Strategi BR : Peluang untuk trio muda Liverpool?


Teruskan membaca…

Salam dan selamat sejahtera. Minggu lepas kita dah tengok apa strategi yang MUNGKIN akan digunakan oleh BR nanti. Kepada yang terlepas boleh KLIK DI SINI. Artikel asal oleh This Path is Made by Walking memang menarik dan terperinci. Kalau betul ini strategi yang akan digunakan, kita tahu ada 2 orang pemain yang tak akan terlibat iaitu Fabio Aurelio yang kini bersama kelab Brazil, Gremio dan Dirk Kuyt yang dah selamat berhijrah ke Fenerbahce. Jadi siapa yang akan terlibat? Adakah trio pemain muda di atas akan terlibat?

Strategi BR

Setiap musim akan ada perbincangan tentang pemain muda tapi setiap musim juga kita kecewa. Tapi BR hanya ada kira-kira 20-30 juta untuk pemain baru dan 3 nama yang dikaitkan dengan Liverpool adalah Clint Dempsey, Gylfi Sigurdsson dan Joe Allen (kemungkinan tak dapat sebab khabarnya ada perjanjian antara Liverpool dan Swansea). Memandangkan Liverpool akan bertanding dalam Liga Europa jadi BR akan memerlukan skuad yang lebih besar. Jadi kemungkinan untuk pemain muda diserap kedalam skuad utama adalah tinggi walaupun hanya sebagai pelapis. Memandangkan aku akan membincangkan berkenaan 3 pemain di atas, kita fokus kepada pemain dalam zon 5 dan 6 sahaja iaitu posisi yang berkaitan dengan mereka.

Strategi Brendan Rodgers (Kredit kepada : thispathismadebywalking)

Sisipan dari artikel sebelum ini…

Zon 5 – the box to box creative midfielders – Pemain berbakat, mempunyai kebolehan untuk membuat keputusan dan mengubah tempo permainan dalam sekelip mata, kebolehan teknikal yang menyeluruh diperlukan untuk mengisi posisi ini. Pemain dalam posisi ini adalah untuk mencari ruang di celah-celah pemain lawan dan melengkapkan segitiga. Pemain tidak digalakkan membuat hantaran berisiko atau yang cantik, sebaliknya hanya perlu membuat hantaran ringkas dan pendek. Steven Gerrard antara pemain yang perlu menyesuaikan diri dengan posisi ini. Sebab dia jenis pemain direct dan dah biasa main secara bebas. Tapi mungkin BR akan buat strategi khas untuk Gerrard ;-)

Zon 6 – the inside forwards – Messi, Alexis Sanchez, Dyer, Sinclair dll merupakan contoh pemain berbakat, kreatif dan mempunyai teknik yang bagus. Ini merupakan jenis pemain yang akan mengisi zon ini. Luis Suarez merupakan salah seorang pemain yang boleh masuk dalam model Barcelona tanpa masalah. Tapi dalam Liverpool, pemain macam ni ada seorang sahaja melainkan Joe Cole digunakan dalam posisi sama. Hmm…Susah-susah bawak je Dyer dan Sinclair kan? :-P

Raheem Sterling

Sterling merupakan seorang pemain sayap yang menarik. Dia ada kepantasan dan kemahiran menggelecek. Namun dia lebih kepada pemberi daripada penerima. Untuk dia masuk kedalam pasukan BR dia perlu menyesuaikan diri dengan tugas menjaringkan gol dan menggerakkan serangan sepertimana yang Dyer dan Sinclair lakukan di Swansea. Bermain dalam liga simpanan dan liga remaja adalah satu perkara dan bermain dalam Liga Perdana adalah satu perkara yang lain. Apa yang aku lihat dalam video-video yang ada, penyudahnya kurang berbisa (ingat, dia pemain sayap).

Nathan Dyer menerima bola daripada penyerang

 

Scott Sinclair menggerakkan serangan

Dani Pacheco

Tak banyak yang boleh aku katakan untuk Pacheco melainkan ini adalah peluang dia untuk menyerlah. Dia bermain di Barcelona sebelum berhijrah ke Liverpool. Jadi aku tak rasa akan ada masalah untuk dia main dalam sistem ini. Dia sesuai bermain dalam zon 6, sama seperti Sterling. Umurnya kini 21 tahun dan sekiranya dia tak dapat peluang dalam musim 2012-2013 aku dapat rasakan yang dia akan tinggalkan Liverpool. Dia selesa mengawal dan menggelecek melepasi lawan, mampu membuat hantaran yang baik walaupun dibawah tekanan dan dia juga mempunyai kebolehan menjaringkan gol. Pakej lengkap untuk pemain Zon 6😉

Jesus Fernandez Saez aka Suso

Mengikut pemerhatian aku, Suso lebih sesuai untuk bermain di zon 5. Dia lebih kepada playmaker seperti Steven Gerrard dan mereka juga berkongsi masalah yang sama iaitu mereka gemar bermain dalam posisi bebas dan melakukan hantaran jauh dan berisiko. Kalau diikutkan, ini sebenarnya peluang untuk BR gunakan kekuatan mereka. Dia boleh mengubah sedikit cara serangan di zon 5 dan 6 ini untuk menyesuaikan dengan pemain yang ada. Mungkin hantaran berisiko boleh mengelirukan lawan yang sedang sibuk menjaga 5 orang pemain yang sedang menyerang (dan kemungkinan 2 pemain tambahan dari bahagian sayap). Suso juga mempunyai kemahiran menggelecek yang hebat jadi untuk dia berada dalam zon 6 juga tak mustahil. Cuma dia perlu mendisiplinkan diri untuk mencuba bila perlu (konsep tiki-taka : menilai peluang menjaringkan gol) dan berundur bila perlu.

Pemain sedia ada (mengikut kesesuaian posisi)

Zon 6 : Suarez, Joe Cole, Maxi, Bellamy
Zon 5 : Gerrard, Aqua, Henderson, Shelvey

Secara realitinya ini yang BR ada untuk sesuaikan dengan strateginya. Itupun kalau dia tak jual pemain-pemain ni. Untuk setiap posisi, Liverpool perlu sekurang-kurangnya 3 orang pemain untuk bertanding dalam Liga Perdana, Liga Europa, Piala Liga dan Piala FA. Jadi untuk Zon 6 Liverpool perlu 6 orang pemain. Dengan anggapan yang pemain diatas tidak akan dijual, Liverpool perlu 2 orang lagi pemain. Jadi di sinilah Pacheco dan Sterling patut diberi peluang (sekiranya seorang sahaja aku akan pilih Pacheco).  Aku tak jangka yang mereka akan terus ke skuad utama tapi sekurang-kurangnya sebagai pelapis skuad utama (mungkin beberapa minit sebagai pemain gantian dalam beberapa perlawanan) sambil mereka sendiri menggunakan strategi sama untuk perlawanan pasukan simpanan/muda.

Untuk Zon 5 pula, seandainya seorang pemain dibawa masuk, Suso boleh mengisi 1 lagi ruang yang ada sebagai pelapis. Jadi Liverpool akan ada bilangan pemain yang selesa untuk menempuh musim yang aku jangkakan akan jadi sangat sukar untuk Liverpool dengan perubahan strategi dan peningkatan (pembelian) pasukan 6/7 teratas liga.

Kesimpulan

Liverpool ada 3 orang pemain berbakat (lebih lagi dalam akademi) yang sedia untuk pasukan utama. Dengan kekangan dari segi kewangan (seperti yang digembar-gemburkan media) Brendan Rodgers yang terkenal dengan permainan menyerangnya boleh menggunakan peluang ini untuk memenangi hati peminat Liverpool yang saban tahun mengharapkan akan ada McManaman, Fowler, Carra, Owen dan Gerrard yang akan keluar daripada akademi terus kedalam pasukan utama. Apa pandangan anda? Adakah mereka sudah bersedia?

7 thoughts on “Strategi BR : Peluang untuk trio muda Liverpool?

    • Bro, lainkali tak perlu tulis URL lagi dalam komen sebab aku akan klik pada nama…kalau tulis macam ni terus masuk spam.

      1. Aku tak pernah tahu ada kumpulan penyokong everton kat Malaysia ni..heheh…
      2. Carroll akan jadi penyerang…bukan pemain kiri dan kanan. Kena tengok nanti macamana BR guna dia.
      3. Aku tak lupa Lucas. Sekarang ni cuma bincang posisi menyerang, bukan bertahan.
      4. Raheem ni kalau kat kelab lain memang dah main pasukan utama, Harap musim ni dia terlibat.

  1. Aku rasa carroll bleh sesuaikan diri. .dia ada persamaan ngan Danny Graham kat Swansea. .Stail BR ada persamaan dngan stail RB,tak mengharapkan sangat striker jaringkan goal. .Joe Cole ngan Aqualani sesuai ngan sistem BR. .

    • yup…macam yang aku kata…Carroll kalau sama rajin macam game2 hujung musim haritu dia boleh masuk dengan taktik BR..kalau maleh memang tak dapek la…taktik ni memerlukan semua orang bergerak dan rajin mintak bola…

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s