Separuh Akhir Piala FA – Bukan Perlawanan Biasa


Salam dan selamat sejahtera. Esok kita akan menyaksikan pertembungan 2 kelab Merseyside dalam perlawanan separuh akhir Piala FA di Wembley pada pukul 7.30 malam. Walaupun kita tengok dari rumah, kedai mamak, D’Stall dan lain-lain tempat lagi di Malaysia ni aku pasti tak kurang sikit pun keterujaan penyokong Liverpool…err..dan Everton. Aku pasti prestasi liga tak akan membawa apa-apa maksud esok sebab ini perlawanan yang istimewa antara jiran setempat yang sama-sama terkesan dengan Tragedi Hillsborough pada 15 April 1989 lebih-lebih lagi apabila perlawanan ini akan berlangsung sehari sebelum ulangtahun peristiwa itu. Pada 20 Mei 1989, Liverpool dan Everton bertemu dalam perlawanan akhir Piala FA yang paling baik dalam sejarah dan aku rasa perlawanan esok akan menjanjikan perkara yang sama🙂

Drama

Musim ni musim yang penuh drama untuk Liverpool. Nampak gaya drama ini akan berterusan sehingga habis musim dan mungkin bersambung ke musim depan. Yang terbaru Damien Comolli dan Peter Bruckner*  meninggalkan Liverpool selepas pertemuan mereka dengan pemilik kelab, Tom Werner. Antara rumusan yang dibuat oleh pemilik adalah

  • keputusan ini dibuat segera kerana Liverpool menghampiri penghujung musim dan tingkap perpindahan (jawatan ini penting untuk urusan jual beli pemain) dan Liverpool mahu pengganti yang terbaik (Rafa? Cruyff?)
  • jawatan akan dikekalkan (mungkin ada sedikit olahan)
  • Liverpool ada bakat yang cukup atas padang untuk menang
  • Liverpool ada strategi untuk masa depan dan Comolli tak sesuai untuk melaksanakannya
  • Kenny mendapat sokongan penuh pemilik kelab
  • Liverpool sudah ada rancangan untuk perpindahan yang kuat dan akan diteruskan untuk membina satu sistem yang kuat dibawah pasukan utama

Damien Comolli to leave LFC | Tom Werner on Comolli decision | Peter Brukner to leave Liverpool FC

Yokatta! Lega aku dengar berita ni. Ramai yang ramal KD akan dipecat lepas pertemuan dengan pemilik. Bagi aku pertukaran pengurus terlalu besar dan akan mengganggu pembentukan pasukan. Sekarang aku harap orang yang masuk menggantikan Comolli lebih baik dan Liverpool akan membeli pemain yang mantap-mantap kalau bukan pemain bintang pun. Untuk tempat Comolli, dah ada nama-nama yang naik seperti Rafa Benitez dan Johan Cruyff. Rafa pernah dibantu oleh Kenny ketika dia merombak semula akademi Liverpool dulu. Jadi tak hairan la kalau dia bantu Kenny pulak. Mungkin lepas beberapa kejuaraan liga nanti Rafa ambil alih pulak😉 Cruyff pulak dikaitkan sebab dia dikatakan dah letak jawatan di Ajax. Hmm… Yang pasti pemilik nak cari pengganti dengan cepat tapi yang terbaik. Sama-sama kita tunggu.

*semak laman rasmi untuk berita terbaru mengenai staf yang diberhentikan

Sepatah dua kata daripada Ayahanda

Satu minit tanpa sebarang bunyi di Wembley – sangat ironik kerana ianya Liverpool dan Everton sekali lagi di Wembley dan ia merupakan perlawanan akhir pada tahun itu (1989). Perlawanan ini akan menjadi perlawanan penuh emosi untuk semua orang. Evertonians semua terkesan dengan Tragedi Hillsborough seperti penyokong Liverpool, dengan ahli keluarga yang tak pernah pulang ke rumah. Suasana akan menjadi sangat pilu dan saya pasti kedua-dua kumpulan penyokong akan melalui waktu ini secara bermaruah seperti yang mereka tunjukkan sejak 1989. Sokongan yang penduduk Liverpool dapat daripada Everton dan sebaliknya adalah sangat menakjubkan dan saya pasti semuanya akan berterusan.

Panjang lagi sebenarnya pesanan ayahanda ni. Yang paling lawak bila wartawan tanya “adakah dengan sudah bermain di Wembley sebelum ini untuk Piala Liga akan membantu Liverpool?” Apa dia jawab? “Mungkin membantu sedikit untuk perjalanan kami ke sana” huhu…sempat lagi dia kan? Kenny mesti nangis esok ni. Sebab perlawanan ni akan mengingatkan dia dengan perlawanan akhir piala FA tahun 1989 dulu. Waktu tu memang dia dalam keadaan yang teruk dari segi mental dan fizikal selepas tragedi Hillsborough. Harap pemain Liverpool bermain dengan baik untuk menggembirakan Kenny.

KD: It’s going to be emotional

Apa kata Abang Long?

Abang long memang terbaik! harap dia jadi hero yang dia cakap tu. Dia selalu menyerlah dalam perlawanan besar. Lama dah rasanya tak tengok jaringan daripada jarak jauh macam Perlawanan Akhir Piala FA 2006😉 Tapi kali ni abang long kata tak kisah siapa hero asalkan pakai baju warna merah. Siapakah akan jadi hero Liverpool nanti? Tak sabar lak rasanya. Macam yang aku selalu cakap, waktu ni tak kira dah kedudukan liga. Ini Liverpool vs Everton! Kalau aku jadi Kenny mesti pening nak pilih pemain sebab semua main dengan baik kebelakangan ni. Penyerang dah tentu Suarez dan Carroll. Pemain tengah pening nak pilih dari – Gerrard, Spearing, Hendo, Jonjo. Sayap lak nak pilih dari – Maxi, Bellamy, Kuyt, Downing. Siapa pun yang dipilih harap tak gugup depan 90000+ penonton yang bersorak😉

Gerrard: Make yourself a hero

Perjalanan ke Wembley

Tak puas lagi tengok video? Pergi ke channel thefacup

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s