil aku mencari video di youtube perlu diasah lagi. Dia menghabiskan musimnya sebagai pemain pinjaman di Osasuna. Dia menjaringkan 11 gol dalam 33 penampilan dan membantu Osasuna mengakhiri musim di tempat ke-7. Dia berpindah ke Atletico Madrid daripada Osasuna pada tahun 2007 dengan harga 13 juta. Ada yang mengatakan dia dah tandatangan kontrak baru dengan Atletico tapi tak ada sumber yang rasmi.

Sumber : insidefutbol | bleacherreport

Gylfi Sigurdsson

Ini pemain pertama dan paling kerap dikaitkan dengan Liverpool sejak BR ambil alih tugas pengurus. Dia cemerlang dibawah pimpinan BR dan aku pasti dia nak ikut kemana pun BR pergi. Masalahnya sekarang, situasi dia tak dapat dipastikan. Mula-mula aku dengar yang dia dah setuju kontrak dengan Swansea. Lepas tu katanya belum setuju. Dan ada pula yang kata Liverpool dalam perbincangan dengan dia. Mana satu yang betul pun aku tak tahu. Tapi katanya, harga pemain ni dalam lingkungan 9 juta. Kelebihan dia aku tak perlu cerita lagi kot? Boleh tengok dari video dan dia dah selesa dengan BR. Itu yang penting. Oh..lupa…katanya Swansea ada perjanjian dengan BR yang dia tak akan curik pemain Swansea dalam masa setahun tapi itu pun tak boleh nak pastikan kesahihannya.

Sumber : BBC | dailymail

Luuk De Jong

Antara pemain paling menarik dikaitkan dengan Liverpool setakat ni. Walaupun dalam skuad EURO Belanda tapi dia tak dapat peluang untuk  menyerlah. Ini mungkin sesuatu yang baik untuk kelab-kelab yang nak membelinya. Sebab harganya tak akan melambung tinggi daripada harga sebelum EURO. Ada sumber yang mengatakan harganya serendah 7 juta! Tapi ada sumber yang mengatakan FC Twente dah letak harga 12.5 juta. Bagi aku tu masih harga yang murah dan Liverpool perlu sambar dengan segera sebab kalau korang tengok berita di internet, hampir semua kelab dikaitkan dengan nama dia.

Sumber : bleacherreport | goal

Dengan duit yang tak berapa nak ada (nampak gayanya la…) harga maksimum pemain perlu dalam lingkungan 10 Juta untuk pastikan ada 2,3 orang pemain baru. Kalau ada pemain yang mahal daripada tu mungkin Liverpool akan mengalah awal-awal. Apapun, ini semua sekadar khabar angin sahaja. Memandangkan musim baru lama lagi nak mula kita sebagai peminat bola sepak ni berseronok je lah dengan khabar angin sambil tukar-tukar pendapat. Jadi, apa pendapat korang? Dalam 5 orang ni siapa yang korang nak dan kenapa?

2 thoughts on “Khabar Angin Perpindahan Pemain Liverpool 2012 – Episod 1

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s