Piala FA : Liverpool 2-1 Everton. Sweet Carroll 9


Salam dan selamat sejahtera. Ada yang tengah berlari raikan kemenangan lagi ke? Heheh… Aku bangun pagi tadi terus cubit tangan aku..tampar-tampar muka. Betul ke Liverpool menang semalam? Betul ke Liverpool masuk perlawanan akhir Piala FA? Bukak internet terus baca FB. Sah! Liverpool menang semalam! Siapa hero kita? Dah tentu pasangan penyerang LS7 dan AC9!

Video Highlight dan Gol – Masih wujud sewaktu aku tulis entri ni. Sila tunggu video rasmi di channel thefacup😉

Kat mana korang tengok perlawanan semalam? Aku tengok kat kampung je. Dengan Ayah dan kakak aku. Pasang aircond, campak bantal 2 biji depan tv terus landing. Permulaan nampak seimbang. Liverpool dan Everton saling menyerang. Tapi SPearing dapat peluang pertama selepas mendapat lorongan daripada Carroll. Tapi sepakannya sedikit tinggi. Nampak promising perlawanan ni. Tapi tiba-tiba Agger dan Carra kena jampi. Dua-dua tak bergerak dan bila Carra cuba keluarkan bola kena pada Cahill dan melantun ke Gelato..eh..Jelavic. Mamat ni kadang-kadang tengok macam Torres pun ada. Sebab penyudah dia kot.

Lepas ja bolos ni memang Liverpool main tak sedap. Corak permainan senang ja. Hantar belakang. Hantar belakang. Bagi penjaga gol. Hantaran jauh. Lepas daripada tu memang bergantung kepada nasib. Samada Carroll dapat tanduk bola ke pemain lain atau dapat kat Everton. Jadi tengok gaya macam tu memang tak ada harapan nak menang. Waktu separuh masa aku harap Liverpool tukar gaya permainan. Kalau tak memang sedih la sebab dah dekat sangat dengan perlawanan akhir Piala FA ni.

Separuh masa kedua bermula dan aku mula nampak benda-benda positif. Andy Carroll terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan hasil tandukannya yang tersasar. Nampak dia punya kecewa terlepas peluang tu. Liverpool terus menekan dan akhirnya, hasil tekanan daripada Suarez, Distin membuat kesilapan. Bola yang dihantar kebelakang tak sampai dan Suarez terus memecut meninggalkan pertahanan dan akhirnya menolak masuk menggunakan bahagian luar kakinya. 1-1! Macam ni la hidup berjiran. Orang bagi lauk kita pulang balik. Heheheh…terima kasih la Distin. Lepas jaring gol, permainan Liverpool semakin baik dan dengan momentum yang ada Liverpool menjaringkan gol hasil tandukan Andy Carroll, hantaran daripada Craig Bellamy yang masuk menggantikan Downing.

Perlawanan hanya berbaki beberapa minit waktu tu. Tapi Liverpool berpeluang dapatkan satu lagi gol namun bola tolakan Maxi yang masuk mneggantikan Hendo terkena tiang dan keluar. Haiya..tiang lagi. Nasib baik menang perlawanan ni. Tak ada la orang nak cerita sangat pasal tiang ni. Dah dekat 30 kali dah kena tiang/palang musim ni. Bomoh mana pakai pun tak tau la. Waktu hujung-hujung tu pemain Liverpool dah mula perlahankan permainan dan kawal bola sehinggalah wisel penamat ditiup…hoyeah! Sekali lagi Final! YNWA.

Galeri Gambar di Laman Rasmi Liverpool FC | Galeri gambar Foxsports |

Liverpool 2-1 Everton : Andy Carroll Hero Liverpool | SEMI FINAL FA : LIVERPOOL 2-1 EVERTON

Lirik Lagu Sweet Carroll 9

Sweet Carroll 9
Oh Oh Oh
Scoring never looked so good
So good So good So good
Goals all the time
Oh Oh Oh
Just like Kenny said he would

(Whilst swaying back & forth sing the Na na na’s)
Na na na, na na na na na, na na na, na na na na na

Ohh Ohh Ohh (rising)
Sweet Carroll 9
Oh Oh Oh
Him and Suarez look so good
So good So good So good
Goals all the time
Oh Oh Oh
Just like Kenny said they would, would, would (and fade)

Lagu Asal

 

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s