Liverpool 0-1 Fulham. Kami mahu lebih Sterling!


Salam dan selamat sejahtera. Pagi tadi Liverpool kalah. Ada lagi ke yang cakap menyesal sebab bangun pagi tengok perlawanan Liverpool? Tengok atau tak tengok tu pilihan masing-masing dan harapan pun masing-masing tetapkan. Jadi dah hujung-hujung ni tak tengok perlawanan pun tak apa kot? Aku tengok dengan harapan ada pemain muda diberi peluang main. Menang kalah belakang cerita. Jadi taklah kecewa sangat sampai rasa nak menyumpah-nyumpah sebab mengantuk kat pejabat.

Mesti ramai yang rindu Lucas kan?😛 (Kredit : Laman Rasmi Liverpool FC)

Mulanya Liverpool gugup. Macam biasa la. Lagi-lagi minit ke-5 dah kena gol sendiri. Lepas cubaan Shelvey yang ditahan atas garisan oleh Hangeland,  baru Liverpool nampak tersusun dan berkeyakinan sikit untuk menyerang. Apapun ada perkara yang positif dan negatif… dari pandangan aku la…

Skrtel dan Doni yang malang (Kredit : Laman Rasmi Liverpool FC)

Buang yang keruh…

1. Carroll tak boleh jadi penyerang tunggal – Carroll memang bukan penyerang tunggal. Lebih-lebih lagi bila pemain sayap kiri kanan jarang hantar bola ke tengah. Dia perlu pemain sayap yang boleh hantar bola dengan kerap atau pemain sokongan belakang dia yang boleh kutip bola yang dia tanduk atau tahan.

2. Kuyt dah tak ada hati kat Liverpool – Perlawanan ni nampak Kuyt main tak semangat langsung. Mungkin sebab dah ada ura-ura yang dia akan dijual. Tu lah…sapa suruh baca surat khabar..huhu~ Kan dah hilang keyakinan. Dia dah tak macam dulu. Mungkin dah tiba masa Liverpool dapatkan pemain baru supaya ‘fresh’ sikit pasukan dan gaya permainan nanti.

3. Kemahiran Spearing menghantar bola masih belum mantap – Spearing ni hantar bola selamat je selalu. Jadi tak berapa nak nampak kelemahan dia. Tapi apabila ditekan kantoila segala bola yang dia hantar…macam pagi tadi..tapi dari segi kawal pemain dan buat bentesan/terjahan memang dah ok dah. Tak dinafikan.

4. Maxi di penghujung karier – Aku pelik gak ramai yang suka Maxi ni. Sebab dia bukan jenis yang konsisten. Waktu hebat memang adalah gol daripada dia. Tapi kalau waktu dia teruk memang tak menyumbang langsung. Jadi kesimpulannya dia macam pemain lain jugak. Tak ada yang istimewa sangat la. Kita pun dapat dia waktu dah hujung-hujung karier…nak buat macamana kan?

5. Terlalu lambat buat pertukaran – Aku tak tau orang lain punya pendapat macam mana. Tapi aku kalau dah nampak pemain macam Kuyt pagi tadi dah kompem bawak keluar awal sikit. Bagi peluang orang lain tunjuk kesungguhan diorang. Lebih-lebih lagi hujung-hujung musim macam ni.

Kuyt kurang menyerlah (Kredit : Laman Rasmi Liverpool FC)

Ambil yang jernih…

1. Doni – Walaupun jarang main dia tak nampak gugup pun pagi tadi. Banyak jugakla bola yang dia selamatkan. Kalau tak memang dah lebih dari satu la bolos pagi tadi.

2. Shelvey – Apa yang aku suka dengan mamat ni? Dia main dengan positif. Paling kurang pun dari pergerakan dia la. Dia sentiasa gerak kedepan. Menuju gol. Dan dia tak takut untuk mencuba dari jauh dan ambil tanggungjawab untuk sepakan percuma waktu minit-minit terakhir dan Liverpool terdesak memerlukan gol.

3. Carroll – Dia yang paling bersemangat sekali main. Dia lari kejar pemain yang pegang bola. Dia tanduk dan tahan bola yang sampai kat dia. Dia ada keyakinan untuk menggelecek pertahanan. Sepak guna kaki lemah dia. Macam-macam lagi la. Tunggu masa ja nak ledak dia nih. Harap-harap masa perlawanan akhir Piala FA nanti😛

4. Coates – Mamat ni memang cool. Pemain Fulham beriya nak menggelecek dia tapi dia hulur kaki macam dalam PES/FIFA ja tahan bola…hahah…Pelapis Carra ni.

5. Sterling – Budak ni memang terbaik la setakat ni. Main simple je. Tak buang bola. Cross pun bagus. Cuma masa yang diberi tak cukup. 15 minit je apa yang boleh buat? Dah la masuk je pemain Fulham sampai 2,3 orang jaga..huhu~ Takut tak takut diorang dengan Sterling.

15 minit yang meyakinkan daripada Sterling (Kredit : Laman Rasmi Liverpool FC)

Ini semua hasil sekali pandang je la. Takde la pulak aku menganalisis berkali-kali video highlight ke apa. Ini benda yang aku rasa waktu tengok perlawanan ni sendiri pagi tadi. Apapun, sekarang kita fokus pada Perlawanan Akhir Piala FA. Aku tengok kat D’Stall nanti. Korang tengok kat mana?

One thought on “Liverpool 0-1 Fulham. Kami mahu lebih Sterling!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s