SUarez Hatrick featured image

Norwich 0-3 Suarez


Salam dan selamat sejahtera. Liverpool menang kali ni. Tiada Andy Carroll dalam kesebelasan utama. Aku pasti ramai yang akan kaitkan dua situasi ni. Heheh..tak payah susah-susah. Kita seronok-seronok je sudah. Perlawanan tinggal sikit je. Lepas ni tengok EURO. Lepas tu melangut la kejap tunggu musim baru.

Bola untuk disimpan... (Kredit : Laman Rasmi Liverpool FC)

Liverpool bermula dengan perlahan dan gugup. Mungkin cuba sesuaikan diri dengan gaya permainan Norwich. Liverpool nampak goyah waktu cuba serap semua serangan Norwich. Tapi Norwich terlalu selesa agaknya sampai pemain buat silap. Ketiga-tiga gol Suarez hasil kesilapan pemain mereka. Gol pertama apabila Gerrard merampas bola dan melorongkan bola untuk Suarez sudahkan dengan cantik, yang kedua Suarez sendiri rampas dan jaringkan gol dengan rembatan yang padu dan yang ketiga pertahanan lepas bola di garisan tengah. Suarez rembat tang tu jugak bila tengok penjaga gol jauh dari garisan gol. Lepas gol pertama terus dapat rentak dan tak pandang belakang lagi terus tinggalkan Norwich yang terkial-kial mencari gol.

Gol pertama Suarez (Kredit : Laman Rasmi Liverpool FC)

Aku memang seronok campur terkejut sikit la tengok Suarez sejak kebelakangan ni. Dia dah rajin merembat dan memecut ke arah gol berbanding bawa bola pusing-pusing sebelum dijatuhkan. Kalau Suarez yang dulu main dalam perlawanan ni aku dengan mudah boleh bayangkan dia akan tahan bola dan cuba gelecek lagi pemain pertahanan kalau dalam situasi gol pertama dan kedua tu. Sebelum dia jaringkan gol dari tengah padang tu dia ada dapat peluang jaringkan gol tapi cubaan melambung bola melepasi penjaga gol terlalu tinggi.

Penjaga gol tak mampu buat apa-apa (kredit : Laman Rasmi Liverpool FC)

Liverpool boleh menang besar kot sebenarnya. Shelvey paling kesian. Dua peluang untuk dia jaringkan gol. Satu kena palang dan satu lagi aku taktau macamana boleh terlepas sedangkan bola tinggal tolak masuk je depan gol. Belum rezeki lagi dia nak jaringkan gol. Gerrard akhirnya ada teman baru atas padang. Ramai yang dah tinggalkan dia kat Liverpool. Owen, Torres… Sedih gak la kalau fikirkan. Tapi semua penyerang yang datang Liverpool memang akan dapat rasa hantaran-hantaran cantik Gerrard. Jadi kepada penyerang-penyerang di luar sana sila masuk Liverpool (Macam la diorang paham apa yang aku tulis kalau diorang baca pun kan?).

Selepas menjaringkan gol ketiga (Kredit : Laman Rasmi Liverpool FC)

Video hatrik Suarez

Lagi satu, just in case yang atas ni dah remove

YNWA.

Galeri 1 | Galeri 2

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s