fa cup featured image template

Piala FA : Wembley dan D’Stall Corner


Salam dan selamat sejahtera. Hari Ahad (12.15) nanti adalah waktu yang ditunggu-tunggu penyokong pasukan Liverpool dan Chelsea. Kedua-dua kelab mempunyai peluang untuk menang 2 trofi musim ini. Piala Liga telah menjadi milik Liverpool manakala Chelsea berpeluang memenangi Liga-Juara-Juara apabila bertemu Bayern Munich nanti. Tapi sebelum tu Chelsea perlu melayan Liverpool di Wembley dahulu. Jom tengok perjalanan Liverpool sepanjang Piala FA ni.

Galeri Gambar Latihan di Laman Rasmi Liverpool FC

Pusingan ke-3 : Liverpool 5-1 Oldham

Pusingan ke-4 : Liverpool 2-1 MU

Pusingan ke-5 : Liverpool 6-1 Brighton

Suku Akhir : Liverpool 2-1 Stoke

Separuh Akhir : Liverpool 2-1 Everton

Siapa Blake McRae?

Blake MacRae (Kredit : Laman Rasmi Liverpool FC)

Sewaktu pemain Liverpool masuk ke padang nanti akan ada seorang budak yang akan keluar bersama mereka. Nama budak tersebut adalah Blake MacRae. Umurnya 8 tahun. Dia dan adiknya Lily yang berumur 7 tahun merupakan ahli dalam LFC Official Junior Membership. Nama Lily telah dipilih secara rawak untuk menjadi maskot yang akan mengiringi pasukan Liverpool untuk keluar ke padang di Wembley nanti. Tapi dia kemudian bertanya sekiranya dia boleh memberikan peluang itu kepada abangnya kerana abangnya sedang sakit (kanser) dan lebih memerlukan peluang itu. Blake akan berpeluang untuk bergambar dan berjumpa dengan pemain sebelum perlawanan dan dia juga akan ditemuramah pihak televisyen nanti. Dia juga akan mengiringi pemain keluar padang. Jadi bila nampak budak ni dan orang sebelah tanya nanti jawablah, ini Blake McRae😉

Blake to lead Reds out at Wembley

D’Stall Corner

Kali pertama aku ke D’Stall dulu waktu perlawanan akhir Piala Liga. Kali ni aku kembali ke sana untuk perlawanan akhir Piala FA pula. Dulu datang dan tengok sahaja tapi kali ni ada sistem tiket memandangkan acara ni dibuat dengan NSTP. Jadi hanya yang bertiket akan dibenarkan masuk dan duduk untuk menonton. Tapi jangan risau, dalam group-group dan page Liverpool memang tengah sibuk semua orang cari port untuk tengok perlawanan ni. Jadi kalau tak tahu nak tengok kat mana sila ke group/page Liverpool yang ada untuk penyokong Malaysia seperti Padang Anfield, My-LFC, Kelab Peminat Liverpool Malaysia, Liverpool Fan Club Malaysia, Young Liverpool FC Supporters in Malaysia dan banyak lagi di FB.

Nasib baik sempat beli tiket nih🙂

Kalau ada apa-apa keraguan boleh ke laman FB D’Stall Corner dan untuk map ke D’STALL CORNER boleh rujuk SINI.

One thought on “Piala FA : Wembley dan D’Stall Corner

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s