Paul Tomkins – Inspirasi aku


Salam dan selamat sejahtera. Setiap apa yang kita buat pasti ada individu yang kita lihat sebagai inspirasi dan biasanya gaya kita sedikit sebanyak akan dipengaruhi oleh orang tersebut. Untuk aku, orang tersebut adalah Paul Tomkins. Siapa Paul Tomkins? Teruskan membaca.

Paul Tomkins (Gambar dari bleacherreport)

Paul Tomkins merupakan salah seorang blogger Liverpool yang aku minat. Mungkin sekarang dah tak berapa sesuai untuk gelar dia sebagai blogger. Nampak amatur macam aku..heheh… Dia lebih kepada penulis professional. Secara ringkasnya, dia mula menulis tentang Liverpool sebagai hobi. Dia mula menulis tentang Liverpool sejak 2000 selepas berhenti daripada Guardian atas masalah kesihatan. (Untuk lebih lanjut sila baca di lamannya)

Pada mulanya dia menyumbangkan artikelnya ke laman-laman lain. Pada tahun 2004, dia mula menulis buku untuk menyara hidupnya. Disinilah terhasilnya buku “Golden Past, Red Future” hasil bantuan Jonathan Swain dan diterbitkan sendiri oleh Tomkins. Selepas itu, dia mula mendapat perhatian dan dipanggil oleh Liverpool untuk menulis dalam ruangan mereka secara mingguan. Walaupun tidak berbayar, dia dapat peluang untuk mempromosikan bukunya.

Hasil penulisannya boleh dibaca di ruangan mingguan dilaman web Liverpool FC dan juga di blognya sendiri The Tomkins Times. Blognya menggunakan konsep langganan berbayar untuk kandungan premium. Ini merupakan salah satu cara dia menyara hidupnya. Tapi jangan risau, sebab dia juga menyediakan kandungan percuma untuk yang tak mampu melanggan😉 Jangan risau tentang kualiti kerana setiap artikel yang dia buat adalah hasil kajian yang mendalam dan perkongsian pandangannya yang bermakna. Kalau tak percaya baca sedikit kandungannya yang aku terjemah di bawah.

Klik untuk artikel-artikel Paul Tomkins di laman rasmi LFC

Ekstrak daripada artikel : Kenapa Liverpool sedang bergelut?

Perbandingan – Perbandingan berterusan yang mengatakan rekod Dalglish sama teruk dengan Hodgson adalah tidak betul. Minggu lepas Gabriele Marcotti telah mendedahkan yang Dalglish sebenarnya mempunyai permulaan yang terbaik sejak Roy Evans dari segi mata yang dimenangi (termasuk perlawanan piala).

Holistik – …saya percaya yang menang beberapa piala akan meningkatkan prestasi dalam liga pada musim berikutnya walaupun itu bukan sesuatu yang pasti Pada masa yang sama, terlalu banyak perlawanan piala dalam satu musim boleh menjejaskan prestasi dalam liga.

Pada tahun 1997, Middlesborough mempunyai ramai pemain yang bagus dan sampai ke perlawanan akhir Piala Liga dan Piala FA. Adakah pasukan yang teruk boleh sampai ke perlawanan akhir? Mungkin jika satu piala, tapi dua? Mereka sekurang-kurangnya pasukan 10 teratas jika dilihat daripada kesebelasan utama yang mengandungi Ravanelli, Emerson dan Juninho. Tetapi mereka tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris musim itu. Sekiranya mereka dapat kemenangan-kemenangan perlawanan piala itu dalam liga, mereka pasti selamat.

Pewarisan – Apabila sampai waktu Dalglish mengambil alih, pemain-pemain ini berada dalam pasukan utama :  Paul Konchesky, Christian Poulsen, Milan Jovanovic, Danny Wilson, Jonjo Shelvey, Joe Cole, David Ngog, Soto Kyrgiakos, Ryan Babel, Daniel Ayala, Danny Pacheco and Jay Spearing. Ini antara 11 pemain yang anda tak akan harapkan samada kerana mereka terlalu muda atau tak cukup bagus…

Pemain yang dibeli – Charlie Adam juga mempunyai waktu-waktu yang baik, tapi walaupun mempunyai kemahiran menghantar bola, dia terlalu banyak membuat kesalahan bodoh – samada ada terjahan gila atau melepaskan bola dengan mudah. Walaupun begitu, dia bukan seorang pemain yang teruk. Dia pemain bagus yang membuat terlalu banyak keputusan yang teruk. Mungkin dia mencuba terlalu kuat, tapi sekiranya kamu kurang laju di tengah padang, kamu perlu main seperti Alonso sebagai pampasan. Kadangkala dia nampak setara dari segi hantaran jauh tapi dia tidak mempunyai ‘otak bola sepak’ yang sama dengan Alonso (tak ramai yang ada).

Andy Carroll – Terlalu banyak faktor yang perlu diambil kira untuk membuktikan yang bermain dengan Carroll membawa kepada keputusan yang lebih baik, tapi adalah lebih baik ada penyerang yang tak menjaringkan gol tapi membantu memenangi perlawanan melalaui sumbangan lain daripada mempunyai penyerang yang menjaringkan satu gol dalam setiap perlawanan tapi kalah 2-1 dalam setiap perlawanan tersebut.

Kesimpulan – Raheem Sterling membuat penampilan semalam, dan nampak selesa walaupun baru 16 tahun sebelum Krismas beberapa bulan lalu. Dia mempunyai potensi yang besar, dan kelajuan boleh menjadikannya ancaman tapi dia banyak yang perlu dipelajari dari segi bila dia perlu membawa bola terus dan bila dia perlu membuat hantaran dan ini memerlukan kesabaran. Ramai pemain muda yang sedang menunggu peluang hasil daripada sistem pemain muda yang dirombak semula oleh Benitez pada tahun 2009 dengan bantuan DALGLISH.

Kenny Dalglish dan Rafa Benitez di Akademi pada 03.07.09 (Kredit : liverpoolecho)

Macamana? Menarik tak? Ini hanya satu perenggan (daripada setiap subtopik) yang aku ambil daripada artikel yang sangat panjang. Jadi untuk dapatkan bahan bacaan yang menarik bolehlah ke The Tomkins Times. Harapan aku adalah satu hari nanti aku nak hasilkan artikel-artikel berkualiti macam dia dan minta semua orang bayar untuk baca blog ni..heheh..gurau je…sebab blog ni tak mungkin akan jadi macam blog dia kerana aku cuba pelbagaikan kandungan blog ni untuk tarik rakan-rakan Liverpool dari julat umur yang lebih luas😉 Setakat ni dulu, YNWA.

Sumber : Tentang Tomkins | Artikel mengenai Tomkins di bleacherreport

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s