EPL Masters Football Malaysia Cup 2012


Salam dan selamat sejahtera. Lagi 5 hari nak tunggu EPL Masters. Tak sabar lak rasanya. Sebab ini pertama kali aku nak pergi. Sibuk la aku nak siapkan barang-barang nak bawak pergi stadium nanti. Mana tau ada peluang mintak tandatangan🙂 Bateri kamera dah cas siap-siap. Nak amik gambar otai-otai Liverpool! Siapa lagi yang pergi nanti? Aku duduk kat pitchside. Siapa yang nampak aku tu tegur-tegur la ye😉

KEMASKINI :  PENGALAMAN DI EPL MASTERS CUP 2012| GALERI GAMBAR

Ahad, 22 April 2012
Stadium Malawati, Shah Alam
Aktiviti lain : 1.00 PM
Sepak mula : 5.00 PM 

Apa itu Epl Masters?

EPL Masters merupakan kejohanan bola sepak tertutup yang telah diadakan sejak musim panas tahun 2000 di UK. Disebabkan kejohanan ini semakin popular, ia dikembangkan lagi. Pada tahun 2008, Football Focus Asia membawa kejohanan ini ke Asia buat pertama kali dan kejohanan yang pertama diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam. Kejohanan ini telah menyaksikan 4 tahun yang cemerlang di Asia dan bermula 2012, kejohanan ini akan mengambil tempat di 5 lagi negara.

Kejayaan kejohanan ini adalah disebabkan 2 faktor utama. Pertama, kejohanan ini mengumpulkan lagenda bolasepak dan memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan hero mereka beraksi. Yang kedua, kejohanan ini menggunakan format 6 sebelah dengan pertukaran pemain secara berterusan dan gol saiz sebenar untuk menggalakkan permainan penuh jaringan dan aksi menarik.

Semua pemain yang terlibat mesti berumur 35 tahun keatas. Kebanyakan pemain yang terlibat baru sahaja menamatkan karier mereka dalam dunia bola sepak profesional.

Senarai Penuh Pemain 

Kredit : footballfocusasia

Sumber : Football Focus Asia

p/s : Asyik tengok Liverpool nanti jangan lupa John Barnes yang main untuk Epl All Stars dan jangan lupa sokong hero tempatan jugak😉

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s