Brendan Rodgers = Pep Guardiola + Jose Mourinho?


Salam dan selamat sejahtera. Aku sekarang tengah seram sejuk menunggu pengumuman perlantikan pengurus Liverpool yang baru. Mana taknya, daripada senarai nama yang mengandungi berbelas-belas pengurus dari yang hebat sampai yang..err…biasa, akhirnya sekarang tinggal 1 nama sahaja, Brendan Rodgers. Mula-mula nampak macam Martinez, tapi alih-alih nama dia yang naik. Waktu aku menulis ni kira dah sah la kot perlantikan, cuma tak umumkan lagi je. Kalau tak, memang kesilapan suratkhabar kedua terbesar la kat England sana hari ni..huhu (rekod kesilapan terbesar masih lagi dipegang The S*n). Lagipun, Swansea dah keluar kenyataan kat LAMAN RASMI SWANSEA.

Aku menunggu rabunmerah buat dialog untuk pengurus baru nanti..heheh…

Kalau korang tanya aku, aku lebih kepada Brendan Rodgers ni daripada Roberto Martinez. Kenapa? Pertama sekali, Roberto Martinez punya rekod sebenarnya merisaukan. Berapa tahun dia kat Wigan dan bergelut dengan penyingkiran? Jumlah gol yang dilepaskan Wigan pun menakutkan (ya, lebih menakutkan daripada nisbah jaringan/cubaan Liverpool musim baru ni). Walaupun dia muda adalah sangat tak logik kalau dia dilantik kerana setahu aku, John Henry suka tengok statistik. Rasanya tak perlu cerita panjang pasal Martinez. Kita tengok apa yang menarik tentang RB….eh…BR..heheh.. (youseewhatididthere?)

Secara ringkas

  • 1973: Dilahirkan pada 26 Januari (Sama dengan Mourinho!) di Carnlough, Northern Ireland
  • 1987: Mula bermain sebgaai pemain pertahanan untuk Ballymena United
  • 1990: Menyertai Reading sebelum terpaksa bersara selepas mengalami kecederaan. Kekal di situ sebagai jurulatih.
  • 2004: Jose Mourinho melantik Rodgers sebagai pengurus pasukan muda Chelsea
  • 2006: The Blues menaikkan pangkatnya kepada pengurus pasukan simpanan Chelsea
  • 2008: Menjadi pengurus Watford
  • Jun 2009: Kembali ke Reading menggantikan Steve Coppell
  • Disember 2009: Meninggalkan kelab dengan persetujuan bersama selepas permulaan yang teruk
  • Julai 2010: Kembali menjadi pengurus bersama Swansea
  • Mei 2011: Membawa The Swans ke Liga Perdana melalui pusingan kalah mati
  • Mei 2012: Membawa The Swans ke tempat ke-11 dalam musim pertama mereka di Liga Perdana

Perincian Latar Belakang

BR merupakan seorang pemain kelab di Northern Ireland tapi terpaksa menamatkan keriernya seawal 20 tahun kerana kecederaan pada lutut (masalah genetik mengikut wiki..heheh). Dia tidak membuang masa dan terus mendapatkan lencana kejurulatihan dan menjadi jurulatih bagi pasukan muda Reading. Kemudian berkerja keras sehingga menjadi pengurus pasukan muda Reading. Dia menghabiskan masa selama 9 tahun bersama Reading sambil terlibat sebagai jurulatih pasukan simpanan dan pasukan utama. Apa yang menakjubkan bagi aku adalah, sepanjang waktunya di Reading, dia sering merantau ke Sepanyol dan Belanda untuk mencari idea dan falsafah bolasepak yang bakal digunakan untuk mencorak dirinya sebagai seorang pengurus.

Rasanya semua orang boleh teka kelab mana yang dia lawat kan? Ya. Barcelona dan Ajax. Kalau korang pilih yang mana? Barca/Ajax? Mesti Barca kan..hehe. Sebab tu gaya permainan yang diterapkan di Swansea adalah lebih tiki-taka (Barca) daripada total football seperti Ajax (nanti aku terangkan). Dan sebab tu la aku rasa kita dapat sedikit pengaruh Pep Guardiola dalam BR ni. (walaupun sebenarnya lebih kepada pengaruh Barcelona). Kenapa dia sampai ke Sepanyol dan Belanda cari idea? Sebenarnya dari dulu lagi dia dah tak suka dengan cara bola sepak dimainkan di Britain. Jadi dia mencari resipi baru.

Setiap kali saya bermain sebagai pemain belia kebangsaan dengan Northern Ireland, kami akan bermain menentang Sepanyol, Perancis, Switzerland dan seumpamanya. Kami yang selalunya mengejar bola. Dalam fikiran saya, pada umur yang sebegitu muda pun, saya masih ingat saya berfikir “Saya lebih rela main untuk pasukan lawan berbanding pasukan sendiri” – BR

Brendan Rodgers dan Mourinho bertemu di Itali pada tahun 2009. Mereka masih berhubung walaupun telah mambawa haluan masing-masing. (Kredit : watfordfc.com)

Hasil kerja kerasnya, pada tahun 2004, Jose Mourinho melantiknya menjadi Pengurus Pasukan Muda Chelsea dan pada tahun 2006, dia dilantik menjadi Pengurus Pasukan Simpanan Chelsea. Selama dia bekerja dengan Jose Mourinho, dia banyak belajar dan dia dikatakan telah mengimplementasikan sedikit sebanyak teknik dan metodologi latihan serta pengurusan pemain yang digunakan oleh Mourinho kedalam pasukannya. Sebab itulah aku rasa kita beruntung dapat seorang pengurus yang masih muda dan ada pengaruh Mourinho. Sewaktu dia mendapat kerja sebagai pengurus Watford pada tahun 2008, dia sudah pun mempunyai 15 tahun pengalaman dalam kejurulatihan, pengurusan pasukan muda dan pasukan simpanan! Sesuatu yang sangat hebat bagi seorang ang berumur 35 tahun waktu tu.

Brendan Rodgers sewaktu di Chelsea

Saya suka semua tentang dia. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan melihat bola sepak dari sudut yang lebih kurang sama seperti saya. Dia terbuka, suka belajar dan suka berkomunikasi – Jose Mourinho

Dia melalui waktu yang sukar di Watford dan Reading selepas itu. Tapi setibanya di Swansea, dia membawa The Swans terus ke Liga Perdana pada musim pertama dia mengambilalih. Mereka kemudiannya menamatkan musim 2011-2012 pada tempat ke-11, 5 mata dibelakang Liverpool di tempat ke-8. Mungkin orang akan kata itu nasib dan kelab baru naik biasanya akan jatuh selepas beberapa musim. Tapi jika dilihat kembali perlawanan-perlawanan mereka musim ini aku terpegun, dan cuak pada masa yang sama. Aku pasti ramai yang macam tu. Dan kalau tak cukup yakin lagi, Swansea di tempat ketiga pasukan yang paling banyak pegang bola (possession) dengan 57.98% (Arsenal 60.13%, MC 58.24%). Mereka juga dapat 14 kali tanpa bolos. 2 lebih daripada Liverpool.

Artikel rujukan (sangat menarik, sila baca) : The Liverpool Word | The Tomkins Times | BBC

Cara yang betul ambil bahan dari artikel orang lain…walaupun thanks tu salah eja..huhu…sila singgah di The Liverpool Word dan komen pada artikel beliau🙂

Strategi

Ada lagi yang belum yakin? Ok, sekarang masuk bahagian yang seronok. Seperti yang korang tahu, Liverpool sekarang dan sejak beberapa tahun kebelangan ni main secara terus..eh..yeke? Main secara direct la senang cerita. Tapi Liverpool yang dulu-dulu bermain secara mengawal bola. Sebab tu sekarang peluang untuk gol banyak tapi disebabkan penyudah kurang, maka teruklah jadinya. Peratus jaringan/percubaan pun turun mendadak. Mengikut konsep yang diamalkan Spain, Barca dan Rodgers yang berdasarkan konsep tiki-taka ini mementingkan pengawalan bola, hantaran pendek, menggunakan pelbagai ruang untuk bergerak dan menilai kualiti peluang menjaringkan gol itu sendiri. Sebelum tu, aku nak bagitau, total football lebih kepada pemain mengisi posisi yang ditinggalkan pemain lain supaya semua posisi sentiasa ada pemain (semua pemain boleh main semua posisi). Tiki-taka pula mementingkan bola dalam kawalan dengan memastikan pemain di posisi tertentu. Kapish? Tak jugak? tengok video ni.

Tiki-taka Barca

Total Football Belanda (boleh tengok pemain naik turun isi posisi)

Strategi Swansea (pasukan simpanan)

Nampak kan? Mungkin konsep Swansea tu lebih kepada hibrid..huhu. Dia tak banyak guna satu sentuhan pendek sahaja macam Barca. Tapi konsep segitiga tu nampak jelas. Itu baru pasukan simpanan, bukan pasukan utama. Untuk konsep yang Rodgers gunakan, dia pernah terangkan. Mula-mula dia bahagikan padang kepada 8 bahagian dan kemudian dia akan plotkan formasi. Setiap zon akan menentukan cara permainan setiap pemain dalam zon itu.

Strategi Brendan Rodgers (Kredit kepada : This Path is Made by Walking)

Penerangan

Zon 1 – ‘sweeper goalkeeper’ – Ruangan khas ini berkemungkinan mengambil ruang lebih besar berbanding dengan strategi lain bermaksud pertahanan akan bertahan lebih tinggi. Penekanan dalam pendekatan ini adalah penjaga gol akan lebih banyak mendapat bola dan perlu membuat lebih banyak hantaran pendek kepada pemain lain. Seandainya pemain dalam zon 2 dalam tekanan, penjaga gol akan bertindak sebagai tempat melepaskan tekanan..huh? Lain macam je bunyi kan? Maksudnya, sekiranya pemain zon 2 ditekan pihak lawan, bola akan diberi kepada penjaga gol…Huhu…Dalam kes Liverpool, Reina akan bertindak sebagai sweeper. Memandangkan Reina merupakan bekas pemain Barcelona, dia sangat sesuai untuk posisi ini kerana dia memang dilatih untuk taktik sebegini.

Zon 2 – ‘líbero’ – Pernah main bola tampar? Kalau korang pernah main dalam kejohanan, korang mesti pernah nampak seorang pemain yang pakai baju warna lain kan? Itulah libero dalam pasukan bola tampar. Biasanya libero ni serba boleh. Semua posisi boleh main tapi untuk tujuan pertahanan, bukan serangan. Dalam kes ni, libero adalah dua pemain pertahanan tengah. Mereka akan banyak memegang bola dan seperti penjaga gol, mereka juga akan bertindak sebagai tempat melampiaskan…err..melepaskan tekanan. Kriteria pemain tengah adalah salah seorang mesti kuat, dan seorang lagi mesti yang hebat dari segi teknikal. Hmm…siapa ye? Kalau Barca ada Pique-Puyol, Liverpool ada Skrtel-Agger. Aku dah boleh bayang dah Agger sebagai playmaker dari bawah ;-) Ashley Williams (pemain pertahanan tengah Swansea) telah membuat cubaan hantaran jauh paling banyak berbanding semua pemain lain sewaktu musim 2011-2012. Kebanyakannya hantaran pantas tapi leret. Secara logiknya, libero berada pada kedudukan strategik untuk melihat semua pemain di hadapan.

Zon 3 – ‘volante de salida’ – Terjemahan yang Google bagi adalah roda pengeluaran….huhu..baiklah pakcik Google, sebagai roda pengeluaran, pemain di bahagian ini mesti licik dan pandai mengeluarkan diri daripada masalah tetapi pandai dapatkan bola balik, pandai membaca perlawanan dan membuat hantaran secara terus setiap kali bola di kaki walaupun dengan tekanan lawan. Tugas lalai (default) sudah semestinya menjadi tempat melepaskan tekanan😉 Leon Britton yang bermain di posisi ini mempunyai kadar hantaran 93.3% sehingga Januari 2012.

Zon 4 – wing backs – Pemain bek sayap ini perlu bekerja keras untuk berlari ke atas dan ke bawah. Hantaran ketengah akan dibuat dari garisan goal lawan (byline) dan bukan lagi dari posisi lebih bawah dari itu. Antara pemain yang sesuai untuk posisi ini adalah Johnson, Kelly dan Enrique. Mungkin perlu seorang atau 2 pemain sebagai pelapis.

Zon 5 – the box to box creative midfielders – Pemain berbakat, mempunyai kebolehan untuk membuat keputusan dan mengubah tempo permainan dalam sekelip mata, kebolehan teknikal yang menyeluruh diperlukan untuk mengisi posisi ini. Pemain dalam posisi ini adalah untuk mencari ruang di celah-celah pemain lawan dan melengkapkan segitiga. Pemain tidak digalakkan membuat hantaran berisiko atau yang cantik, sebaliknya hanya perlu membuat hantaran ringkas dan pendek. Steven Gerrard antara pemain yang perlu menyesuaikan diri dengan posisi ini. Sebab dia jenis pemain direct dan dah biasa main secara bebas. Tapi mungkin BR akan buat strategi khas untuk Gerrard😉

Zon 6 – the inside forwards – Messi, Alexis Sanchez, Dyer, Sinclair dll merupakan contoh pemain berbakat, kreatif dan mempunyai teknik yang bagus. Ini merupakan jenis pemain yang akan mengisi zon ini. Luis Suarez merupakan salah seorang pemain yang boleh masuk dalam model Barcelona tanpa masalah. Tapi dalam Liverpool, pemain macam ni ada seorang sahaja melainkan Joe Cole digunakan dalam posisi sama. Hmm…Susah-susah bawak je Dyer dan Sinclair kan?😛

Zon 7 – the linking target man – Pemain dalam zon ini perlulah mempunyai kemahiran teknikal terutamanya sentuhan pertama, link-up dan pergerakan ketika tidak membawa bola (off ball movement). Andy Carroll waktu hujung-hujung musim mungkin boleh masuk dengan mudah dalam strategi ini, tapi Andy Carroll awal musim no..no..no… Untuk contoh, boleh tengok Fabio Borini, penyerang Swansea waktu di Championship.

Zon G (8) – goal scoring opportunity and assist zone – Ruang ini adalah untuk hasil dan jaringkan gol. Liverpool sekarang memang banyak mencipta peluang tapi banyak yang tak disudahkan. Pemain yang masuk ke dalam zon ini mestilah mempunyai kemahiran membuat keputusan yang baik samada untuk mencuba menjaringkan gol atau untuk menghantar balik bola untuk buat semula gerakan serangan. Tapi kebergantungan kepada sistem ini kadangkala akan menyebabkan permainan nampak perlahan dan bosan serta mudah dibaca lawan seperti kes Barca dan Chelsea. Tapi mungkin Gerrard adalah jawapan kepada sistem ini dan BR pasti membuat perubahan-perubahan kecil untuk menyesuaikan dengan pasukannya. Tapi aturan umumnya, satu gol mesti dijaringkan dalam setiap sembilan cubaan.

Rumusan

Amacam? Menarik tak? Tapi aku tak janji la ini strategi yang dia akan pakai. Cuma secara logiknya, ini apa yang dia hasilkan lepas merantau jauh ke Sepanyol dan Belanda cari ilmu. Jadi tak akan dia nak tinggalkan kan? Lagipun, untuk berjaya gunakan taktik ni mungkin perlu masa yang lama. Barcelona jadi macam sekarang bukan satu malam je. Yang penting, perlantikan BR membolehkan jangkaan peminat direndahkan berbanding KK dulu. Mesti semua orang kata alah…mesti lepas ni top 10 je. Tak pun turun liga. Huhu…rilek dulu. Kita tengok dulu macamana ye😉

Sebagai penutup…kedudukan pemain Swansea sewaktu menjaringkan gol tunggal menentang Man City😉 (lupa nak bulatkan yang tengah cross sebelah kanan tu)

Reaksi peminat di FB (RedmenTV)

Artikel asal : The Path is Made by Walking

*Aku tukang terjemah dan olah sikit-sikit je. SILA BACA ARTIKEL ASAL. Sebab lagi menarik daripada terjemahannya..heheh…maaf sebab entri ni panjang gila. Selamat datang Brendan Rodgers! YNWA.

14 thoughts on “Brendan Rodgers = Pep Guardiola + Jose Mourinho?

    • aku pun lega jugak….huhu…serius masa tengok gambar ni terus teringat kat ko…hahah…sekarang masa untuk shopping pemain pulak!

  1. terbaik..hehe aku dah bace kt This Path is Made by Walking..tapi ada gak yg aku xpaham….huhu lega BR yg akan menguruskan liverpool..harap taktik baru nih wat liverpool semakin bagus dlm epl n eropah..

    • terima kasih bro…TPSMBW tu memang best…artikel di banyak yang menarik..aku pun tak abes selongkar lagi blog tu…tak sabar rasanya nak tunggu musim baru start nanti…era baru untuk Liverpool…harapnya😉

  2. byk gak player liverpool yg sedia ada neh xseswai utk tiki taka taktik..cth nye downing huhu…direct winger yg suke berlari xtntu hala..dan cross pun mcm hampeh….next season arap xde lagik cross merapu2 n passing xsampai..tiki taka mementing kan kesempurnaan passing,stop ball,n kretiviti..dan kesefahaman yg betol2 chemist..kn

    • hmm…betul la tu…downing tu textbook punya winger…dribble dan cross….pastu kaki kanan dia tak bape nak idup..huhu…rasanya untuk taktik baru nanti kena pemain macam Joe Cole/Silva/Modric atau yang seumpamanya untuk zon 6 tu. Tapi boleh je guna Downing belah kanan. Dribble ke tengah dan rembat macam dia selalu buat. Cuma dia kena improve decision making (dia ni rembat ikut dan je). Kena tengok dulu apa BR boleh buat dengan pemain sedia ada (ini yang buat menarik sebenarnya)…sekarang dengan EURO memang takleh la dia nak buat apa sangat bab pemain tu…

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s