fa cup featured image template

Chelsea 2-1 Liverpool @ D’Stall Corner [VIDEO]


Salam dan selamat sejahtera. Kita kalah perlawanan akhir semalam. Perlawanan liga hanya tinggal 2 sahaja. Tak lama dah untuk tunggu musim yang penuh dugaan ni habis. Liverpool tak cukup bagus semalam. Terutamanya separuh masa pertama. Dan ini apa yang aku nampak…

Dekat tapi jauh… (Kredit : Laman Rasmi Liverpool FC)

Gol Ramires

Ramai yang kata semuanya sebab Spearing. Ramaila yang menghentam dia. Tapi apa yang aku tengok semalam dan beberapa kali lepas tu adalah ada 3 pemain antara Ramires dan gol. Jose Enrique, Daniel Aggel dan Pepe Reina. Enrique yang sepanjang musim ni tak ada masalah untuk gunakan kekuatannya tolak pemain tiba-tiba nampak lembik. Agger memang lambat sampai dan tak banyak yang dia boleh buat untuk membantu. Reina pun sama macam Enrique. Lembik. Bola yang masuk dibahagian near-post selalunya penjaga gol akan disalahkan. Enrique dengan Reina ni lapar ke?

Kenapa aku tak boleh bayangkan bola tu masuk kalau Doni jadi penjaga gol? Hmm… Kebelakangan ni Reina nampak malas. Mungkin musim depan kalau ada peluang boleh cari penjaga gol baru. Biar Reina jadi penjaga gol simpanan. Hehehe…

Boleh dielakkan… (Kredit : Laman Rasmi Liverpool FC)

Gol Drogba

Apa yang aku perasan dari gol ni adalah betapa rendahnya garisan pertahanan Liverpool. Menentang pemain-pemain yang hebat dari segi teknikal macam Chelsea memang kena la kan. Drogba tak payah gelecek lepas Skrtel pun. Cuma perlu rembat sekuat dan setepat mungkin. Gol. Biasanya bertahan rendah di kawasan sendiri untuk buat serangan kilat tapi semalam semua serangan macam tak menjadi. Rasanya lebih baik main macam waktu kita menang lawan Chelsea dulu. Bertahan tinggi. Tekan Chelsea dari atas lagi dan jangan bagi diorang berpusing pun.

Sakit hati tengok Drogba raikan gol… (Kredit : Laman Rasmi Liverpool FC)

Gol Big Andy

Gol ni memang gol yang terbaik. Big Andy main-mainkan pertahanan utama England sebelum merembat menggegar jaring. Waktu ni jantung aku dah berhenti dah. Lepas tu berdegup laju bila semua orang dah bersorak. Lega sikit waktu ni. Aku tau lepas ni Liverpool mesti dapat satu lagi gol. Dan tekaan aku hampir betul. Hantaran cantik Suarez dan tandukan cantik Andy Carroll yang aku tak akan lupakan sampai bila-bila. Kalau nak berdebat tentang gol ni memang tak akan habis sebab tak ada bukti. Secanggih-canggih Wembley yang ada kamera macam-macam angle tu pun bila ulang tayang hanya 1 angle je tak habis-habis. Bagi aku ini lagi gol daripada gol Mata dulu.

Selagi tiada teknologi garisan gol… (Kredit : Laman Rasmii Liverpool FC)

Kesimpulan

Kenny memang silap memilih Spearing untuk main sebab bahagian tengah Chelsea sangat hebat. Tak mampu dia nak kekang dari awal sampai habis. Waktu separuh masa pertama SG8 yang banyak turun membantu. Kalau tak mungkin Mata dah jaring gol sebelum Drogba. Bagi aku Kenny memang tak boleh ramal apa yang akan terjadi kalau dia letak seseorang pemain tu. Tapi Spearing patut dikeluarkan lebih awal.

Aku bukan seorang peminat kepada strategi 3 penyerang+pemain sayap yang laju seperti Downing-Suarez-Bellamy semalam. Chelsea main dengan kompak. Jadi ruang untuk bergerak adalah terhad. Apa yang pemain sayap boleh buat hanya hantar ke tengah tapi untuk siapa? Suarez? Aku tak nafikan Suarez ada kemahiran untuk menanduk bola tapi dengan ketinggian dan saiz dia berbanding pertahanan Chelsea membuatkan serangan sesuatu yang sukar. Seperti yang aku cakap kat atas. Kenny tak mungkin dapat ramal apa yang terjadi tapi dia boleh buat pertukaran awal.

Liverpool musim ni ada masalah keyakinan. Kena nampak rakan sepasukan cuba kearah gol atau jaringkan gol dulu baru yakin yang mereka boleh jaringkan gol rupanya menentang pasukan ni. Lepas tu baru la nak serang bertubi-tubi. Kenapa jadi macam ni ye? Sebelum Andy Carroll masuk semalam sangat teruk Liverpool main. Antara faktor yang menyumbang adalah pemain Chelsea yang main bertahan. Kalau Barca pun boleh tumbang dengan taktik ni apatah lagi Liverpool. Kelab bermasalah musim 2011-2012 ni.

Harapan

Aku harap musim depan Liverpool main dengan lebih positif. Lebih menyerang. Tanpa masalah keyakinan diri..huhu.. Harap pemain semua tunjukkan kemampuan mereka yang sebenar. Harap ada pemain baru yang akan masuk. Dan harap ada lah pemain dari negara-negara Afrika yang akan masuk. Sebab secara seriusnya, kita perlukan mereka. Apapun, lepas ni lawan Chelsea di Anfield, tunggu baju baru untuk musim depan dan kemudian perlawanan terakhir musim ni. Lepas tu tengok EURO pulak. Adakah Big Andy ada peluang untuk menyinar nanti? Sama-sama kita tunggu. Salam YNWA untuk semua kopites yang membaca.

D’Stall Corner

Lupa lak nak cerita keadaan di D’Stall. Suasana memang meriah sebab ramai yang datang ditambah pula dengan VIP yang hadir. Tapi banyak lagi yang boleh baiki untuk masa depan. Contohnya, goodie bag boleh sekalikan supaya mudah orang nak bawa. Pengacara majlis boleh cari yang..err..lebih professional dan lebih meriah. Susunan meja dan skrin pun boleh dibaiki lagi. Skrin besar terlalu rendah. Kawasan utama mungkin boleh tambah satu skrin lagi.

Satu yang aku kelakar. Sesi chanting tanpa provokasi. Dengar pun dah kelakar. Bila dah ramai-ramai bersorak mustahil la nak bersorak dengan berhemah. Nasib baik ada RELA kat situ. Kalau tak tak tau la muka depan NST hari ni macamana. Apapun, satu usahasama yang baik antara Liverbird, Malaysian Blues Army, NSTP dan D’STALL CORNER. Cuma tak puashati tak dapat cabutan bertuah. Nombor 09xx tak naik satu pun. Konspirasikah? Heheh…YNWA.

Soalan terakhir aku…ada lagi ke yang nak suruh jual Andy Carroll? Kalau ada. Itu masalah peribadi antara korang dan Andy Carroll. Aku taktau la kalau dia ada try mengurat adik korang ke sampai korang marah sangat kat dia. Bagi aku, dia pemain terbaik perlawanan semalam.

4 thoughts on “Chelsea 2-1 Liverpool @ D’Stall Corner [VIDEO]

  1. Spearing bukan tak bagus langsong, tapi dia tak sampai standart Liverpool apatah lagi utk perlawanan akhir….kalau dia dalam team wolves mungkin dia dikira hebat.

    aku terkejut beruk tgk dia ada dlm line up utama…

    apa yang buat spearing istemewa ialah dia tak tahu bila dia dibolehkan buat silap dan bila dia tak boleh langsong buat silap…

    kesilapan yang dia buat utk gol pertama tu, ketika Pemain Lain dalam posisi ingin bergerak kedepan dan tak punya masa untuk turun kebawah balik… dan bola tun pon lepas dalam keadaan yang entah apa apa …kalau kene tekan masa tu lain ler cerita….

    Aku harap daglish lebih adil untuk musim depan, turunkan pemain ikut KPI…pada aku Reina lagi teruk banding Doni atau Jones,

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s