Kenny Dalglish – Lagenda Berakhir


Salam dan selamat sejahtera. Aku masih lagi dalam keadaan terkejut. Pagi ni aku tengok newsnow penuh dengan berita Kenny Dalglish tinggalkan Liverpool. Aku baca semua berita sambil berharap yang aku bermimpi. Tapi akhirnya aku terpaksa menerima kenyataan. Tiada lagi King Kenny.

Terima Kasih KK!

Kenny mesti tengah sedih sekarang. Walaupun dia kata dia ok aku tak percaya. KK sebenarnya mangsa reputasinya sendiri. Sebelum dia sampai, kita tak berharap pun boleh menang dengan mana-mana pasukan. Seri pun dah cukup bagus. Nak menang dengan kelab besar jauh sekali. Tapi sebaik sahaja dia sampai, penyokong Liverpool kembali berharap. Kembali percaya yang Liverpool akan bangkit. Apabila harapan setinggi gunung, kemungkinan yang lebih besar adalah kita akan jatuh berbanding berjaya sampai ke puncak. Itu yang berlaku kepada KK.

Aku bukan nak kata musim ni bagus untuk Liverpool. Prestasi liga musim ni memang hambar. Tak dinafikan. KK bawa Piala Liga balik ke Liverpool tapi aku tau itu tak cukup bagi sesetengah orang. Walaupun diorang la yang bersorak bukan main waktu menang. Kita kalah Piala FA. Tapi siapa yang sangka lebih kurang satu musim lepas berada di tempat ke-17 (yeke? tak ingat dah) kita boleh pegi ke perlawanan akhir untuk dua piala?

Bagi aku pembelian pemain bukan sepenuhnya salah KK. Harga tu mungkin terlalu mahal untuk mereka. Tapi pemain sendiri tak tunjuk kemampuan sebenar mereka. Bagi aku mereka ni sebelum sampai Liverpool antara nama-nama yang hebat dan kalau tengok dalam kesebelasan utama memang nampak macam pasukan yang boleh menang. Tapi itulah, sayangnya ramai pemain yang mengecewakan musim ni. Harap musim depan mereka menyerlah tak kira siapa yang jadi pengurus.

Banyak nama yang dikaitkan untuk menjadi pengganti KK. Antaranya Roberto Martinez, Rafa Benitez, AVB, Jose Mourinho, Martin O’Neill, Alan Pardew dan banyak lagi nama-nama yang dipetik oleh laman-laman bolasepak di internet. Biarlah masa yang tentukan siapa bakal menjadi pengurus Liverpool. Pengurus ke-empat dalam masa 4 musim. Apapun, aku berterima kasih kepada KK atas Piala Liga dan menyatukan kembali Liverpool kesayangan aku. YNWA.

LFC part company with Dalglish | Dalglish: It has been an honour | Kenny and LFC in 25 photos | Ayre: Kenny unified LFC | A tribute to The King

6 thoughts on “Kenny Dalglish – Lagenda Berakhir

  1. *Tapi siapa yang sangka lebih kurang satu musim lepas berada di tempat ke-17 (yeke? tak ingat dah)

    ke 18, seingat saya. demmit. I like him. patut dia stay at least 2 musim lagi utk prove. tunggu siapa pulak lepas ni…

    thnx so much King KD!

    • Kan? Kan? Bukan rezeki dia la kot…nama besar je layak ganti Kenny lepas ni…takmau la Martinez ke…sape ke…bagi Mourinho/Pep Guardiola ke ok gak..heheh….Pep kan suka Liverpool🙂

  2. Aku secara peribadi tak setuju dengan pemecatan ini….. aku dapat rasakan yang martinez akan jadi pilihan john henry

    secara peribadi gak kalau nak ikut pilihan realistik campur pilihan peribadi atas beberapa kapasiti, rasanya aku pilih Martin O’Neill.

    Rafa Benitez ( setelah dalglish rasanya sentimantel value sudah tidak diterima oleh John Henry),

    AVB ( rasanya AVB ni ibarat macam player bagus tapi baru baik injured, AVB kiranya macam pengurus yang injured setelah dipecat hehehe )

    Jose Mourinho ( he he tak mungkin deh…ini Pengurus paling demand dan ngada ngada didunia bukan dilahirkan untuk Liverpool )

    Pep Guardiola ( paling aku suka kalau jadi pengurus Liverpool, tapi aku rasa dia akan pilih chelsea )

    selagi tak diumumkan pengurus Liverpool yang baru…selagi tu lah aku risau…

    ianya mengingatkan aku dengan pengurus suam suam kuku dulu, boleh buat Liverpool relegate inikan pula pengurus yang berjuang untuk kuar dari relegation apa yang bakal dia buat dengan Liverpool…oh!

    • Aku harap bukan Martinez…O’Neill bagus lagi dari dia. Ada jugak baca-baca pasal orang nak O’Neill ke Liverpool. Sebab dia ni pilihan yang lebih realistik dan dah pernah dikaitkan sejak dulu lagi.

      Aku ade baca katenye sebelum pecat KD lagi diorang dah contact AVB..tapi taktaula..media ni bukan betul sangat…Tapi point yang diorang guna untuk AVB adalah dia tak cukup masa kat CHelsea dengan skuad yang dah tua ganyut…tapi kalau dia masuk Liverpool, asas pasukan dah ada….bagi aku, kalau dia takleh handle pressure baik takyah..kang muda2 kena skit jantung karang…

      Aku masih berharap Pep jadi pengurus baru tapi dia tengah bercuti..huhu…aku dengar Chelsea nak amik Capello jadi oengurus diorang. Yang penting, kalau KD tak cukup bagus, pengurus baru mesti lebih bagus daripada dia. Jadi sangat la sengal kalau owner pilih pengurus macam Martinez sedangkan ramai lagi yang available. Aku taktau apa yang akan jadi. Mungkin dia bagus. Mungkin tak. Tapi yang aku tau aku nak Pep Guardiola! =P

  3. KK bagi saya dah buat yang terbaik dengan apa yang ada. dengan Nama Liverpool yang semakin tercalar dengan result sebelum ni. (non-champions league rank), xperlu la nk banding antara manager liverpool sebelum ni kerana situasi berbeza. Expectation terlalu tinggi untuk KK.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s