Rumusan Mingguan : Chelsea, Baju Baru, King Kenny dan perpindahan pemain


Salam dan selamat sejahtera. Seminggu aku tak menghadap komputer. Seminggu juga la blog ni terbiar. Untuk pengetahuan, aku menghadiri kursus selama seminggu dan tak berkesempatan menulis sebab setiap malam kerana samada aku ada aktiviti atau terbongkang kepenatan atas katil. Jadi terima kasih kepada yang masih sudi singgah melawat blog ni setiap hari. Harini aku nak rumuskan terus apa yang terjadi minggu ni.

Oooo..pergi I-City sempat…tulis blog tak sempat…heheh

Liverpool 4-1 Chelsea

Agger menjaringkan gol hasil bantuan Carroll (Kredit : BBC Sport)

Aku tau cerita ni dah basi tapi ada ke yang dah bosan tengok ulang-ulang perlawanan ni? Tipu la kalau ada sebab aku pun tak puas lagi tengok video perlawanan ni. Waktu ni aku sedang kursus. Tapi aku tak kira. Nak tengok Liverpool main aku sanggup. Ingat nak tidur dulu tapi kawan-kawan ajak keluar. Aku pun keluar dan sudahnya pukul 2 baru balik. Maka aku teruslah ke kedai mamak dan tengok perlawanan ni sampai pukul 5. Hari tu aku tidur 2 jam je. Pagi nak kursus. Maka jadi la panda lagi sekali. Tapi takpe. Sebab memang berbaloi-baloi.

Banyak keputusan pengadil yang tak berapa nak betul malam tu. Aku rasa ada beberapa yang layak dapat kad merah. Contohnya Essien yang terjah dengan kedua-dua kaki atas betis Carroll. Nasib baik tak patah kaki mamat tu. Orang kata Chelsea turunkan pemain simpanan. Tapi aku rasa tak la selemah mana pasukan diorang. Terry, Ivanovic, Essien, Torres, Malouda..kan? Liverpool pun tak ada Lucas, Gerrard, Enrique, Adam dan yang paling penting, pasukan utama Liverpool pun tak sekuat mana musim ni. Jadi tak perlu la nak cakap Chelsea guna pasukan lemah. Yang penting, kita enjoy tengok perlawanan ni🙂

Sumber : Debatable Decisions | Soccernet | Goal | BBC

Jersey baru Liverpool untuk musim hadapan

Apa kata anda?

Selamat tinggal Adidas selamat datang Warrior! Aku cukup risau tunggu baju baru keluar. Takut keluar yang dahsyat-dahsyat macam kain pelikat ke..kui3…Tapi akhirnya keluar lah jersi serba merah dengan tulisan dan logo emas. Nampak retro. Balik ke asas. Aku suka. Kumpul duit la dulu baru nak beli nanti. Tunggu jersi away dan ketiga keluar dulu pun ok😉

Ramai ke yang dah tempah?

Aku ada dapat emel dari Elizabeth Wu (Racepoint Group) yang menguruskan pemasaran Warrior di Asia..kot…ingatkan boleh la dapat maklumat-maklumat eksklusif ke apa tapi hampeh. Dia hanya bagi pautan untuk disebarkan. Kalau camtu aku pun boleh buat. Harap ada la apa-apa yang menarik untuk jersi away dan ketiga nanti.

Laman Rasmi Warrior Football | Laman FB Warrior | Tweeter Warrior

King Kenny Kekal

Aku pun tak tahu mana aku baca tapi katanya Kenny kekal sebagai pengurus satu musim lagi TAPI perbelanjaan akan dikurangkan. Hmm…apa maksud semua ni? Jom tengok kedua-dua belah pandangan…positif dan negatif.

Positif : Guna pemain muda (akhirnya!), pemain sedia ada bertambah yakin, tiada pemain akan dijual
Negatif : Prestasi hambar bersambung, Ada pemain mahu keluar tapi dihalang dan akhirnya hati dah tak kat Liverpool

Aku tak dapat fikir apa lagi boleh tambah…seminggu tak menulis berkarat dah otak..heheh…kalau korang ada apa-apa pandangan tambah kat ruang komen di bawah ye.

Perpindahan Pemain

Rasmus Elm dalam perjalanan ke Liverpool? (kredit : http://lovelfc-blog.blogspot.com)

Aku makin keliru tentang aktiviti perpindahan Liverpool nanti lepas baca kenyataan Kenny di Laman Rasmi Liverpool. Mula-mula ada berita mengatakan duit untuk Kenny dikurangkan. Tapi dia sendiri kata Liverpool akan aktif dalam tingkap perpindahan. Hmm…MUNGKIN MACAM NI…

Kurangkan perbelanjaan – Kenny belanja dengan banyak sebelum ni. Aku tak pasti berapa. Ada yang kata menghampiri 100 juta pound (tanpa tolak hasil jualan pemain). Kalau belanjanya dikurangkan kepada 80 atau 50 juta aku tak kisah sangat pun..heheh…kurang la tu kan?

Aktif – Macamana nak aktif kalau tak ada duit kan? Mungkin cari pemain secara pinjaman? Ramai hebat yang memanaskan bangku simpanan di kelab masing-masing sekarang. Untuk mengurangkan perbelanjaan mungkin Liverpool akan meminjam pemain ini dengan opsyen untuk pembelian pada akhir musim nanti. Langkah yang lebih selamat untuk sebuah pasukan yang sedang dibina semula. Yang pasti bukan dengan cara menjual pemain…sebab…

Kenny juga kata Liverpool tak akan jual pemain. Dia hanya mahu menambah. Seperti yang aku dah kata sebelum ni. Aku sokong tindakan ini jika benar. Kerana kekuatan pasukan bukan sekadar bergantung kepada kualiti tapi juga kuantiti. Tak guna kalau hanya ada 11 pemain yang hebat tapi tak ada pemain simpanan dan pemain muda.

KD on summer transfer plans

YNWA

p/s : terbukanya tingkap perpindahan nanti menandakan waktu sibuk para blogger mengisi blog dengan khabar angin perpindahan. Marilah beramai-ramai singgah ke semua blog Liverpool di Malaysia ini nanti ye😉

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s