LIVERPOOL : Pandangan untuk pandangan…


Salam dan selamat sejahtera. Pagi ni aku rasa semua dah baca berkenaan pandangan seorang penyokong yang dah 50 tahun tengok bola kat Anfield. Jadi kepada yang tak berapa nak faham, aku cuba sebaik mungkin untuk terjemah apa yang dia cakap.

Kredit kepada Laman Northern Liverbird di FB (klik untuk ke Laman FB mereka)

Baik, sekarang untuk laporan perlawanan saya, (seperti mana yang kamu semua tahu, saya telah melihat REDS kita main sejak lama dulu lagi dan saya tak ingat bila REDS kita bermain dengan teruk seperti itu, kita tak ada pemain terbaik perlawanan dan Steven Gerrard pun tak beraksi dengan baik dan Wigan memang layak menang dan itu tak boleh dinafikan lagi. Kenapa kita sangat teruk??????? Saya harap saya boleh berikan jawapan. Maaf Kenny alasan yang awak berikan tentang pemain penat adalah menyedihkan, pasukan lain pun telah main minggu lepasnya dan pertengahan minggu dan saya tak dengar seorang pun pengurus lain menggunakan alasan itu, kenapa awak tak cakap sahaja “pasukan yang terbaik yang menang dan saya tak boleh bagi sebab mengapa kami bermain dengan teruk”

Beberapa orang dari Malaysia bercakap mengenai berfikiran positif, tapi berfikiran positif tak akan memenangi perlawanan. Saya seorang yang realistik dan mari jadi lebih realisitik dan jangan menipu diri sendiri untuk beberapa bulan ini lebih banyak yang negatif daripada positif, terlalau banyak perlawanan yang kita seri di tempat sendiri dengan pasukan yang dipanggil pasukan bawahan tapi adakah kita bermain lebih baik daripada mereka? TIDAK, kita bertuah kalau dapat berakhir di tempat ke-7. Ada juga yang mengatakan pemain perlu satu musim untuk serasi main bersama tapi maaf, itu mengarut, banyak pemain yang menyertai kelab lain dan terus serasi selepas beberapa perlawanan dan bukan satu musim penuh. Dalam 6 perlawanan terakhir menentang Wigan (pasukan atasan mungkin? mungkin hanya dalam mimpi awak) kita belum lagi mencatatkan kemenangan dengan hanya seri 4 dan kalah 2 kali Perlu saya cakap lagi?????????????????????????????????????????????????

Ya pemain perlu dipersalahkan selepas mereka masuk ke padang tapi Kenny juga harus dipersalahkan, dengan beberapa pemain yang dia dah beli (saya tak mahu menyebut nama) pemilihan pasukan, masa yang dipilih untuk membawa masuk pemain, (perlu saya ingatkan yang dalam perlawanan yang kita PERLU menang untuk kekal dalam perlumbaan tempat ke-4 dan kita sedang seri waktu itu dia masukkan Andy Carroll pada minit ke 88 dan seorang lagi pemain gantian pada minit ke 90 boleh sesiapa terangkan dimana logiknya keputusan itu? untuk saya tak ada guna langsung dan dengan penyesalan yang hebat dia tidak dapat menunaikan jangkaan kita  di awal musim dulu. Ya kita menang piala carling dengan penalti menentang kelab Championship

Kita akan bermain menentang Newcastle minggu depan dan Alan Pardew telah mengubah nasib mereka, pada permulaan musim mereka teruk dan sekarang mereka boleh dapatkan tempat ke-4 dan masuk Champions League dan jika jiran kita seberang dari Stanley Park menang mereka akan berada diatas kita. ITU SAHAJA DAN SAYA TAK ADA APA-APA LAGI UNTUK DIKATAKAN

Statistik perlawanan adalah kita pegang bola 57 % dan mereka sebanyak 43% kita ada 19 ya 19 cubaan 5 cubaan mengenai sasaran dan 14 cubaan tak mengenai sasaran mereka ada keseluruhan 8 cubaan 2 cubaan pada sasaran (DUA-DUA BERJAYA) dan 6 cubaan tak tak mengenai sasaran.

Memang panjang berjela dia bagi pandangan. Aku hormati pandangan dia sebagai seorang yang dah 50 tahun menyaksikan Liverpool main. 50 tahun lepas adalah pada 1962. Shankly pengurus waktu tu. Liverpool menjadi juara liga 13 kali sejak dia melihat Liverpool main. Jadi aku boleh faham kenapa dia kecewa. Liverpool merupakan kelab yang dah biasa diukur melalui piala. Di atas ni adalah pandangan dia..jadi aku cuba bagi pandangan aku pulak…walaupun aku baru 14 tahun tengok Liverpool main dan hanya dari kaca TV.

Kenny memang cakap pemain penat. Tapi dia jugak cakap Liverpool tak ada pemain yang cukup untuk bahagikan beban game. Dan dia cakap pengurusan termasuk dia patut uruskan lebih baik. Jangan amik sekerat-sekerat je ayat orang…memang boleh salah paham…sama macam media…Kenny guna ayat berkias untuk jaga hati pemain, pengurusan dan lain-lain yang terlibat dengan Liverpool sebab dia memang seorang yang sayangkan kelab dan semua ahli keluarganya. Dan ketika kalah 3-2 menentang QPR dia memang tak bagi alasan apa-apa pun.

“A number of guys in the Malaysian link are talking about being positive, YET being positive does NOT win games I’m a REALIST and let’s be realistic” – Untuk pengetahuan…jadi realist pun tak boleh buat menang game…apa yang fan boleh buat untuk Liverpool menang adalah sokong tanpa berbelah bahagi. Macam waktu kat Istanbul. Penyokong yang mencetuskan kemenangan tu. Tengok waktu half time berapa kuat nyanyi YNWA? Memang itu sokong depan-depan tapi untuk kita yang jauh kat sini hanya boleh hantar mesej positif sebagai sokongan sebab MESEJ NEGATIF sama sekali tak akan membantu Liverpool sekarang.

Memang kita banyak kali kalah dan seri musim ni tapi aku tak pernah tengok Liverpool main dengan teruk berbanding lawan kecuali beberapa perlawanan seperti menentang Swansea dan mungkin Wigan baru-baru ni. Yang lain Liverpool main dengan baik dan kebanyakannya mengawal permainan. Berbanding musim lepas dimana kelab bawahan mengawal permainan dan buat Liverpool macam budak-budak. Untuk keserasian pemain tu, Liverpool ada Enrique, Adam, Henderson, Carroll, Suarez, Coates, Bellamy dalam senarai pemain yang baru dan agak baru. Jadi kepada yang belajar matematik berapa banyak kombinasi pemain yang boleh dibuat? Dan agaknya berapa lama untuk serasi? Setiap pemain ada tahap sendiri untuk membiasakan diri dengan keadaan dan teknikal. Jadi tak ada cara saintifik untuk tentukan kecuali dengan masa.

Berkenaan pembelian pemain. Bukan Kenny seorang yang terlibat, Comolli yang banyak buat kajian tentang pemain. Kenny MUNGKIN hanya pilih daripada senarai dan buat pengesahan. MUNGKIN. Dan kalau ikutkan statistik sebelum di Liverpool, pemain-pemain ini di bahagian atas statistik BPL. Sila Google sendiri. Untuk keputusan Kenny masukkan pemain gantian memang aku nampak dan sama juga tak puas hati. Sebab kadang-kadang terlalu lambat. Itu antara penambahbaikan yang Kenny boleh buat. Dan tak perlu pertikaikan kemenangan Piala Liga sebab dari dulu lagi memang Liverpool tak pernah menang Piala dengan meyakinkan/mudah. Sebelum ni Piala FA 2006, penalti. Liga Juara-Juara 2005, penalti, Piala Liga sebelum tu pun penalti. Lepas 6 tahun tak menang piala, Piala Liga ni satu kelegaan untuk Liverpool. Cardiff memang kelab Championship tapi semua yang sampai ke perlawanan akhir adalah kelab terbaik.

Bagi aku Liverpool tak ada apa nak kejar dalam liga memandangkan tempat untuk ke Liga Juara-Juara dah jauh, tempat ke Europa dah ada. Jadi apa beza tempat ke-7 dan ke-10? atau 14? Memang nampak teruk. Memang orang akan kutuk. Tapi itu sesuatu yang aku boleh terima sebagai penyokong. Ini masa yang teruk untuk Liverpool jadi kutuklah. Sampai masa kita juara giliran kita pulak. Tapi aku tak pasti dengan pihak pengurusan. Sekarang kita masih ada Piala FA untuk dimenangi. 180 minit je lagi kalau tak ada penalti..huhu…Jadi tak perlu nak ‘kecewa’ sangat. Baik bina semula pelan-pelan dan menang musim-musim lepas ni berturut-turut daripada campak duit untuk pasukan yang menang 1 musim dan perlu bina semula lepas tu. Apa pun yang jadi, kritik memang kritik tapi sokong tetap sokong. Aku dengan Liverpool…korang semua macamana?

4 thoughts on “LIVERPOOL : Pandangan untuk pandangan…

  1. Aku salute mamat tu, dan hormat juga pendapat dia….ada beberapa point dia betul seperti Daglish lambat membuat pertukaran, pembelian pemain yang tidak tepat ( kongsi kesalahan ngan comoli sekali)…

    tapi dia juga kene menerima pendapat Daglish juga…

    Sebenarnya aku sendiri pelik dengan keadaan Liverpool musim ini memandangkan kebanyakan game Liverpool mengawal pemainan, punyai cubaan yang bertali arus dan tidak dilupakan juga… cubaan kepalang dan tiang gol yang paling banyak untuk musim ini, kalau tak salah aku…

    sudah tentu kita kene berusaha untuk menang tapi kadang kadang juga kita bergantung pada tuah…

    kebanyakan piala sebelum ni pon Liverpool menang kerana sedikit Tuah bukanya kerana Liverpool betul betul power masa tu…cth seperti di Istanbul dulu dan terbaru ketika menang piala Liga itu semua tak lebih dari tuah saja walaupon aku tak sangkal kan dengan usaha pemain liverpool juga) kedua faktor ini memainkan peranan yang besar. Cuma buat masa ini faktor itu tidak melekat antara satu sama lain dengan liverpool…dan pada pendapat aku untuk beberapa game Liverpool ini berapa kali sahaja Liverpool bermain sgt teruk? berapa banyak kali kita bermain sgt bagus tapi mengalami kekalahan cth seperti ketika bertemu Arsenal dulu.

    Pada aku kalau ikut marah memanglah marah sejak dari awal pembelian tgk yang dia beli handerson dengan adam lagi aku dah menyumpah dah… Tapi kita patut beri dia masa lagi..Liverpool bukan seperti Chelsea
    kebanyakan pengurus liverpool diberi masa yang cukup utk membuktikan sesuatu kecuali hudgson itu pon pasal dah sampai relegation zone.

    Aku cuma boleh tersenyum kalau kita menang FA cup , Sebelum ni aku yakin piala ini dalam landasan yang betul utk didakapi melihat situasi 4 pasukan terakhir, tapi kali ini tidak lagi kalau kita menang piala ini kita memang sgt bertuah!

  2. Satu lagi yang orang selalu lupa…pembelian Kenny sesuai la dengan status kelab yang tak main dalam kejohanan Eropah. Dan ramai yang tak tahu jumlah gaji tahunan dah diturunkan lebih kurang 30 juta pound berbanding dulu….jadi kalau Liverpool nak beli pemain baru nanti tak ada masalah dengan FIFA punya FInancial Fair Play Rules ke ape tah…sedangkan kelab lain ada yang perlu jual pemain dulu… sebenarnya banyak peningkatan di belakang tabir tapi orang tak tahu sebab memang biasanya tak diceritakan. Apapun, separuh akhir Merseyside dah menunggu…Wem-ber-ley!🙂

    • perlu nasib yang sangat baik atau duit yang sangat banyak untuk dapat star sebab main europa je musim depan(kalau lepas kelayakan la)…huhu…

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s